Saturday, January 06, 2007

China campur-adukkan beras dan neokolonialisme


Cina campur-adukkan beras dan neokolonialisme
(China mixes rice and neo-colonialism)
By Kent Ewing
Terjemahan – marhaintua-
6 Januari,2007

China ialah salah satu negara yang paling korup di dunia ini. Apabila ia mengeluarkan berbilion dollar Amerika dalam bentuk bantuan dan kontrak perniagaan di Afrika, yang merupakan benua paling korup di dunia, loceng penggera pun mula berbunyi di Washington dan ibukota Negara Barat.

Kerana mahukan bekalan minyak menyebabkan China mengambil langkah agresif untuk mengembangkan hubungan ekonomi dengan Afrika. Untuk merancakkan pertumbuhan ekonominya yang telah berkembang secara purata lebih 9 persen setiap tahun sejak 20 tahun yang lalu, China perlukan minyak dan bahan mentah. China memang tidak kaya dengan simpanan minyak. Kerana itu ia semakin bergantung kepada minyak yang diimport. Mengikut Kementerian Dagang, minyak import merupakan 47 persen daripada jumlah penggunaan negara pada setengah tahun ini.

Tahun lalu, Kongres AS telah berjaya menyekat usaha Cina untuk mengambil alih syarikat minyak AS Unocal Corp oleh CNOOC Ltd, sebuah anak syarikat China National Ofshore Oil corp, salah satu tiga syarikat tenaga terbesar di China. Keselamatan tenaga sudah naik meninggi di atas sekali dalam agenda nasional dan syarikat minyak China menjadi semakin agresif dalam pencarian sumber petrolium di beberapa tempat merata dunia.

Afrika mempunyai simpanan minyak dunia sekitar 8 persen dan ini membuatkan Beijing membelanjakan berbilion dollar untuk mendaptkan hak menggerudi minyak di Nigeria, Sudan dan Angola dan merundingkan kontrak dengan Chad, Gabon, Mauritania, Kenya, Equatorial Guinea, Ethiopia dan Republic of Congo. Benua itu sekarang menyumbang kepada 25% minyak import China.

Di samping itu China juga memrupakan pelabur utama dalam industri gangsa di Zambia dan Democratic Republic of Congo. Mereka membeli kayu-kayan di Mozambikque, Libera, Gabon, Cameroon dan Equatirial Guinea.

Sebagai pertukaran unutk mendapatkan bahan tenaga, sumber galian dan barangan mentah yang lain, China telah mengeluarkan banyak bantauan dan memberikan bantuan teknikal serta pinjaman tanpa faedah kepada kerajaan Afrika yang mesra perniagaan. Pada wkatu yang sama syarikat China sedang memenangi kontrak untuk membina lebuhraya, saluran paip, ampangan haidro, hospital dan stadium sukan dan memperbaikki landasan keretapi, pelabuhan dan lapangan terbang.

Sejak kebelakangan ini, China telah semakin agresif dalam mengembangkan dagangan dengan beberapa tempat di dunia setelah pergeseran dangannya dengan Amerika Syarikat dan European Union semakin meruncing. Justru, dagangan China dengan Afrika terus meningkat dan bukan secara kebetulan, ekonomi sub-Saharan Afrika yang selama ini menanggung penderitaan ekonomi, sedang menikmati pertumbuhan yang paling cepat sejak 30 tahun.

Mengikut kerajaan China, perdagangan China dengan Afrika telah meningkat daripada US $10.6 bilion pada tahun 2000 kepada $39.7 bilion pada tahun lalu. Pada wkatu yang sama, International Monetary Fund (IMF) melapurkan kadar pertumbuhan ekonomi di Sub-Saharan Afrika telah naik hampir dua kali ganda. Pada tahun ini terdapat peningkatan sebanyak 5.8% kata IMF dan merupakan yang terbaik di Afrika sejak 1974.

