Friday, October 13, 2006

Zaman Keganasan

(The Age of terror)

- Robert Fisk . The Independent – 12 Oktober, 2006.

Beberapa hari selepas berakhirnya perang terakhir di Lubnan, saya telah membelek beberapa buku catatan (nota-wartawan) yang pernah saya milikki selama 30 tahun bertugas sebagai seorang wartawan di Timur Tengah. Terdapat beberapa nama bekas teman-teman yang sudah lama mati, yang lain mengandungi penderitaan orang-orang Arab, Kurdis dan Kristian serta Yahudi. Ada satu kisah bertarikh 1991, tertulis di atas muka surat yang masih pernuh bertompok-tompok dengan minyak yang datang memercik daripada angkasa di gurun pasir Kuwait selepas Saddam Hussein memusnahkan telaga minyak Emirat itu. Hanya selepas beberapa minit barulah saya sedar betapa saya telah melihat beberapa pertanda zaman silam yang berbahaya, menjelang akan berlakunya peristiwa 11 september 2001.

Memang pun, terdapat dalam satu buku catatan lagi, sebahagian transkrip wawancara yang saya berikan di Toronto pada akhir 1990-an, di mana saya cuba mendinginkan optimisme tuan rumah saya terhadap Timur Tengah. “Ada satu ledakan di Timur Tengah” kata saya padanya. Apakah ledakan yang saya maksudkan? Rupanya saya menulis perkara yang sama beberapa tahun kemudiannya dalam ‘The Independent’. Saya merujuk kepada “ledakan yang akan berlaku” tanpa menyebut lokasi sebenar di Timur Tengah. Apakah yang saya maksudkan? Kemudian saya mainkan beberapa bahagian satu siri filem yang saya bikin dengan mendiang Michael Dutfield untuk Channel 4 dan ‘Discovery’ pada tahun 1993. Ia bertajuk “From Beirut to Bosnia”. Filem itu dikatakan sebagai satu usaha untuk mereka kebangkitan amarah umat Islam terhadap Barat.

Dalam satu sikuens (babak), saya telah berjalan ke arah satu masjid yang telah musnah di satu kampung orang Bosnia di Cela. Saya dapat mendengar suara sendiri dalam ‘soundtrek ‘ filem itu berkata “Ketika melihat suasana seperti ini, saya teringatkan tempat kerja saya di Timur Tengah”. Saya terfikir juga apakah yang ada pada orang Islam untuk kita melihatnya. Mungkin juga saya perlu tamatkan setiap laporan saya dengan ingatan “Berwaspadalah!” Dan apabila saya periksa balik nota catatan pasca produksi, saya dapati tarikh semua sikuens filem itu. Saya telah memasukki masjid Bosnia sambil diperhatikan oleh anggota polis Serb pada 11 September 1993.. Rupanya ingatan saya untuk berwaspada itu berlaku lapan tahun lebih awal.

Saya tidak menyenangi para wartawan yang dalam pertengahan umur mereka mula berdakwah akan keganasan dunia yang seharusnya penuh dengan keceriaan, ataupun mereka yang suka membelek catatan buku lama mencari perkara yang pessimis. Kerana itu saya mengaku dengan pantas, sememangnya kita tidak harus dibebani timbunan sejarah, untuk selalu menoleh ke belakang, dan memegang papantanda yang tertulis “Hari Kiamat semakin tiba”. Tulisannya dibuat dengan jelas untuk para pembaca yang tidak suka mebaca tulisan yang kecil-kecil. Namun, ketika saya berada di balkoni yang berdepan dengan laut pada hari itu, saya masih menunggu bilakah ledakan akan datang semula.

Beirut adalah satu tempat yang amat baik untuk mengenang tragedi yang telah melanda Timur Tengah. Lagipun bandaraya itu telah begitu lama menanggung kesengasaraan selama 31 tahun yang lalu, seolah-olah dihantui oleh kubur yang berisi banyak mayat yang teranam di rantau itu daripada Afghanistan hingga Iraq kepada “Palestin’ dan sehingga Lubnan juga. Saya dapat melihat sebuah kapal perang Jerman yang belayar di hadapan mata sebagai sebahagian sumbangan NATO untuk menyekat kegiatan menyeludup senjata memasukki Lubnan yang melanggar Resolusi PBB No. 1701. Kemudian saya tertanya sendiri, apakah yang akan dibuat oleh kapal perang Jerman itu kalau tidak ada senjata yang menyusup masuk pangklan tentera Hisbullah daripada laut? Senjata itu datangnya daripada Syria dan ada sempadan darat antara Syria dengan negara ini yang terletak di bahagian Utara dan Timur, dan bukannya di bahagian yang dipinggir Mediterrranean.

Kemudian saya telah memanggil tuan rumah saya untuk berbincang mengenai pertunjukan kuasa negara Barat yang terbaru itu. Dia berpaling dengan muka yang marah dan bertanya balik: “Ya jugak, kenapakah kapal perang Jerman menyibuk di negara saya?” Saya faham apa maksudnya. Kita orang Barat, kini sengaja menyibuk di merata dunia Islam, dalam pelbagai bentuk dan rupa, dan “kita” ini adalah bermaksud kita semua - orang Barat di Khazaztan, Afghanistan, Pakistan Iraq, Mesir, Algeria, Yemen, Qatar, Bahrain, Kuwait, Arab Saudi, Oman dan Lubnan. Kini kita sedang terjebak dalam satu kawasan yang luas yang dihuni oleh penduduk yang sengsara, dan begitu marah terhadap kita, Dari segi ketenteraan kita sudah begitu terjebak lebih dahsyat lagi berbanbding askar perang salib (pejuang krused) di abad ke-12 dulu yang akhirnya menghadapi kekalahan dalam Perang Hittin, ditumpaskan kekuatan tentera Islam, yang diiringi pejuang berani mati, panglima perang, panglima dadah dan pejuang militia. Kita kalah. Askar PBB yang terkini di Lubnan, mengandungi askar Itali dan Peranchis sedang bergerak dengan ramainya ke arah selatan, mereka ini adalah puak muda-mudi yang pernah digugat oleh Al-Qaeda, dan dalam masa tiga hingga empat bulan akan diserang oleh kumpulan bernama al Qaeda juga. Inilah sebabnya askar Peranchis sudah mula memerap diri di dalam berek mereka di selatan Lubnan. Di sana memang ramai pejuang berani mati, walaupun mereka daripada kabilah Sunni bukan jenis Shiaa-Hizbullah yang akan menumpukan serangan kearah PBB.

