Asia Pasifik: Kebangkitan Russia Baru
11/12:
Asia Pasifik : Kebangkitan Russia Baru.
(Asia Pacific: The Rise of the 'New' Russia)
Ali Cordoba (www.worldfutures.info)
Dipetik Daripada: Malaysia-Today
Terjemahan –marhaintua-
Satu negara - Russia Baru - sedang berkembang mekar dan ini adalah satu pertanda baik kepada rantau Asia Pasifik. Sebagai satu kuasa ekonomi yang mesti diambilkira, hasil kerjaya kepimpinan Presiden Vladimir Putin, Russia sudah menunjukkan minat mahu meningkatkan penonjolannya di rantau Asia Pasifik. Bagaimana hasrat ini dapat diterjemahkan kepada faedah ekonomi untuk rantau itu masih menjadi samar lagi, namun para analis percaya bahawa Russia hanya mampu membawa perubahan yang baik-baik untuk negara di rantau itu, terutamanya negara-negara Asia Tengggara.
Gara-gara bergelumang dengan peperangan di masa dulu, rantau Asia Tenggara hari ini sudah dicengkam pengaruh AS, dan Jepun memainkan peranan di tempat yang kedua, sedangkan China sudahpun mula menonjolkan diri untuk turut mempengaruhi dunia ekonomi rantau itu. Apakah nanti peranan Russia pimpinan Putin di rantau itu dan bagaimana ia akan membawa kesan kepada negara Asia Pasifik adalah satu perkara yang amat penting untuk (kita) memahami peranan masa depan gergasi yang baru bangun..
Amerika Syarikat mempunyai pengaruh yang berkekalan di rantau ini. AS adalah rakan import yang paling besar kepada negara-negara Asian yang merupakan sebahagian pinggiran Asia Pasifik Washington juga merupakan penyumbang alat ketenteraan utama serta logistik perisikan di rantau tersebut. Barat secara keseluruhannya merupakan penyumbang pelancung utama kepada negara Asian.
Dalam usahanya mahu menjadi satu kuasa besar di rantau Asia Pasifik, Moskow mempunyai hanya satu matlamat. Ia mahu mengisi jurang-jurang di mana AS dan Barat sudah begitu dominan. Memang sentiasa wujud keperluan mengimbangi kuasa di bahagian dunia ini sekarang, dan Russia mengharap dapat memainkan peranan utama di masa depan yang terdekat. Untuk berbuat demikian, Moskow memang sedar betapa ia perlu bekerja keras untuk menguis imbangan itu memihak padanya. Namun demikian, sejak berakhirnya perang dingin dulu, dan terciptanya Komanwel negara- negara Bebas (CIS) di mana Russia menonjol sebagai pemimpn utama, telah wujud satu keadaan dingin antra Russia dengan negara-negara Asian.
Pada 2003, Perdagangan ASEAN- Russia hanya bernilai AS$4 bilion. Ini menunjukkan kurangnya minat negara-negara Asian berdagang dalam pasaran bebas yang telah diwujudkan oleh Russia. Sebab utama berlakunya kelembapan dalam perdagangan ini ialah kerana kurang pengetahun akan apa yang boleh ditawarkan oleh Russia dan apa yang diperlukan oleh Russia daripada negara-negara Asian. Suasana politik di kebanyakan negara Asian, adalah terlalu cenderung kepada dan pro-Washington dan ini telah menyebabkan kedinginan antara Moskow dan negara-negara Asian.
Bandingkan angka dagang antara Russia-ASEAN dengan angka perdagangan antara China dan ASEAN (yang bernilai lebih AS$78 bilion pada 2003), untuk memberikan kita gambaran yang jelas akan keadaan ini. Pada 1996, yakni tahun Russia mula menjadi rakan dialog ASEAN, pengeksportan ASEAN kepada Russia melonjak naik hampir mencecah AS$3.2 bilion. Kemasukan barang Russia memasukki ASEAN mencecah lebih AS$2 bilion. Namun, pada 1997, eksport ASEAN ke Russia jatuh merudum kepada AS$876 juta, naik sedikit melebehi AS$500 juta pada 1998, dan menurun kepada AS$117 juta pada bahagian enam bulan pertama 1999. Import ASEAN daripada Russia menjunam kepada AS$1.1 bilion pada 1997, kepada $567 juta pada 1998, dan kepada AS$377 juta pada setengah-tahun pertama 1999.
