Sunday, December 10, 2006

DAP: Apa Kena Pada Ketua Menteri Melaka

08/12:

DAP: Apa Kena pada Ketua Menteri Melaka?
(DAP: What's wrong with Malacca CM?)
Ng Kee Seng - The Sun
Dipetik daripada Malaysia-Today.

DAP mahu Perdana Meneri Abdulah Ahamd Badawi mendedahkan apakah jenis ‘penyakit misteri’ yang sdang dihidapi oleh Ketua Menteri Melaka Mohd. Ali Rustam. Pendedahan itu dianggap penting dari sudut politik, katanya.


Perdana Menteri seharusnya memberi arahan agar Mohd. Ali menyatakan apakah penyebab sakit misteri itu membolehkan beliau dimasukkan Hospital Putar, Melaka sejak Jumaat (1 Disember, 2006)


"Kecuali tetamu bertaraf betul-betul ternama (VVIP) orang lain tidak dibenarkan melawatnya. Setakat ini tidak ada pertanda dia akan dibenarkan pulang." Demikian kenyataan Lim Guan Eng, Setiausaha Agong DAP pada hari ini.


DAP mendoakan Mohd Ali beransur pulih. Namun Ketua Menteri itu mempunyai tanggungjwab untuk memaklumkan kepada rakyat jelata apakah penyakt yang ditanggungnya.

Seminggu berada di hospital adalah satu tempoh yang luar biasa lamanya kecuali dia menanggung penyakit yang serius. Ini mencetuskan tandatanya apakah dia mampu menjalankan tugas dengan berkesan bukan sahaja sebagai seorang Ketua Menteri tetapi sebagai seorang naib presiden UMNO.


"Rakyat Melaka mempunyai hak untuk tahu apakah penyebab sakitnya itu dan dalam negara yang mengamalkan demokrasi, maklumat itu perlu disibarkan bagi kepentingan akauntabiliti dan ketelusan. Pucuk kepimpinan negara perlu berada dalam keadaan yang sihat untuk menentukan dapat berfungsi bagi kepentingan rayat dan negara.


Inilah sebabnya kenapa pemimpin tinggi di Malaysia tidak boleh menyorokkan penyakit mereka, termasuk Perdana Menteri Abdullah yang pernah mendedahkan betapa dia menjalani satu pembedahan kecil bagi enyakit resdong ketika dia mendaptkan rawatan kesihatan di Perth.

”Malahan mantan perdana menteri Mahathir Mohamad mendedahkan berita dia terkena angin ahmar yang tidak berapa kuat baru-baru ini. Ataupun bekas Menteri Besar Kedah Dato Sri Syed Razak bin Syed Zain Barakbah, yang sudahpun bersara hampir setahun dulu pada 22 Disember, Beliau tleah meberitahu rakyat akan penyakit yang ditanggungnya," tambah beliau.


Kenapakah Mohd Ali mesti berbeza daripada pemimpin tinggi yang lain dengan menyorok keadaan perubatannya? Mohd Ali pernah menanggung penyakit yang sama sebelum pilihanraya umum 2004 dulu, ketika beliau mendapatkan bantuan perubatan pada akhir 2003 di seberang laut tanpa menyebutkan apa jenis penyakitnya.

Kalau keadaan beliau tidak serius, Mohd Ali harus berfahaman terbuka dan berterus terang kepada rakyat jelata agar tersingkir sebarang kesangsian tentang keupayaan beliau untuk terus menjadi KM Melaka, “ kata beliau lagi. Tamat.

Terjemahan - marhaintua -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home