Bilakah pengebom itu tiba? Selepas berlaku banyak pembunuhan di Iraq? Selepas askar Israel masuk menceroboh sempadan Lubnan sekali lagi? Selepas Israel – dan askar PBB mengebom pangkalan nuklear Iran dalam beberapa bulan yang mendatang? Selepas seseorang di badaraya utara Tripoli (Libya) ataupun dalam kem Palestin di Sidon, mengambil keputusan dia sudah lama melihat begitu ramai askar Barat mengotorkan bumi selatan Lubanan, terlalu banyak kapal perang Jerman di persisiran pantainya, ataupun mendengar terlalu banyak propaganda optimis daripada George W Bush ataupun Condoleza Rice. “Tidak akan ada Timur Tengah Baru, Mis Rice” kata satu poster baru bikinan Hizbullah di selatan Sidon. Memang Hizbollah berkata benar. Keseluruhan rantau ini sedang tenggelam lebih dalam kencah berdarah sepanjang masa berulang kali hingga menenggelami hasrat dan impian Condi Rice. Apakah mereka ini benar-benar mengharap mereka mampu merobah cerminan hakikat sebenar dengan kata-kata sahaja? Ada semacam satu fajar baru yang mula menyinar daripada empayar India purba hingga persisiran pantai Mediterranean. Yang menjadi masalahnya apa yang menyerlah itu adalah titisan darah merah.

Kita berdepan dengan kenyataan seolah-olah Blair dan Bush tidak berada di planet ini lagi. Seperti yang ditulis oleh teman saya Patrick Cocburn baru-baru ini, yang menarik tentang optimisme Blair sekarang ini - seseorang wartawan yang mahu membuktikan bahawa semua itu adalah pembohongan semata-mata akan berdepan dengan ancaman lehernya dikelar kerana anarki, yang kata Blair tidak pernah wujud. Orang Amerika tidak lagi mampu mempertahankan diri mereka di Iraq, apalagi oang Iraq dan askar British sudah dua kali berdepan dengan kekalahan dengan puak Taliban. Askar Israel yang menganggap mereka adalah pihak Barat untuk seketika, telah kalah teruk ketika mereka menyeberangi sempadan untuk berlawan dengan Hizbullah. Mereka kehilangan 40 askar dalam masa 36 jam. Namun, Blair masih berlengah mengadakan gencatan senjata di Lubnan. Percayalah, kalau berlaku serangan kearah kita sekali lagi, baik di London, ataupun New York ataupun di mana sahaja, Blair dan Bush akan berakata bahawa serangan itu tidak ada kena mengena dengan Timur Tengah, bahawa musuh Britain membenci ‘nilai hidup kita’ ataupun ‘cara hidup’ kita.

Pernah juga satu ketika dulu saya merasa sedih kerana kita kekurangan orang hebat semacam Roosevelts dan Churchil walaupun masa zaman mereka memang banyak pertumpahan darah berlaku. Blair dan Bush walaupun berlagak semacam ketua perang, sambil mengugut Hitler-Hitler kerdil di sekeliling mereka, nampak semacam dihinggapi penyakit ‘stasis’ satu penyakit phsikologi yang tidak mampu memahami apa yang mereka enggan dengar ataupun apa yang mereka mahu percaya sebagai benar. Apapun, mereka sudah ketinggalan zaman.



Bersambung......



Pada masa dulu, kita di Barat mampu menikmati zaman pasca perang di luar negara sambil merasa selamat di negara sendiri. Tidak ada warga Korea Utara yang berani mati dalam keretapi bawah tanah pada 1950-an. Tidak ada komunis Vietcong yang tiba di Washington untuk menyerang Amerika Syarikat. Kita pernah berperang di Kenya, Malaya, dan Palestin dan Suez serta Yemen, tetapi kita berasa selamat di Gloucestershire. Mungkin perubahan telah belaku dengan Perang Algeria mencapai kemerdekaannya ketika pengebom datang menyerang Paris dan Lyons ataupun mungkin selepas pejuang IRA tiba di London untuk mengebomnya.

Akan tetapi, memanglah benar betapa kita tidak boleh libatkan askar kita dan kapal perang kita serta kereta kebal dan helikopter-penyerang dan para batalion untuk berperang di luar negara sembil mengharap kita tidak akan tergugat di negara sendiri. Inilah tanggapan sejarah dulu yang tidak akan dihadapi oleh Bush dan Blair, dan tidak akan mengakuinya Mereka tidak akan percaya dan tidak akan mahu kita mempercayainya. Di keseluruhan Timur Tengah, kita sedang berentap dengan satu pertarungan dalam apa yang disebut Peperangan terhadap Keganasan (WOT), kerana dunia sudahpun berubah untuk selama-lamnya pada 11 September, walaupun saya telah acapkali menyebut bahawa kita tidak seharusnya membiarkan 19 orang pembunuh merobah dunia kita. Jadi, kita hidup dengan dunia yang dipenuhi ‘pintasan cakap telepon’ dan ‘rencana jahat’ serta banduan CIA bawah-tanah di mana para penyiasatnya menentukan mangsa mereka secara rahsia, dan merobek Perjanjian Geneva yang begitu rapi direncana selepas Perang Dunia Kedua.

Kita kini hidup dalam dunia yang saling tikam-menikam. Kita harus ingat apa yang kita janjikan kepada orang Arab akan kewujudan satu demokrasi baru di Iraq yang akan menjadi contoh untuk ditiru oleh negara Timur Tengah yang lain? Masih ingatkah kita kan janji lama untuk menghormati demokrasi Lubnan yang rapuh, apa yang disebut ‘The Cedar Revolution” - yakni satu nama yang dicipta khas oleh Jabatan Negara AS supaya orang Lubnan akan terus bersyak-wasangka (curia mencurigai) - yang memungkinkan berundurnya tentera Syria daripada bumi Lubnan. Lantas Lubnan dijolok sebagai satu model baru kepada dunia Arab. Akan tetapi sejurus Hizbollah melintasi sempadan dan menangkap dua orang askar Israel, sambil membunuh tiga askar yang lain pada 12 Julai, kita cuma berdiri dan melihatkan bagaimana Lubnan merana. “Kalaulah ada sesuatu yang meyakinkan saya dalam perang yang baru berlalu,” kata seorang wanita muda Lubnan kepada saya pada bulan ini, “ialah hakikat betapa rakyat Lubnan berusaha sendiri. Saya tidak akan percaya dengan janji orang asing lagi.”

Memang benar perkara itu. Kesan besar kempen perang Israel yang kecundang itu ialah menjadikan Hizbullah hero dan wira kepada dunia Arab – malahan dunia Islam, merungkai kestabilan politik yang pernah diwujdukan oleh Perdana Metneri Lubnan, Fouad Siniora, dan menonjolkan pemimpin Hizbullah Sayed Hassan Nasrallah, mengistiharkan ‘kemenangan suci’ serta mendesak diadakan satu kerajaan ‘perpaduan nasional’ yang seandainya diadakan berkemungkinan berbentuk pro-Syria. Bahasa yang digunakan di Lubnan masakini, oleh para pemimpin politik adalah semakin berapi-api, menghembuskan nafas berbahaya yang menyemarakkan kemugkinan berlakunya perang saudara di Lubnan.

