Banjir Besar Ataupun Malapetaka Negara?
Banjir Besar Ataupun Malapetaka Negara?
Oleh: - Marhaintua -
Suntingan: Laman M@RHAEN
Mereka kata banjir besar kerana hujan yang turun lebat adalah paling besar dalam 100 tahun.
Tetapi mereka tidak mengaku itu adalah malapetaka ataupun national disaster. Apakah mereka lakukan, selain tunjukkan keadaan banjir di Muar dan Tangkak? Kenapa tidak tindak-ikut susulan keadaan banjir di semua kawasan seluruh Malaysia?
Mereka lebih berminat tunjukkan keadaan banjir di Aceh, dari kisah banjir di negara sini. Kenapa? Kerana mereka tidak mahu akui bahawa ini adalah bencana alam yang menghancurkan ekonomi negara.
Kenapa tidak ada pasukan RELA yang dulu dikatakan khas untuk ketenteraman negara. Kalau RELA giat menangkap pendatang Indon (bukan Pakistan, Myanmar ataupun pendatang Afrika – tetapi Indon) kerana apa? Kerana pendatang ini memakai rantai emas di pinggang sebagai bentuk simpanan, mereka menyimpan buku simpanan di bank, ada telefon bimbit untuk dibalun. Tetapi kenapa tidak nampak muka mereka di TV membantu mangsa banjir?
Kenapa tunjukkan Mat Remit dan Putra UMNO mengagihkan bantuan mee segera dan beras Jati? Kerana itu sahaja modal UMNO?
Paklah tidak mahu mengaku ini bencana negara (national disaster) kerana dia mahu bercuti ke mahligai baru di Australia. Adakah pemimpin UMNO yang bercuti di luar negara balik melawat kawasan banjir di tempat mereka? Nanti ada yang mengatakan mereka berada di Makkah sebagai helah menutup kisah berada melancar ski di tempat peranginan sejuk.
Sepatutnya diisytiharkan bahawa banjir kali ini adalah bencana alam yang amat dahsyat menyerupai bencana tsunami. Pukulan tsunami pada 26 Disember 2005 merupakan pukulan yang ‘localised’ tertumpu kepada beberapa tempat tertentu. Tetapi bencana bah kali ini telah menghenyak hampir setengah kawasan Semenanjung tanah Melayu.
Kalau kerajaan mengaku ini satu bencana alam tentulah semua wakil Parlimen digembleng kepada beberapa kumpulan untuk mengetuai pasukan penyelamat termasuk tentera, polis dan RELA serta pasukan Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) yang lain. Pasukan ini bukan sahaja membuat kerja-kerja menyelamat tetapi juga membuat bancian kerugian supaya diambil kira dalam pemberian pampasan dan bantuan baik pulih.
Adakah rencana memberikan pampasan kerana kehilangan ayam itik, kambing dan lembu seperti bantuan pampasan kerana kematian khinzir semasa wabak JE? Khabarnya semua ladang ternakan buaya haram di Johor telah musnah dan buaya sedang berkeliaran tidak menentu. Adakah satu pasukan khas bomba ditubuhkan untuk mencari buaya ini? Apakah betul cerita polis Johor menantikan laporan polis oleh penternak buaya terlebih dahulu baru mahu bertindak? Kalau ternakan itu tidak berlesen dan dianggap haram, sanggupkah penternak itu membuat laporan?
Adakah ura-ura bantuan pampasan untuk rumah kediaman yang dihanyutkan banjir tidak kira siapa pemiliknya?
Kenapa tidak digembleng tenaga pelajar universiti untuk membantu pegawai ternakan menangkap dan menyelamatkan semua ternakan berkaki empat dan dikandangkan supaya tidak mencetuskan wabak bangkai hanyut? Mana dia pencinta alam sekitar, mana dia persatuan penyayang haiwan seperti kucing dan anjing? Mana dia Puteri yang patut menguruskan makanan nasi kawah?
Kenapakah gambar di akhbar perdana Melayu dan Inggeris serta rakaman di TV menunjukkan gambar wakil rakyat dan orang UMNO membantu mangsa banjir? Kenapa tidak dipaparkan gambar sebenar bencana banjir?
Adakah ura-ura kerajaan mengembleng unit teknikal angkatan tentera pergi ke kampung-kampung memberikan khidmat percuma membaik-pulih enjin kereta orang kampung yang sudah lama berendam dalam air?
Adakah sebarang ura-ura menghentikan projek khas daripada pembayaran RM600 kepada bahagian UMNO? Kalau sudah banjir tentu sekali projek itu tidak dilangsaikan dan kalau disiapkan pun tidak boleh diluluskan kerana projek itu menjadi lebih teruk daripada dahulu.
Ya Allah.....bencana mu adalah bencana kerana kebobrokan UMNO tetapi kenapakah rakyat marhaen yang merana........!
Kerajaan Paklah harus mengisytiharkan banjir tahun ini sebagai bencana alam dan malapetaka negara. Mesti ada satu Suruhanjaya khas mengkaji bentuk pampasan kepada rakyat. Sepatutnya menjelang akhir tahun ini 30 Disember hingga 5 Januari, Paklah harus arahkan PLUS dan semua pengendali tol membuka laluan percuma kepada semua lalu-lintas. Ini akan membolehkan sesiapa sahaja balik kampung dan membantu kaum keluarga yang menderita. Duit tol boleh digunakan untuk membeli barang makan ataupun pakaian kepada mangsa banjir .
Paklah harus kerahkan semua bas sekolah dan bas polis, kastam, imigresen dan tentera untuk ‘standby’ di stesen bas. Di merata negara. Mana-mana syarikat bas yang mengenakan tambang tinggi untuk orang balik beraya harus digantung serta merta. Pada cuti Krismas tambang daripada Kuala Lumpur naik kepada RM25 sedangkan harga selalu ialah hanya RM13. Kenapa tidak ada langsung berita ini di radio dan TV? JPB harus masuk campur dan keluarkan tiket untuk orang naik bas kerajaan dengan harga biasa. Bas pengangkutan jarak jauh adalah milik MARA dan banyak saham dipegang oleh pemimpin BN. Itu sebab mereka naikkan harga tambang dan tidak siapa berani menangkap mereka.
Sesiapa yang tidak ada kampung halaman boleh bersatu dan mengumpulkan sebuah pasukan melawat kampung tertentu dan memberikan bantuan. Tidak harus ada bantuan yang bercorak parti politik dan berpuak-puak. Kita dilanda musibah, dan kita mesti tangani perkara ini secara logik tanpa sempadan.
Yang teruk sekali dalam bencana alam ini adalah orang Melayu dan yang beragama Islam, mungkin yang kedua teruk ialah kaum India. Yang paling untung ialah orang Cina kerana industri kecil-kecilan dan makanan segera paling laris kerana keluaran mereka diperlukan untuk edaran kecemasan.
Bayangkan jumlah air botol dan mi segera yang sudah diagihkan setakat ini. Ini menyerupai corak agihan RM600 juta kepada ketua bahagian UMNO. Daripada RM600 juta itu mungkin tiga puluh peratus yang dijilat oleh orang Melayu kerana yang lain itu disubkan kepada kontraktor China dan India. Belum pun selesai kerja-kerja tersebut, dan kalau pun tidak dibuat langsung kerja tersebut, kerajaan akan pasti meluluskan bayaran kerana tidak ada bukti kerja itu tidak dibuat langsung.
Siapa yang rugi kalau bukan pembayar cukai dan Petronas?

- marhaintua - 31.12.2006
0 Comments:
Post a Comment
<< Home