China telah menceburkan diri di negara yang ditakuti oleh syariakat Barat disebabkan margin keuntungan yang kecil ataupun keadaan iklim dan politik yang meragukan mereka. Syarikat yang dimilikki oleh kerajaan China mempunyai keupayaan untuk mengenepikan keuntungan jangka pendek untuk seketika dan memberikan tumpuan kepada rencana ekonomi jangka panjang kerajaannya.

Mengenai masalah suasana dan politik, pemimpin China telah menjelaskan bahawa mereka tidak mempunyaai sebarang masalah dalam bidang itu. Pendekatan China yang tidak mencangkuk kan bersyarat kepada usaha berdagang di Afrika merupakan satu tamparan hebat kepada institusi Barat yang gusarkan kemajuan demokrasi dan menghormati hak asasi manusia.


Jadi, walaupun wujud reaksi negatif di barat kepada usaha China memasukki Afrika, pelaburan China semakin berbaloi. Tetapi bagaimaan dan untuk siapa? Inilah soalan yang mempunyai muslihatnya.

Walaupun keuntungan yang diraih tidak lah seberapa, pemimpin China mengharapkan dapat membina kejayaaan itu semasa berlangsungnya Forum Menteri mengenai Kerjasama China-Afrika yang akan diadakan bulan hadapan.

Perdana Menteri Wen Jibau merumuskan strategi China ketika singgah di Brazzaville dalam lawatan ke Afrika Jun lalu: “China telah menjalin hubungan dengan Afrika mengikut prinsip keuntungan bersama dan tidak campur denan masalah dalaman Afrika.”

Wen menguatkuasakan prinsip kalau tidak nampak jahat, tidak dengar kejahatan. Yang telah direstukan oleh Presiden Hu Jintao semasa membuat lawatan di benua itu pada bulan April.


Tawaran itu amat jelas kerana sabagai balasan mendapatkan bahan mentah yang diperlukan untuk kemajuan ekonomi, China tidak akan campurtangan dalam urusan dalaman kerajaan Afrika walaupun seandainya kerajaan itu diketahui begitu korup dan terlalu ganas terhadap hak asasi manusia.

Beijing mendapati kerjasama perkongsian itu berjalan dengan amat baik.

Golongan pemerintaha Afrika turut gembira apabaal China membawa masuk wang dan barangan keluarannya yang murah untuk menggerakkan ekonominya tanpa sebarang kecoh-kecoh mengenai demokrasi dan hak asasi manusia yang mereka telah begitu masak mendengarnya daripada rakan niaga di Barat.


Kerana keperluan China, mahukan minyak Afrika, gangsa dan platinum (emas putih) semakiin meningkat makanya apa juga daripada China dari baju-T hingga kelengkapan dapur kepada motorsikal mudah didapati di merata tempat di benua itu dengan harga yang rendah berbanding barangan yang sama yang diimport daripada tempat lain. Dua syarikat di Afrika sudah pun mengumumkan rencana untuk menjual kereta China yang murah harganya.

Sudah tentu pemimpin Afrika seperti Robert Mugabe di Zimbabwe dan Omar Hassan Ahmad al-Bshir di Sudan berterima kasih kepada janji China untuk mewujudkan perkongsian sama rata dengan negara mereka.


President Mugabe, 82, sudahpun memerintah Zimbabwe sejak 1980, telah berterima kasih kepada China kerana memberikan hadiah dalam bentuk bumbung jubin kepada mahligaintay yang bernilai $13 jua dolar. Mahligai itu mempunyai 25 bilik tidur. Jubin itu diberikan percuma tetapi China telah mendapt kontrak berjumlah ratusan juta dollar untuk menyediakan janakuasa haidro untuk agensi tenaga Zimbabwe, yang secara kebetulan diuruskan oleh adik ipar presiden.


Di samping itu China membekalkan jet pejuang kepada Angkatan Udara Zimbabwe dan 1,000 bas kepada bandararaya Zimbabwe. Angkatan tentera Zimbabwe telah disuntik bantuan sebanyak $200 juta dollar. China juga menguruskan tanah seluas 1,00 kilometer persegi yang telah dirampas daripada petani kulit putih sejak 2000.