Samir Geagea seorang bekas komander militia Kristian, telah membawa bersamanya puluhan ribu penyokong beliau untuk mengejek Nasrallah. “Mereka menuntut satu negara yang perkasa tetapi bagaimana mungkin negara itu menjadi perkasa kalau ada pula negara kecil di dalamnya? “ George mendesak mahukan jawapan apabila secara tiba-tiba Hizbullah membuat pengumuman bahawa ia tidak berniat melepaskan senjatanya. Malahan, kini Nasrallah berbangga menyebut dia masih menyimpan 20,000 missil di Selatan Lubnan. Inilah dakwaan yang membuatkan pemimpin Druze, Wahid Jumlat menuduh Nasrallah sebagai seorang pembodek Syria – memang ada pihak yang menganggap wujudnya hubungan yang akrab antara Nasrallah dengan Damsyik tetapi senjata Nasrallah datang daripada Iran . Apakah kita harus berkata: “Syed Nasrallah, relaks dulu, saya tidak akan membuat perjanjian dengan anda. Apabila anda menjauhkan diri daripada pucuk kepiminan Syria, mungkin saya mahu berunding dengan anda.” Jelas betapa dua hubungan yang begitu nipis antara masyarakat Druze di Lubnan dan golongan Kristian serta penduduk Shia yang besar bilangannya – telah terputus. Inilah punca bagaimana peperangan saudara boleh bermula.

Kalaulah Bush – malahan juga Blair – menolak bulat-bulat dakwaan Israel bahawa ia menyalahkan kerajaan Lubnan sebagai bertanggungjawab menculik dan membunuh askarnya, serta mendesak diadakan gencatan senjata dengan segera, sudah tentu bencana yang mempunahkan demokrasi Lubnan tidak akan berlaku. Tetapi tidak, Bush dan Blair sengaja biarkan pertumpahan darah terus mengalir dan sengaja melambat-lambatkan harapan diadakan gencatan senjata kepada Lubnan yang satu ketika pada satu tahun dulu mereka juga yang telah memujinya. Hanya pada minggu dulu orang Lubnan telah menjumpai lima lagi mayat kanak-kanak di bawah longgokan bangunan runtuh di Pusat Latihan Voksional Sidon di Tyre. Ali Alawiah telah mengecam anak-ankanya, Aya, Zainab dan Hussein dan anak saudara beliau Battoul dan Abbas. Kelima-lima anak ini mungkin masih bernyawa kalaulah Blair dan Margaret Beckett menuntut diadakan gencatan senjata. Kini mereka sudah mati. Blair dan Beckett serta Bush harus dihantui perkara ini untuk menghambat hatinurani mereka.

Yang nyata mereka tidak pernah bercakap dengan sedihnya akan dwistandard moraliti kita. Hampir 1,300 rakyat Lubnan yang telah mati – yakni bersamaan separuh jumlah yang terkorban di Pusat Dunia Dagang dulu, adalah orang awam. Akan tetapi kita tidak ambil peduli akan mereka seperti mereka itu adalah sanak saudara kita juga. Inilah penyakit yang sama yang sedang menggilai dasar kita di Iraq di mana kita tidak pernah menghitung jumlah orang awam yang terkorban, kerana kita hanya pedulikan jumlah askar kita yang mati di sana.

Bagiamankah kita boleh diserang virus kecuaian dan paling tadah? Apakah benar berulangnya kembali kisah zaman Krused (perang salib) ataupun zaman kegemilangan Kristian Sepanyol abad ke 15 dulu, yang memberikan gambaran buruk keatas Nabi Mohamad lebih dahsyat dan lebih kotor berbanding gambaran kartun kelas tiga Denmark - ataupun celaan anti-Islam yang dibuat oleh Paus ketua Vartikan yang semakin lama dilupakan dan semacam begitu ghairah mahu menonjolkan dirinya di khalayak ramai? Saya masih tidak pasti apakah tujuan Paus Benedict mengambil ungkapan soerang tua di Byzantuim dulu - sambil saya merasa begitu syak akan sindirannya yang begitu tajam terhadap Austwitz di mana dia menyalahkan Nazi Jerman kerana berlaku begitu zalim ke atas “sekumpualan penjenyah sahaja.” Apapun kita mesti ingat dia ini adalah seorang Pope (Paus) yang anti-cerai, anti-homoseksual dan satu ketika dulu anti-pesawat terbang yang begitu gagal mengikut jejak langkah Pope John Paul Kedua.

Kegagalan menganggap orang lain semacam “kita” juga semakin nyata di merata Timur Tengah. Beberapa bulan yang lalu, saya pernah menerima surat yang ditulis khas kepada ahli keluarganya oleh seorang pegawai Marine di Iraq yang – dengan lancarnya - cuba menjelaskan betapa beliau begitu tertekan bertugas dengan orang Iraq. “:Wujud sesuatu yang keanak-anakan dalam kefahaman mereka terhadap pentadbiran dan pengurusan Barat yang akan memerlukan pendidikan yang banyak dan mungkin memakan masa beberapa generasi untuk mengatasinya agar mereka boleh berminat.” Demikian yang telah beliau tulis. “Kefahaman kita terhadap pentadbiran kabilah dan hubungannya kepada pengurusan sivil yang formal adalah sama-sama naif dan menyebabkan kita tertekan.... Yang sesungguhnya mereka tidak boleh, baik dari segi budaya, memahami keazaman kita ataupun percaya niat kita sebenar.... Kebebasan akan bersaing dengan penaklukan sebagai peninggalan kita tetapi di peringkat tempatan ideologi kita memang tidak relevan.... Saya kongsi ketaksuban Amerika dengan tindakan dan inilah yang selalu melibas balik dasar luar kita.”

