Tuesday, October 10, 2006

Ujian Nuklear Korea Utara Jejaskan Serangan Amerika Terhadap Iran

(North Korea Nuke Test Derails Iran Invasion?)
Ujian nuklear bawah tanah Korea Utara menjadi satu kejutan yang berkemungkinan menjejaskan rencana perang Neo-Con untuk menyerang Iran daripada udara. Apakah kelentongan Maharajah Bush menjadikannya buta terhadap usaha menjual serangan beperang ke atas sebuah Negara yang belum lagi ada senjata nuklear sedangkan sebuah negara lain sudah pun secara terbuka mengakui memilikinya? Ataupun apakah kemungkinan satu serangan mengejut dilakukan juga?

Kini Russia berkata bahawa ujian itu adalah lebih hebat ledakannya dari yang mula-mula dilaporkan, dalam lingkungan 5,000 tan kepada 15,000 TNT, dan ini merupakan had teratas yang menjadikannya sama taraf kehebatan bom yang digugurkan oleh Amerika ke atas Hiroshima pada 1945 dulu.

Laporan mengenai kemajuan program nuklear Korea Utara ternyata amat berkurangan “gara-gara hakikat bahawa Donald Rumsfeld” merupakan bekas pengarah (syarikat Amerika) ABB yang menandatangani satu kontrak bernilai USD $200 juta untuk menjual reaktor nuklear kepada Korea Utara pada tahun 2000 dulu. Apakah keceluparan Rumsfeld kini berakhir dengan satu libasan yang berkemungkinan merungkai keseluruhan ‘roadmap’ Maharajah Bush?

Bagaimanakah ujian itu membawa kesan ke atas kempen propaganda global dan dalam negeri untuk mewajarkan serangan udara keatas Iran?

Mike Rivero dalam tulisannya "What Really Happened" percaya Korea Utara telah mengetatkan skru ke atas sebarang usaha untuk Amerika memimpin satu serangan ke atas Iran.

“Adalah sukar untuk Bush membuat propaganda agar Iran diserang kerana satu hari nanti ia akan membuat senjata nuklear sedangkan Korea Utara sudahpun jelas memilikki senjata itu sekarang. Bush terpaksa menyerang Korea Utara dulu sebelum Iran dan siapa yang berani menyokong beliau menyerang sebuah negara yang sudahpun memiliki senjata nuklear yang berupa senjata pemusnah itu?”

Ini bererti Israel mungkin menyerang Iran seorangan tetapi memang tidak syak lagi ia akan disokong kuat oleh Amerika secara berahsia dengan adanya lencongan perhatian dalam negerinya.

Fox News seolah-olah mengalu-alukan ujian nuklear itu sebagai membawa faedah kepada pentadbiran Bush kerana itulah sahaja cerita yang dapat melencongkan perhatian terhadap kisah ‘Foleygate’ pada waktu ini.

‘Jangan pedulikan implikasinya -- semua ini ada kaitan dengan politik GOP (Parti Republikan) di Fox News” kata News Hounds.

Dunia sudah menjadi lebih berbahaya, bukan kerana disebabkan bencana yang dicetuskan oleh Kim Jong-il, tetapi kerana regim Bush terpaksa pergi jauh untuk menyerang sebuah negara yang hanya sepuluh hingga lima belas tahun jauhnya daripada berupaya memilikki senjata nuklear sendiri.

Kumpulan Neo-Fascists sudah menjadi semakin terdesak untuk merencana berita palsu agar Iran lebih menonjol daripada Korea Utara dari segi bahayanya. Perhatikanlah nanti bagaimana akan direncana kisah palsu pembabitan Iran menyokong pengganas di Lubnan dan Iraq dan tidak mengenai keghairahan Iran untuk menjalankan ujian nuklearnya.

Kim-Jong-il mungkin dikatakan tidak waras pemikirannya, tetapi dia bukannya tidak tahu berfikir. Dia sedar betapa jentera perang Bush hanya berani menyerang diktator yang tidak mempunyai senjata pemusnah dan akan membiarkan negara yang menganggotai kelab nuklear begitu sahaja.

Ini akan mencetuskan kemungkinan berlakunya serangan ke atas Jerusalem ataupun Tel Aviv yang sengaja diada-adakan. Kemudian Hezbollah yang dikatakan mendapat sokongan Iran telah membuat serangan itu dan membolehkan Israel mendapat mandat PBB untuk menyerang-balas sehingga mencekik mana-mana suara bangkangan untuk mencetuskan huru-hara lebih meninggi.

Terjemahan -marhaintua-
10 Oktober, 2006.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home