Russia menjanjikan sumber pelancungan kepada negara ASEAN kalaulah ia berbentuk kegiatan dua hala. Kedua-dua pihak, akan meraih keuntungan kalau berlaku pertukaran lawatan dan membenarkan pelancungan besar-besaran. Pelancung Rusia memang berminat melawat rantau ini, membelanjakan wang simpanan mereka dan sudah tentu membeli banyak barangan yang ternyata lebih murah di negara ASEAN berbanding di Russia. Moskow memang begitu maju dalam jurusan sains dan teknikal dan memungkinkan Russia menjadi rakan usahasama dalam bidang sains, sains gunaan, bahan tenaga, dan banyak bidang lain seperti penerbangan, industri angkasa, biologi marin dan bioteknologi.
Russia merupakan sumber tenaga utama untuk Eropah Barat, China dan Jepun dan mungkin juga untuk Asian. Dengan menyerlahnya teknologi nuklear diterima-pakai di Asia, Rusia boleh menjadi rakan utama yang lebih murah harga pakatannya sehingga beberapa bilion dollar dan lebih efisen lagi. Kerana kepakarannya dalam sektor ini, Russia adalah pengguna utama bahan tenaga nuklear dan pembuat senjata nuklear yang utama. Sebagai sebuah negara yang diiktiraf pembuat senjata nuklear, Russia menjadi anggota tetap Majlis Keselamatan PBB, dan menganggotai Kumpulan 8 (G8) negara industri di merata dunia. Kejagoannya dalam bidang bahan tenaga, nuklear, gas dan minyak memang tidak disangsikan lagi.
AS mengiktiraf rantau Asian sebagai rantau komersial yang paling pantas membesar di dunia. Mengikut The Wall Street Journal , ekonomi Asia sedang membesar pada kadar purata antara 5 hingga 6 persen. Ini termasuklah ekonomi Russia. AS mahu mengongsi kejayaan pertumbuhan Russia. Tetapi Russia mepunyai rencana lain pula.
Dengan terjejasanya perang mengganyang keganasan, yang tidak lama lagi akan bertukar fasanya, dan ketika AS sibuk mencari seorang presiden Baru pada 2008, dunia sejagat akan memberikan tumpuan kepada beberapa sumber baru untuk pembangunannya. Moskow berhasrat mahu menjadi salah satu sumber alternatif yang besar dalam bidang pembangunan pusat ekonomi dan politik dunia.
Kemungkinan Jepun muncul sebagai satu kuasa besar utama di rantau Asian, selepas Korea Utara meledakkan ujian nuklearnya tahun ini adalah satu lagi faktor keperhatinan negara-negara di rantau ASEAN. Perlumbaan untuk memilikki nuklear akan menjejaskan rantau itu secara berlarutan. Akan wujud situasi di mana perlunya seorang rakan yang perkasa dalam arena nuklear – baik bagi tujaun tenaga mahupun ketenteraan – dan Moskow memang mempunyai kelayakan untuk mengambil peranan besar.
Dengan Putin sebagai pemimpin utama Russia moden, yang melakar perubahan di Moskow, Russia ternyata menjadi sumber berpotensi untuk menyenangkan negara ASEAN. Namun, ASEAN dan anggota rantau Asia Pasifik masih lagi keliru dengan Russia di zaman dulu dan tidak dengan kemampuan Russia pada hari ini.
Dalam beberapa wawancara dengan beberapa orang pemerhati yang sedar akan usaha Russia menonjol di rantau Asia Pasifik, World Futures faham kenapa Moskow sedang bersiap melancarkan satu kempen besar-besaran yang akan menyentuh hati dan minda rakyat di rantau itu. Walaupun ada pelbagai lapuran yang negatif dalam media Amerika, Russia hari ini merupakan satu negara bebas di mana demokrasi sudah pun berakar umbi. Russia berhasrat meningkatkan penyertaan di Asia Pasifik dan membantu negara rantau itu menyelesaikan pelbagai masalah dalam pelbagai jurusan.
Perkara ini dapat dilihat semasa berlangsungnya Forum Asia Pasifik di Hanoi. Russia telah menyerlah pada persidangan itu, menunjukan ia mempunyai banyak peranan untuk rantau Asian apabila ia mendedahkan rencananya untuk sama-sama membangunkan satu kilang penapis minyak untuk menampung kemasukan 200,000 tong sehari dengan China National Petroleum Corp (CNRC) . Kontrak itu telah diberikan kepada Rosneft, gergasi minyak yang dimilikki oleh negara Russia. Perjanjian ini menjadi penunjuk betapa akrabnya pembabitan Russia dengan Cina, satu lagi rakan utama ASEAN dan ia juga memberi isyarat tentang keyakinan ekonomi dan politik untuk pertumbuhannya.