Keadaan sebenar di Iraq boleh dirumuskan oleh pegawai Marine Amerika yang sama ketika memberikan gambaran pembinaan kilang gelas Ramadi di sana, yang dia anggap sebagai satu kisah “kejayaan” sedangkan itu adalah satu kelentongan semata-mata. “Pihak Division telah membelanjakan ratusan ribu dollar membina satu kilang kaca. Ia tidak berjaya. Ia memerlukan berjuta-juta dolar untuk membaikki dan memodenkannya. Sepatutnya ada 2,500 orang Iraq berkerja di sana tetapi tidak ada kerja untuk mereka dan tidak sampai 100 orang yang tiba setiap hari bekerja . Yang datang hanya duduk di pejabat di hadapan komputer baru dan kerusi meja baru yang kita dermakan. Adalah laksana berjalan memasuki satu kawsan bisnes khayalan yang hanya wujud secara fisikal sahaja. Mungkinkah ini satu balas-dendam Kafka? Kebanyakan bilik masih kosong tetapi keadaannya seolah-olah mereka masih ditimbuni habuk. Sesetengah kawasan dihuni oleh seorang sahaja yang berada di mejanya dalam bilik yang begitu luas untuk diri sendiri. Keadaan adalah semacam Pompei yang sedang dijajah dengan perlahan, seolah-olah tidak ada apa-apa yang terjadi.

Saya berdiri di atas timbunan kaca di luar kilang. Ini adalah timbunan kepingan kaca tingkap yang berkecai semasa membuatnya. Semua tingkap-tingkap di bandaraya telah dibuat dan di dipotong di sini sekali... Kepingan kaca dibuat daripada pasir gurun yang semacam tidak kelihatan sehingga didedahkan oleh kilauan. Pancaran mentari yang terik tidak mengilaukan timbunan kaca ini disebabkan habuk yang menyelimutinya. Berat badan saya terus mengkecaikan timbunan kaca tadi. Saya berjalan atas kaca tingkap tanpa melihat bumi di bawahnya.” Apakah ada gambaran lain tentang kegagalan empayar Amerika di Iraq?

Bukankah itu satu laungan kenyataan yang pernah dibuat oleh TE Lawrance - ataupun lebih dikenali sebagai Lawrence of Arabia - yang dibuatnya di Iraq pada 1920-an dulu – “Jangan terlalu memandai-mandai dengan tangan anda. Eloklah biarkan orang Arab membuatnya secara besabar dengan kerja tangan mereka daripada anda melakukanya dengan sempurna .... Sebenarnya kalau mengikutkan keadaan yang pelik di Arabia, kerja amali anda mungkin tidak sebaik apa yang anda fikirkan.”



Bersambung.......

Ada satu bentuk kefahaman yang berbeza dalam perbalahan kita dengan Iran. “Kita” beranggapan bahawa kerajaan (Iran) mahu membuat senjata nuklear. – dalam masa enam bulan. Kalau mengikut kata orang Israel mungkin dalam masa sepuluh tahun., kerana itu adalah pendapat penganalis nuklear. Akan tetapi tidak seorang pun bertanya apakah “kita” tidak menyebabkan krisis “nuklear” ini. Pada 1973 dulu Shah Iran yang memulakan projek kuasa nuklear dan syarikat Barat sibuk berlumba-lumba antara satu sama lain untuk menjual reaktor nuklear dan teknologi ‘enrichment’. Sebagai contoh, Siemens mula membina reaktor Bushehr. Apabila Shah pula diwawancara oleh stesen TV Barat di mana beliau pernah berkata bahawa baginda tidak nampak apa sebabnya Iran tidak boleh memilikki senjata nuklear sedangkan Amerika dan Soviet sudah memilikkinya Semasa itu kita tidak pun membantah harapan wakil “kita “ sebagai pegawai polis di Teluk itu.

Apabila revolusi Islam Ayatollah Khomeni menyelubungi Iran, apakah yang dibuatnya? Beliau telah menyebut program nuklear itu sebagai “kerja jahat iblis” dan menutupnya. Hanya apabila Saddam Hussein menyerang Iran pada tahun berikutnya dan mula menghunjam Iran dengan missil dan senjata kimia, dalam satu serangan yang disokong padu oleh “kita” barulah regim mullah itu membuat keputusan mereka perlu menggunakan senjata nuklear terhadap Iraq dan membuka semula kompleks reaktor mereka. Dengan kata lain, Barat yang mula-mula sekali menyokong program nuklear Iran dan ia telah ditutup oleh musuh utama George Bush dalam paksa ‘Ibis” dan telah dibuka semula apabila Barat menyokong Saddam Hussein (di zamn ketika dia merupakan ‘orang kuat kita;’ dan bukannya seorang banduan yang terpenjara dalam negara yang sedang nazak).

Ironis yang paling besar ialah seandainya “kita” benar ketakutan akan merebkanya teknologi nuklear di kalangan negara Islam sudah tentu kita telah mengutuk Pakistan, di mana kebanyakan bandarayanya dalam keadaan anarki semacam Iraq juga dan diktator yang ada (Musharraf) kini berani bersuara mengatakan betapa dia pernah diugut bahawa Pakistan “mahu dibom sehingga lebur laksana Zaman Batu” oleh Amerika seandainya beliau enggan menandatangni perjanjian menyokong agenda Amerika terhadap WOT. Sekarang ini semakin jelas betapa Pakistan adalah lebih ganas daripada Iran dan semakin jelas kini betapa seorang kawan paling akrab kepada Presiden Pervez Musharraf - seorang ahli sains bernama Abdul Qadeer Khan yang sebenarnyaa menyerahkan satu komponen serombong kepada Iran. Akan tetapi semua kisah itu sudah dibuang keluar. Yang tinggal hanya sebahagian hikayat sahaja kerana Pakistan sudah pun memilikki bom nuklear dan mungkin menggunakannya terhadap sesiapa yang berani menghumban Pakistan balik ke zaman batu di bekas sudut empayar British.

Akan tetapi semua ini mencetuskan soalan yang lebih kompleks. Apakah kita memang akan terus berbalah untuk bertahun-tahun – selepas tercetusnya persoalan siapa yang patut dan tidak patut memilikki tennologi nuklear ataupun keupayaan membuat bom nuklear? Apakah “kita” akan selama-lamanya membuat keputusan siapa yang boleh simpan bom disebabkan kesetiaaannya kepada kita – kini Mr. Musharaf sudah menjadi seorang Shah Pakistan yang setia - ataupun agamanya ataupun betapa banyak serban yang dipakai oleh para menteri dalam kerajaan. Apakah ini akan terus kita lakukan pada 2007 ataupun 2107 ataupun 3000?

Saya mengsyakki di sebalik segala kepura-puraan kita di Timur Tengah orang Islam belum lagi kehilangan kepercayaan agama mereka sedangkan kita sudah lama melupakannya. Bukanlah kita mengatakan bahawa agama yang mentadbir nyawa hidup mereka, tetapi hakikatnya mereka masih lagi berpegang kepada kepercayaan beragama – dan itu sebabnya kita cuba menyorok rahsia betapa kita sudah kehilangan pegangan itu dengan bercakap mengenai Islam “bermasalah dengan sekularisme” . Kita menjadi golongan liberal yang baik-baik untuk menyandarkan ‘Enlightment” kita kearah dunia sejagat, walaupun kepada negara Islam. Ini berbunyi samacam kita ghairah mahu menjajah mereka yang memilikki budaya berbeza dan tradisi yang berbeza dan - dalam banyak hal - agamanya yang berbeza juga..