Di Sudan, Beijing merupakan pembekal alat ketenteraan yang paling utama kepada kerajaan Bashir dan telah memberikan sokongan kepada usaha Sudan menolak pasukan pengaman PBB di Darfur, di mana Amerika Syarikat telah mendakwa kerajaan merestukan jenyaah yang membunuh ribuan manusia. Sokongan China itu seharusnya tidak mengejutkan kerana lebih separuh pengeksportan minyak Sudan dihantar ke China. Secara keseluruhan Sudan membekalkan 5% minyak yang diperlukan oleh China.


China National Petroleum Corp memilikki 40% saham Greater Nile Petroleum Operating Co. Sinopec (China Petrochemical Corp) sedang membina saluran paip sebanjang 1,500 kilometer ke Port Sudan di Luan Merah, di mana China Petroleum Engineering and Construction Group sedang membina satu terminal tangki minyak.

Bolehlah dikatakan presiden Sudan itu tidak akan mendengar sebarang aduan daripada Beijing - kecuali minyak berhenti daripada mengalir.
.
Di Washington, hubungan Chia dengan negara seperti Sudan merisaukan para pegawainya kerana pelaburan China itu boleh secara langsung ataupun tidak digunakan untuk menyokong para pengganas. Kepada Beijing ini adalah satu contoh betapa risaunya White House yang begitu berazam mahu mengekang penonjolan China sebagai satu kuasa dunia.

Ketika para pemimpin China dan Afrika sedang meraikan apa yang dianggap oleh Beijing sebagai hubungan “menang-menang” rakyat biasa Afrika mungkin tidak berasa seronok seperti itu. Di benua di mana separuh penduduknya hidup dengan kurang dari $1 dolalr setiap hari, sebuah kereta ataupun penghawa dingin yang murah, malahan sehelai baju-T yang baru masih lagi tidak mampu dimilikki oleh rakyat marhaen.

.
Rakyat Afrika memerlukan pekerjaan sementara belum ada persoalan apakah projek China telah mewujudkan pekerjaan di sesetengah tempat, jelas terdapat mereka telah dinafikan peluang pekerjaan itu di beberapa tempat. Sebagai contoh, di Afrika Selatan dan Lesotho barangan China yang murah sudahpun dipersalahkan kerana hilangnya puluhan ribu pekerjaan tempatan dalam industri tekstil, sedangkan di Angola, China telah bertegas menggunakan tenaga buruhnya sendiri semasa ia membuat kerja-kerja meningkatkan landasan keretapi negara itu.


Di Zambia, pemimpin parti pemabngkang Michael Sata telah membuatkan China marah kerana mencadangkan mereka dihalau keluar bersama pekerja asing yang mengikut dakwaan beliau telah menafikan pekerjaan pada orang tempatan. Sata telah dikalahkan minggu lalu oleh penyandang Levy Mwanawasa dalam pilihanraya presiden yang didakwa oleh para penyokongnnya telah sengaja dicemari.


Di Zimbabwe, Mugabe mungkin menikmati jubin berwarna biru yang menghiasi bumbung istananya, tetapi rakyat marhaen sudahpun mencipta frasa untuk menggambarkan barangan China – dari bas yang mudah rosak hinggalah pakaian yang mudah robek - sebagai piawaian ataupun mutu rendah barangan China – “zhing-zhong” adalah istilah kata mereka. Sesetengah rakyat Zimbabwe sudahpaun menggunakan istilah baru itu untuk merujuk kepada orang China.


Walaupun dasar China di Afrika telah berjaya memenangi hati dan minda para pemimpin di benua itu, penduduk Afrika sendiri nampakaya tidak bersetuju sangat. Mereka masih menunggu untuk melihat apakah stail berhubungan dengan China itu akan menjadi berbeza dengan hubungan para penjajah kulit putih di zaman silam. .

Setakat ini, China terus menggunakan benua itu sebagai sumber bahan mentah dan juga tempat melambakkan barangan mereka. Formula itu nampaknya adalah sama sahaja. .


Kent Ewing is a teacher and writer at Hong Kong International School. He can be reached at kewing@hkis.edu.hk.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home