Perdagangan minyak Russia, yang secara tradisinya disasarkan kepada negara-negara Eropah dan negara bekas Soviet, kini mula berganjak tapaknya untuk menjangkau 21 anggota negara anggota Asia Pasific Economic Cooperation Forum. Keahlian Russia dalam WTO (World Trade Organisataion - Pertubuhan Dagang Dunia) turut memudahkan perjanjian dagang dua-hala dengan negara-negara di rantau Asia Pasifik.
Di luar sidang puncak, (summit) Putin telah mengadakan beberapa pertemuan berbentuk dua hala, khususnya dengan Presiden China, Hu Jintao dan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, dan ini telah dilapurkan oleh lamanweb G8. Russia turut mengumumkan projek tenaganya yang baru, yakni satu saluran paip sepanjang 44 km (44 batu) Timur Siberia – Pantai Pasifik untuk menyalurkan minyak dan gas, menyambungkan satu saluran paip besar yang baru dengan sempadan China.
Para pelabur menjangkakan projek itu akan menjadi penting sebagai satu sumber minyak mentah untuk ekonomi Asia dan Pasifik pada tahun-tahun mendatang. Adalah dianggarkan setakat 2020 nanti industri minyak Russia akan meraih keuntungan sehingga $820 bilion dollar.
Kerjasama antara Russia dan China dianggar meningkatkan pangkalan kuasa Moskow di rantau ini sambil ia terus terlibat dengan ASEAN ia akan membantu Russia mendapatkan keutamaan dalam pasaran (eksport dan import) yang telah lama terlepas daripada pegangan sejak tersungkurnya regim komunis di Moskow. Russia telah merancang pembekalan bahan tenaga dengan mengaitkannya kepada Vietsovpetro sebagai agenda utamanya dalam pertemuan itu.
Vietsovpetro merupakan salah satu usahasama Russia-Vienam yang paling besar dan paling berkesan, hingga melibatkan hampir 65% keluaran minyak negara itu. Pembinaan satu saluran gas asli bernilai $400 juta dollar di Selatan Vietnam teramasuk dua stesen janakuasa elektrik dan kilang memproses nitrogen telah pun dimulakan. Antara 2006-2010, Veitsovpetro merancang untuk menambah 37 hingga 40 juta metrik ton minyak mentah dan 6.5 bilion meter padu gas asli.
Dagangan dua hala antara Russia dan Vietnam yang kini melampaui $1 bilion dollar setiap tahun, akan ditingkatkan lagi, demikian lapuran laman web G8. Russia juga telah mencadangkan pembekalan tenaga kepada Vietsovpetro sebagai agenda utamanya dalam perbincangan dengan Vietnam. Lambat laun ia akan berunding perihal FTA dengan Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan juga Brunei tidak lama lagi.
Moskow yakin dengan kehadiiran Russia di kalangan ASEAN khususnya dan juga di pinggiran Asia Pasifik dapat mengimbangi pengaruh AS dan China yang kian mekar supaya negara Asia Tenggara boleh meraih lebih banyak peluang untuk mengikuti dasar bebas mereka sendiri walaupun sudah wujud ambisi Washington dan Beijing di rantau itu. Mengenai isu keselamatan bahan bakar, rantau ASEAN kini boleh menerima hakikat bahawa Moskow merupakan satu pelakon utama tidak lama lagi. Russia mempunyai sumber yang banyak dan sudah membuktikan bahawa ia adalah pembekal gas dan minyak yang berkemampuan.
Kerjasaama dalam bidang ini boleh menjurus kepada perkembangan Asia Tenggara yang sungguh dinamik. Russia boleh diharapkan sebagai satu rakan usaha yang boleh dipercayai dalam ushasama mencarigali, pengangkutan, penstoran dan penjualan minyak dan gas daripada telaga minyak yang ada. Sebaliknya Moskow akan lebih cenderung membuka pintunya kepada ASEAN dan para pelabur Asia Pasifik untuk sama-sama lerlibat dalam projek minyak, gas, dan apa juga projek lain di Russia. Seorang analis memberitahu WFOL, bahawa kerjasama terbuka semacam ini akan menjadikan Russia satu rakan yang berwibawa dalam kemajuan rantau ini.

1 Comments:
Good fill someone in on and this post helped me alot in my college assignement. Thanks you as your information.
Post a Comment
<< Home