Sesungguhnya orang Islam sudah belajar untuk mengingatinya. Saya masih ingat seorang kawan Iraqi, yang mengelengkan kepala melihatkan betapa naifnya saya bila bertanya kalau-kalau ada semangkuk sumbangan kesyukuran yang boleh diberikan kepada Barat kerana menyingkirkan Saddam Hussein. “Kau yang menyokng dia!!!” adalah jawapannya. “Bukankah kau yang menyokong Saddam ketika dia menyerang Iran dan berpuluh ribu rakyat kami yang mati keranannya. Kemudian, selepas dia menyerang Kuwait, kamu adakan sekatan yang membunuh puluhan ribu kanak-kanak kami. Kini kamu jadikan Iraq dihambat anarki. Dan kamu mahu kami bersyukur kepada kamu?”

Saya masih teringat melihat satu keretapi yag bermuat askar Iran terkena dan terhidu gas yang dihantar ke Tehran, sambil terbatuk-batuk dengan kahak berdarah di saputangan mereka dan membatukkan gas juga kerana secara tiba-tiba saya juga turut terbau satu wangian yang kotor ketika berjalan dalam keretapi dan membuka jendelanya. Saya melihat sendiri kesan melecet di bahagian badan yang akan mencetuskan kawasan melecet kecil-kecilan. Manakah datanganya benda-benda berbahaya dan kotor ini, sedangkan inilah senjata pemusnah yang berbahaya sedang Saddam gunakan? Banyak komponennya yang datang daripada Jarman dan A.S. Tidak menghairankan apabila Leftenan A.S. Rick Francone menyebut secara sinis dalam lapurannya kepada Pentagon bahawa setelah Saddam menyembur Fac dengan gas ketika dia melawat medan perang. Apakah kita mengharapkan orang Iran akan bersyukur kepada kita setelah kita menjatuhkan Saddam?

Kita tidak perlu mengulangi kisah perbalahan antara Shia dan Sunni - khusunya di Iraq – boleh mencapai tahap keganasan yang tidak pernah dilihat di Eropah semasa peperangan Protestent-Katholik. Dalam hal ini begitu juga halnya dengan usaha kita cuba melupakan konflik yang kita sedang cuba kawal di Ireland Utara. Sebagai satu masyarakat, Islam dan bukannya sebagai satu agama, memang terpaksa berdepan dengan “Barat” Kalau kita ulangi kembali kata-kata bekas Presiden Iran yang baik -Mohamad Khatami, kita mesti “mencari satu msyarakt sivil” Memanglah tidak masuk akal apabila umat Islam tidak pun mengutuk penyembelihan yang terjadi di Dafur ataupun di Iraq dan kita boleh tambah lagi, di medan perang – Iran-Iraq di mana satu setengah juta umat Islam saling berbunuhan lebih lapan tahun. Keritikan diri bukanlah amalan di dunia Islam di mana sememangnnya semangat konflik politik Barat dan pilihanraya ada kalanya kelihatan semacam sengaja diada-adakan.


Mengenai keghairahan kita untuk memberikan umat Islam Timur Tengah sistem demokrasi “kita”, bukan sahaja di Lubnan yang kita telah buktikan bahawa kita tidaklah begitu ghairah dengan kewujudan dunia Arab. Satu ketika dulu, bekas duta A.S di Iraq – setelah menyedari bahawa kaum Shiah berkemungkinan bergabung dengan pejuang Sunni kalau mereka tidak dibenarkan menghadapi pilihanraya, kerana demokrasi bukanlah merupakan hadiah Amerika di sana – mereka telah menerima peranan orang alim dalam kerajaan sekaligus menentukan diskriminasi terhadap wanita dalam perkahwinan perceraian dan harta pesaka.
Apabila Daniel Fried, Timbalan Setiausaha Neger bagi Eropah dan Urusan Eurasian melawat Paris tahun lalu, dia telah bersyarah kepada para diplomat Eropah dan Arab tentang apa yang disebutnya sebagai “the US-European imperative to support democratic reform and democratic reformers in Middle East: ( Kesanggupan AS – Eropah untuk menyokong perubahan demokrasi dan pengubah perubahan demokrasi di Timur Tengah) beliau terlupa rupanya betapa masih ada manusia yang adil seperti Khatami di Iran, tetapi sengaja dicemuh oleh AS. Kegagalan beliau (khatami) sebagai seoang presiden yang dilantik secara rasmi telah menghasilkan kemunculan seorang pengganti yang gila-gila berani. Namun, Fried masih lagi bertegas bahawa dalam membawa demokrsi ke Timur Tengah “bukanlah satu persoalan teori politik, tetapi satu strategi yang besar kepentingannya.” Jelas ini bukanlah sesuatu yang dianggap penting kurang satu tahun kemudiannya di Lubnan dan sudah tentu ketika orang Palestin menyertai pilihanraya yang sebenar, tidak lama kemudiannya..

Fried telah bertindak mengambil risiko mengungkap kata-kata ahli sejarah Peranchis Alexis de Tocqueville untuk menyokong dakwaan beliau mengenai demokrasi yang bukan merupakan satu kuntum bunga yang rapuh, tetapi “segar dan kegunananya yang bersifat universal.” Bekas menteri luar Peranchis, Hubert Vedrine, telah dijemput menjawab kata-kata Fried itu dan dia telah menyhindir terhadap “orang yang mempunyai pengalaman sejarah, dan pernah melihat betapa pengalaman lama berakhir,” kalau disebut secara terus terang dia bermaksud “kamu orang Amerika tidak reti dengan perjalanan sejarah.” Vedrine pernah bercerita perihal pertemuannya dengan Madeline Albright ketika beliau menjadi Setiausaha Luar AS. “Saya beritahu beliau kami tidak ada masalah dengan sasaran demokrasi, tetapi saya bertanya apakah itu satu proses ataupun satu bualan keagamaan, seperti Saint Paul di jalanraya Damsyik.” Kemudian dia telah mengungkap kata-kata seorang penulis Mexico, Octavio Pas: “Demokrasi bukanlah semacam Nescafe, di mana anda perlu campurkan air sahaja.” Untuk sebab sejarah, Vedrine telah memberitahu Fried,: Disebabkan kolonisme Timur Tengah menjadi satu rantau dunia di mana campurtangan luar menghadapi risiko besar untuk ditolak.”

