Wednesday, December 13, 2006

Orang Tua Itu Masukkan Pasir Dalam Periuk Khairy

12/12:

Orang Tua Itu Masukkan Pasir dalam Periuk Khairy
'(The old man smashed Khairy’s pot of rice')
Posted by: Raja Petra
Malaysiakini
Terjemahan –marhaintua-

Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi sekali lagi naik melenting mempertahankan anak menantunya dalam satu temubual dengan Bangkok Post.

Beliau memberitahu akhbar itu betapa si Orang Tua telah menabur pasir dalam periuk nasi Khairy. Istilah “orang tua itu” merujuk kepada bekas perdana menteri Dr. Mahathir Mohamad yang telah menyerang Khairy Jamaluddin bertubi kali. “Inilah yang membuatkan saya memang sedih. Khairy telah menjual semua kepentingan beliau dalam (bank saudagar) ECM Libra (Avenue). Dan menjualnya dengan menangggung kerugian. Kini dia menanggung hutang untuk dilunaskan,” kata Abdullah lagi.

Anak muda yang berusaia 31 tahun itu merupakan satu bintang yang sedang menyinar dalam UMNO. Beliau telah meminjam RM 9,2 juta ringgit untuk membeli saham ECM Libra.

Namun, empat bulan yang lalu, dia telah menjual semua saham itu ekoran tekanan politik yang bertubi kali, khususnya selepas Mahathir menuduh orang pilihan beliau mengamalkan nepotisme. Pada Ogos lalu timbalan ketua pergerakan UMNO itu telah menjual keseluruhan 1.2 juta saham yang merupakan 1.23 persen saham ECM Libra – dengan kadar 65 sen se saham; sedangkan dia telah membelinya dengan kadar 71 sen sesaham pada Disember lalu.

Antara soalan yang dibangkitkan ialah bagaimana mugkin seorang anak muda seperti Khairy mampu meminjam daripada bank untuk membeli saham ECM Libra.

Tambahan pula, kurang sebulan selepas Khairy memegang saham ECM Libra, kerajaan telah meluluskan penggabungan syarikat itu dengan syarikat milik kerajaan Avenue Capital Resource Berhad. Entiti baru itu dikenali dengan nama ECM Libra Avenue. Penggabungan itu telah mencetuskan banyak teka-teki apakah wujud percanggahan kepentingan kerana Abdullah adalah juga menteri kewangan yang mengawasi syarikat yang ada kaitan dengan kerajaan.

Apakah yang buat kamu mengarut?

Dalam temubual yang berlangsung di Putrajaya, Abdullah telah mendedahkan betapa dia pernah memberitahu Khairy bahawa dia tidak boleh bergiat dalam politik dan berniaga dalam satu waktu yang sama. Khairy pernah mengambil pengajian ‘economic philosopy’ (falsafah ekonomi). Dia bercadang untuk bekerja di Hongkong tetapi tempat itu jauh sangat. Kemudian dia mengambil keputusan pergi ke Singapura. Ketika itu dia sudah berada dalam pergerakan pemuda UMNO,“ kata Abdullah mengenai anak menantu yang bernikah dengan satu-satunya anak perempuan beliau bernama Nori.

”Saya tanya dia: Apakah kamu mahu main politik ataupun masuk berniaga? Kamu tidak boleh melakukan dua sekali, lebih lagi kalau kamu berada di Singpura. Ketika itulah beliau ditawarkan untuk menganggotai ECM Libra. Ketika itu juga mereka banyak buat cerita mengenai dirinya.

”Saya berfikir juga, apakah yang mereka mengarut ni? Mereka reka bermacam cerita untuk mengaibkannya. Tujuannya ialah untuk menakutkan beliau. Sebagai seorang ‘Merchant Banker” (pegawai Bank Saudagar) syarikat dia memang berjaya. Ramai orang yang meminta beliau lakukan banyak perkara. Memang tidak patut sekali,” kata beliau sambil menunjukkan dia sudah mula naik angin.

Abdullah juga berkata bahawa dia turut “sedih terhadap kritikan yang ditujukan pada beliau dan anggota keluarganya.”

”Apa yang saya maksudkan, anda mempunyai kebebasan untuk bersuara. Tetapi bukan kebebasan untuk berbohong dan menyerang. Jangan bercakap bohong. Jangan memfitnah orang lain. Itu bukannya kebebasan bersuara.”

”Kalau anda bercakap benar, silakan, saya tidak menghadapi masalah dari segi itu. Kalau anda mahu beritahu ada sesuatu yang tidak kena, beritahulah. Beritahu perkara yang benar kepada pucuk kepimpinan. Saya senang hati kalau ada orang membantu saya melihat perkara yang tidak berjalan lancar.”

Usaha Menjatuhkan Saya

Perdana menteri turut mempertahankan anak lelakinya, Kamaluddin, yang kini sudah menjadi salah seorang yang paling terkaya sejak beberapa tahun ini melalui pegangan saham majoriti dalam syarikat minyak dan gas bernama Scomi, yang baru membangun.

“Saya fikir tuduhan nepotisme terhadap seseorang pemimpin adalah satu cara menjatuhkan beliau, menghakiskan maruahnya. Mereka sanggup lakukan apa sahaja. Anak lelaki saya itu adalah seorang peguam, dia sedar serba-serbi bahawa ayahnya adalah seorang perdana menteri.

Dia sudah lama menceburkan diri dalam bidang minyak dan gas. Dia berniaga di luar negara. Dia memilikki 35 lokasi di seberang laut. Dia memperolehi segelintir kontrak dengan Petronas melalui tender terbuka, antarabangsa. Lagipun dia tawarkan terma yang paling unggulan. Itulah cara dia bekerja. “

Dia telah membeli beberapa syarikat yang diminatinya kerana keupayaan kejuruteraan mereka, keupayaan membuat peralatan mesin. Dia tidak membina syarikat itu dari asal, dia memilih penggabugnan dan pembelian, Itu stail perniagaan dia.

Walaupun ramai orang yang datang menemui beliau dan mengajak berusaha-sama dengan syarikat yang ada kaitan dengan kerajaan, dia jawab “Tidak, saya punyai cukup wang,. Saya sudah kaya.”:

tamat.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home