Apabila ia dikuatkuasakan, seperti yang disebut oleh Amerika yang mahu dilakukannya di Damsyik, apa yang akan terjadi? Akan terjadikah satu proses pilihanrya untuk meletakkan orang Syria naik berkuasa ataupun akan bertukarkah negara itu ke kancah huruhara ala Iraq di mana akan diletakkan satu regim Sunni di Damsyik?

Bersambung.....


Berbalik kita kepada”Palestine” - yang berkurungan (komma terbalik) itu semakin lebih penting kini, -- dengan kegiatan demokrasinya. Sememangnya orang Palestin telah tersilap memilih orang - Hamas – dan mereka terpaksa merana juga. Isarael yang kononnya demokratik tidak sanggup menerima keputusan pilihanraya demokratik orang Palestin dan orang Eropah dan Amerika berganding tangan mengenakan sekatan terhadap kerajaan yang baru dilantik kecuali kerajaan itu mengiktiraf Israel dan segala perjanjian yang ditandatangani oeh Israel sejak perjanjian Kem David pada 1970-an. Walaupun semasa Ariel Sahron tengah melakonkan pengunduran 8,500 peneroka daripada Gaza tahun lalu, dia telah mengalihkan 12,000 lagi peneroka memasukki Tebing Barat, dan George W. Bush telah menerima penipuan ini sebagai kebenaran pihak Yahudi membuka penempatannya yang masih lagi diperbesarkan kini. Lantas berakhirlah Resolusi Majlis Keselamatan PBB nombor 242 dan 338 di mana apa yang disebut sebagai proses kedamaian sepatutnya berasaskan - pengunduran Israel daripada kawasan yang telah dijajahnya pada perang Timur Tengah 1967, sebagai jaminan mengekalkan keselamatan semua negara di kawasan itu.

Antara segelintir negarawan Amerika yang memahami keadaan ini, ada seorang yang menonjol. Beliau ialah bekas Presiden Jimmy Carter yang pernah menulis selepas pilihanraya Palestin pada Mei tahun ini bahawa “rakyat Palestin yang tidak berdosa dilayan semacam binatang dengan tanggapan bahawa mereka bersalah melakukan jenyaah. Kerana mereka telah mengundi calon-calon Hamas, kerajaan AS sudah menjadi kuasa pendera di sebalik usaha menafikan rakyat umum daripada pendapatan mereka, ruang mendekati dunia luar dan keperluan hidup mereka. Sekatan yang ditambah terhadap kerajaan yang baru itu sengaja dirancang dan merupakan bencana yang disengajakan terhadap penduduk di kwasan yang ditakluk, dengan harapan Hamas akan mengalah kepada tekanan ekonomi.” Alahai..... bagaimana agaknya semasa Carter mentadbir negara...

Kini kita sudah ada tembok - ataupun pagar - seperti yang disebut oleh para wartawan yang tidak berhati pertu. Rakyat Plestin telah pergi ke mahkamah antarabangsa di Hague agar diisytiharkan pembinaanya tembok itu adalah haram kerana ia menyekat banyak laluan ke tanah milik mereka. Mahkamah membuat penghakiman bahawa tembok itu dikira tidak sah. Sekali lagi Israel tidak pedulikan keputusan mahkamah dan sekali lagi Amerika menyokong Israel. Di sini juga terletkanya satu pengajaran kepada orang Palestin. Mereka telah bersurai secara aman tanpa mencetuskan huru-hara ataupun ‘keganasan’ - kepada institusi-institusi barat untuk mendapat pengadilan. Tetapi kita ternyata tidak mempunyai kuasa membantu mereka kerana Israel telah menolak simbol (lambang) kebebasan barat.

Ehud Olmert perdana menteri Israel yang mencetuskan huru hara di Lubnan kerana mengebomnya masih berkata bahawa tembok itu hanya bersifat sementara, kerna ia mungkin dialihkan kepada batas sempadan asli Israel. Jika benar ia sementara, ia juga boleh dialihkan ka hadapan untuk mendapatkan lebih banyak ruang bagai penempatan orang Yahudi di atas tanah orang Arab, menjadikannya jajahan koloni yang sudah pasti tidak sah daripada kacamata undang undang antaarabangsa. Olmert berkata dia mahu melakar satu kawasan “sempadan yang kekal” yang memang bertentangan dengan semangat Kem David yang sepatutnya dipatuhi oleh Hamas.

Bagaimana pula tindakan Setiausaha Ngara AS Condoleza Rice terhadap perkara ini? Cuba bayangkan jawapannya: “Kalau diambil kira perkara itu secara permukaan sahaja saya tidak fikir ada gunanya Israel cakap semacam itu.” Kalaulah AS mengiktiraf - yang pastinya akan berlaku juga - kawasan sempadan baru yang disebut oleh Olmert, ini bererti Amerika akan memberikan izin rampasan secara kekal sehingga 10 persen tanah Arab yang dirampasnya pada 1967, bertentangan kepada semua dasar AS sebelum itu dan bertentangan juga dengan kehendak Mahkamah Antarabangsa. Sudah tentu, semua itu adalah merupakan pelanggaran baru undang undang antarabangsa yang dilakukan oleh AS dan juga Israel yang menganggapnya sekarang sebagai satu hak sejak dunia “sudah berubah selamanya” pada 11 September 2001.

Namun demikian apa yang menakjubkan, AS masih beranggapan bahawa ia semakin dibenci oleh dunia Arab bukan disebabkan dasarnya tetapi disebabkan dasar-dasarnya yang tidak dibentangkan secara adil dan saksama. Ini bukanlah satu masalah politik, ini adalah satu masalah seranta. Yang anihnya inilah yang difikirkan oleh Israel apabila dituduh membunuh terlalu ramai rakyat Lubnan semasa menakluknya pada 1982 dulu. Apa yang kita buat adalah betul. Kita hanya tidak menjualnya dengan baik. Kerana itu perlantikan Karen Hughes sebagai Timbalan Setisuasa Negara untuk Diplomasi Awam AS. Hujah beliau sentiasa berterus terang. “Saya cuba menonjolkan fakta sebenar untuk kepentingan negara kita,” kata beliau selepass dilantik. “Kerana saya percaya kita adalah sebuah negara yang hebat dan kita banyak berbakti kepada dunia.”

Kolumnis Roger Cohen telah menyebut masalah Karen Hughes dengan jelas. Maasalahnya adalah fakta. Ini termasuklah fakta yang sepanjang tempoh 65 tahun antara 1941 hingga 2006, AS sudah berperang dalam pelbagai bentuk sepanjang tempoh itu kecuali untuk 14 tahun sahaja. Manursia di merata dunia sudah letih dengan peperangan ini. Mereka naik muak dengan nafsu serakah Amerika mencetuskan musuh – dan semakin mengsyakki cakap-cakap demokrasi, kebebasan dan moraliti di setiap kali satu peperangan dicetuskan. Mereka tidak lagi percaya dengan cakap besar Amerika. Hughes berkata bahawa wawasan yang diikuti oleh para pengikut Osama bin Laden “adalah missi kemusnahan dan kematian; sedangkan missi kita adalah mesej kehidupan dan peluangnnya,” memang, “kalaulah perkara demikian semudah itu,” tulis Cohen lagi.

Di persidangan dengan Fried itu, Vedrine menang semua hujah perdebatannya, tetapi Fried masih tidak menyedarinya. Vedrine telah merayu kepada Amerika agar berwaspada di Timur Tengah. Kita tidak tahu bagaimana keadaan di Afghanistan, Iraq ataupun Mesir,” kata beliu dengan waspada. “Ini adalah satu proses yang berisiko tinggi, seperti mengangkut ‘nitgoglycerine’. Anda bercakap mengenai pakatan, kalaulah ada pakatan semacam itu, ia mesti tidak merupakan satu pakatan ideologi, tetapi pakatan para profesional seperti pembedah, ahli kimia yang memang pakar dalam benda-benda yang meledak. Kalau kita bersiap seperti itu, ia akan mengambil masa 20 ataupun 30 tahun lebih lama daripada pentadbiran Bush yang kedua.”

Akan tetapi Marine AS dan Angkatan 82 Airborne bukanlah pakar bedah dan ahli kimia. Mereka sedang hilang kawalan di bumi yang mereka anggap telah mereka takluk ataupun “bebaskan”. Iraq sudah tidak dapat dikawal lagi. Begitu juga dengan Afghanistan. Palestin sudah semakin kelihatan akan menghala cara itu juga dan Lubnan sedang menghadapi bahaya untuk jatuh tersungkur. Beberapa siri tulisan di New York Times pada April tahun ini mencadangkan rakyat marhaen Amerika memahami hujah “demokratik” lebih baik berbanding para pemimpin mereka. “Demokrasi tidak boleh dipaksa keatas orang yang tidak bersedia menerimanya,” kata seorang penulis. “Demokrasi tidak boleh dieksport” kata seorang lagi. “Mengubah satu budaya politik berlaku hanya kalau orang sedia menerimanya. Masyarakat Iraq sudah begitu tertekan oleh sejarah Saddam Hussein dan peperangan, untuk berupaya hidup di waktu ini.” Memang betul semua itu.

Mungkin juga para wartawan barat perlu merasa bersalah atas apa yang telah banyak terjadi kerana mereka turut rakus, membantu menjual tindak-tanduk Amerika lebih aktif berbanding Karen Hughes. Rujukan mereka sentiasa kepada satu “pagar’ dan bukan kepada perkataan tembok, keatas penempatan ataupun perkampungan dan bukannya menggunakan perkataan koloni ataupun penjajahan, tulisan mereka mengenai West bank (Tebing Barat) sebagai “yang direbut” dan bukan dijajah, telah mencetuksan satu bentuk kelecehan dalam pemberitaan terahadap konflik Israel-Palestin. Seperti apa yang berlaku di Iraq ketika begitu ramai para wartawan daripada akhbar Barat yang besar-besar dan stesen TV menggunakan kata-kata gambaran duta Amerika Bremer mengenai penjahat yang garang sebagai “saki baki”. Inilah frasa yang sama digunakan oleh rakan rakan kita di Kabul semasa merujuk kepada kebangkitan Tailabn yang dibantu – walaupun General Musharaf menafikannya – oleh Perkhidmatan Risikan Pakistan – ataupun ISI.

Apapun, yang lebih dahsyat lagi ialah kegagalan untuk menyelidik dasar sebenar kerajaan. Kenapakah sebagai contoh, tidak ada layanan muka depan pada tahun ini kepada persidangan Herzilya, yakni ‘jamboree’ pembikinan dasar Israel yang paling penting? Kebanyakan tokoh penting dalam kerajaan Israel - walaupun belum dilantik –telah menghadirkan diri. Itulah persidangan di mana Ehud Olmert telah mencadangkan julung-julung kali untuk menyerah balik sekeping Tebing Barat: “pilihan antara memberikan izin kepada Yahudi untuk hidup di semua tempat di bumi Israel” Apa yang disebut sebagai “bumi Israel” dalam konteks ini termasuklah Tebing Barat – dan “hidup dalam satu negara di mana majoriti Yahudi memberi mandat untuk menyerahkan sebahagian bumi Isreal. Kita tidak boleh terus menguasai sebahagian wilayah di mana kebanyakan Palestin hidup.”


Walaubagaimana pun, kebanyakan pemidato bersetuju bahawa orang Palestin akan diberikan satu negara berdasarkan apa juga yang berbaki selepas penempatan yang besar telah mengambil kira apa yang berada di sebalik tembok itu. Benjamin Netanyahu turut mencadangkan bahawa tembok itu seharusnya dialihkan lebih memasukki Tebing Barat. Akan tetapi implikasinya memang amat nyata. Satu negara Palestin akan dibenarkan tetapi ia tidak akan mempunyai ibukotanya di Timur Jerusalem ataupun mana-mana yang ada kaitan dengan Gaza dan sebahagian Tebing Barat yang diserahkan balik. Ini bererti tidak akan ada kedamaian, dan perkataan “Palestin” dan “pengganas” akan sekali lagi dikaitkan kepada Israel dan AS.

Terdapat beberapa artikel dalam akhbar Israel mengenai Herzilya, termasuk tulisan Sergio Dalal Pergola di mana beliau telah memberi amaran mengenai “gangguan” kepada Israel akan kadar kelahiran palestin yang tinggi dan menasihatkan” seandainya kesan demografi ini tidak datang pada 2010, ia akan menghambat pada 2020.” Persidangan yang terdulu pernah membincangkan kemungkinan perlunya membatalkan hak kerakyatan beberapa Arab israeli. Pada tahun ini juga, Haaretz telah menyiarkan keputuans kutipan pendapat (poll) di mana 68 persen Yahudi Israel berkata mereka enggan menetap di bangunan yang sama didudukki oleh orang Arab, -- 26 persen akan bersetuju berbuat demikian - dan 46 persen orang Yahudi Israel akan menolak orang Arab yang mahu datang menzirahi mereka di rumah. Kecnderungan kearah perbezaan ini meningkat apabila tahap pendapatan responden menurun - seperti yang dijangka – dan tidak pula ada poll di pihak orang Palestin, walaupun orang Palesstin mungkin membangkitkan kisah betapa puluhan ribu orang Israel sudah hidup di bumi mereka dalam penempatan yang besar-besar merentasi Tebing Barat, dan kebanyakannya akan berupa penempatan haram di tangan Israel.

Semua butiran ini disiarkan juga oleh akhbar Arab – tentu juga di akhbar Israel, tetapi tidak diberi tempat dalam akhbar kita. Kenapa? Semasa Norman Finkelstein menulis sau lapuran akademik melapurkan keputusan Mahkamah Tinggi Israel “mengizinkan” tembok itu, - sedangkan mahkamah di Hague menganggapnya haram - ia sengaja diabaikan oleh Barat. Kerana itu, apakah lapuran akademik AS mengenai kuasa pelobi Israel, yang mencetuskan ketakutan ‘anti-semitism” memaksa akbar arus perdana Amerika menulis mengenainya dan menjadi seolah-olah ketakutan pula.

Terdapat banyak contoh lain mengenai ketakutan kita terhadap kebenaran di Timur Tengah. Cara kita berlembut dengan kerenah Hosni Mubarak yang semakin menjadi seorang otokrat di Mesir adalah secara bersahaja. Begitu juga dengan lapuran terhadap Algeria setelah kerajaan British bersedia menghantar pulang para pelarian berdasarkan berita yang mereka tidak lagi akan ditangkap dan dikenakan penderaan. Akan tetapi penangkapan dan penyiksaan masih berterusan di Algeria. Baru-baru ini ada satu poll yang secara berkesan memberi kekebalan kepada anggota keselamatan negara yang terlibat dengan penyiksaan dan menjadikan satu jenayah untuk menentang pengampunan itu.

Apakah ini sebenarnya yang terbaik dapat dilakukan oleh masyarakat wartawan seperti kita? Selain Seymour Hersh yang tidak tahu letih-letih, masih belum ada lagi wartawan siasatan dalam persuratkhabaran AS. Akan tetapi kerja mencabar pihak berkuasa tentunya tidak begitu sukar. Tidak ada sesiapa yang diminta untuk menamatkan lapuran betul mengenai keganasan pemimpin Arab. Kita masih diajak untuk ditanya, dan harus terus bertanya – kenapa dunia Islam menghasilkan begitu ramai diktator, kebanyakannya yang disokong oleh “kita”. Akan tetapi terlalu banyak sudut gelap di mana kita enggan menjenguknya. Sebagai contoh, di maankah letaknya penjara penyiksaan CIA yang rahsia itu? Saya kenal dua orang wartawan yang tahu lokasinya. Tetapi mereka sanggup diam membisu, tentunya bagi kepentingan ‘keselamatan negara”.

Keengganaan untuk berdepan dengan kebenaran yang tidak disenangi melunturkan minat pembaca ataupun penonton di mana lapuran mengenai Timur Tengah dalam media AS adalah hampir sukar difahami oleh sesiapa yang memang tidak faham akan rantau itu. Ini juga mencetuskan kesan sampingan di pawagam, universiti dan sekolah di Amerika. Kes Rachel Corie – seorang gadis aktivis Amerika yang digelek dua kali oleh buldozer (jentolak) Israel ketika beliau cuba menahan kemusnahan rumah orang Palestin – telah dilakonkan di atas pentas di New York adalah kes yang sungguh menjijikkan. Saya juga terkejut ketika berada di Bronx untuk mendapati sebuah sekolah awam di Riverside – yakni Fieldson, terpaksa membatalkan satu pertemuan dengan dua orang pensyarah Palestin apabila ibubapa membantah ketiadaan seorang Yahudi di barisan panel. Hakikat bahawa pemidato Israel akan dijemput kemudian hari di tarikh lain tidak membawa sebarang perbezaan. Pengetua sekolah itu akhirnya membuat pengumuman bahawa pertemuan itu dianggap tidak kena pada tempatnya disebabkan perkara itu sensitif dan mencetuskan isu yang kompleks.” Masalah yang kompleks sepatutnya diberikan penjelasannya. Tetapi perkara ini tidak boleh diperjelas kerana ia menjadi terlalu kompleks - yakni kebenarannya - akan membawa tekanan kepada para pelobi Israel yang biasa.

Keadaan berulang lagi. Kebebasan bersuara merupakan satu komoditi yang mahal harganya tetapi betapa mahal harganya itu terpaksa saya cari sendiri ketika saya berucap di American university of Beirut selepas menerima ijazah kehormat pada musim panas. Seperti biasa saya telah menyentuh kisah pentadbiran Bush dan bahaya yang semakin membuak di Timur Tengah hanya untuk berdepan dengan seorang dikplomat AS yang mengutuk saya di hadapan kawan-kawan di Lubnan kerana membenarkan saya mengkritik pentadbiran Bush di sebuah maktab yang menerima bantuan kewangan kerajaan AS.

Demikianlah peranan kita dengan tragedi Timur Tengah. Kita memberitahu dunia betapa keadaan semakin baik sedangkan keadaan sebenar adalah lebih teruk, bahawa demokrasi sedang menguntum sedangkan ia bergelumang merah dengan darah, bahawa kebebasan bukanlah tanpa “keperitan kelahirannya’ sedangkan si bidan sedang membunuh bayi yang baru lahir itu.

Saya memang selalu berpendapat bahawa manusia di bahagian dunia sebelah sini memang suka menikmati sedikit demokrasi kita. Mereka memang sukakan beberapa peket hak asasi manusia daripada para-para supermarket kita. Mereka mahu kebebasan. Tetapi mereka mahukan jenis kebebasan yang lain. – kebebasan daripada kita. Inilah yang kita memang tidak berhasrat memberikannya. Inilah sebabnya kehadiran kita di Timur Tengah sedang menuju kegelapan yang berpanjangan. Itu sebabnya saya duduk di balkoni rumah ini dan berfikir di mana nanti akan meledaknya letupan baru. Memang tidak syak lagi ia akan meledak juga. Orang tidak kisah akan Osama bin Ladin lagi. Apakah dia masih hidup ataupun sudah mati. Beliau adalah laksana seorang ahli sains yang telah mencipta bom. Anda boeh menangkap semua ahli sains nuklear di seluruh dunia tetapi bom nuklear itu sudah pun dibina. Bin Laden telah mencipta al Qaeda di tengah-tengah Timur Tengah yang mudah menyala. Inilah yang sudah lahir. Kehadirannya tidak diperlukan lagi.

Di merata tanah di rantau ini, anak-anak muda sedang bersiap untuk menyerang lagi, terhadap kita, terhadap simbol kita, terhadap sejarah kita. Dan sememangnya, mungkin juga saya harus menamatkan lapuran ini dengan perkataan begini:: Berwaspadalah!!!!!!

Robert Fisk - daripada ‘The Great War of Civilisation’ terbitan Fourth Estate.

Terjemahan - marhaintua-

0 Comments:

Post a Comment

<< Home