Saturday, January 06, 2007

Mahathir Buka Mulutnya

05/01:
Mahathir Buka Mulutnya
(Mahathir breaks his silence)

Raja Petra Kamarudin

Terjemahan – marhaintua-

“Mantan timbalan perdana menteri Anwar Ibrahim telah mendedahkan pelakon-pelakon penting yang terlibat dengan mengabui perhatian Gaboner Bank Negara ketika itu – almarhum Jaffar Hussein- untuk melakukan kerja-kerja spekulasi tukaran matawang asing (forex) menyebabkan kerugian besar sehingga RM30 bilion antara 1992 – 1994,” demikian lapuran Malaysiakini pada 19 Julai 2006.

Malaysiakini terus berkata yang berikut:

Sambil menyatakan bahawa keseluruhan episod itu adalah “pengalaman yang paling dahsyat” ketika berada dalam kerajaan, Anwar mendakwa bahawa mantan perdana menteri Dr. Mahathir Mohamed adalah sama-sama terlibat dengan bekas menteri kewangan Daim Zainuddin dan Menteri Kewangan Kedua Nor Mohamed Yakcop hingga menyebabkan kerugian besar yang masih belum dapat di pulihkan kembali oleh Bank Negara hingga hari ini.

”Itulah kerja Nor Mohamad dan Mahathir serta Daim. Ketika itu saya baru sahaja memegang jawatan menteri kewangan. Tetapi saya percaya Jaffar yang tidak tahu-menahu mengenainya bila saya bertanya beliau. Memang dia betul-betul memikirkan bahawa jumlahnya seditkit sahaja,” jelas Anwar dalam temubual selama dua jam di pejabat Malaysikini di Bangsar Lama.

”Ketika tiba masa saya memahami segala-galanya, masalah sudah membengkak Kita bercakap mengeenai kerugian yang menghampiri US$10 bilion.”

Anwar mendakwa dia tidak dapat gambaran jelas mengenai spekulasi forex hinggalah dia pergi ke seberang laut di mana beberapa orang kawan menghubungi beliau menyatakan bahawa Bank Negara adalah antara tiga pelakon teratas dan sudah dianggap secara merata sebagai satu bank penyangak.

”Saya tahu daripada seorang kawan di Switzerland yang memberitahu: “Anwar, spekulasi ringgit Bank Negara adalah besar,” Saya beritahu beliau tidak mungkin benar kerana kami perlu melindungi simpanan kami. Tetapi beliau berkata bahawa kamu (Bank Negara) adalah antara tiga bank teratas. Salah satu yang teratas! Tanya saya kerana tidak masuk akal kita boleh menjadi salah satu negara itu yang melibatkan berbilion dollar dalam spekulasi forex.”

Pada 12 April, 1994, Lim Kit Siang ketua Pembangkang di Parlimen, membangkitkan perkara ini di Parlimen.

“Apabila Laporan Bank Negara bagi tahun 1992 diumumkan tahun lepas (1993), Tan Sri Jaffar Hussein yang disokong oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan (Anwar Ibrahim) telah menafikan terdapat apa-apa lubang atau hole, dengan izin, di dalam Bank Negara. Dan beliau menegaskan bahawa kerugian sebanyak RM9.3 bilion dalam urusniaga matawang asing yang ia bersedia mengakui merupakan hanya ‘paper losses’ dan bahawa kerugian Bank Negara itu adalah keuntungan buat negara atau pun “Bank Negara’s loss is the nation’s gain.” Kita semua ingat lagi.”

“Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengatakan bahawa kerugian sebanyak RM5.7 bilion dalam urusniaga matawang asing pada tahun lepas datangnya daripada keuntungan yang diperolehi dalam urusniaga matawang asing dalam tahun-tahun yang sebelumnya.”“Dalam usul khas saya atas kerugian tukaran asing Bank Negara di Parlimen pada April tahun lepas, Yang Berhormat Menteri Kewangan dengan sungguh-sungguh telah menafikan bahawa Bank Negara telah menjalankan spekulasi atau berjudi dalam tukaran matawang asing.”.”Lim Kit Siang telah menjawab kenyatan Anwar Ibrahim kepada Parlimen sepuluh hari sebelum itu, pada 2 April 1994, di mana dia telah berkata:

“Dari tahun 1981 sehingga 1984, kerugian yang dialami oleh Bank Negara kerana mempertahankan ringgit, dasar yang didukung oleh Menteri Kewangan pada masa itu, ialah RM9.5 bilion

“Prinsip pertanggungjawaban diterima oleh Tan Sri Jaffar Hussein. Saya akui beliau merupakan salah seorang Gabenor Bank Pusat yang berjaya, dihormati di rantau kita dan juga di dunia antarabangsa. Kesilapan diakui kerana beliau tahu maklumat terperinci telah tidak pernah dikemukakan kepada saya atau kepada Perdana Menteri. Beliau tahu dan saya tahu. Kita diberitahu maklumat itu hanya sebelum akaun 1992 hendak dibentangkan. Pada masa itu baru kita tahu.”

Pelbagai lapuran yang bercanggah di atas boleh di rumuskan sebagai berikut:

Selama beberapa tahun sehingga 1992, Bank Negara telah kerugian jumlah wang yang banyak disebebkan keruian semasa melakukan pertukaran matawang asing.

Pada 1993, :lapuran Tahunan Bank Negara 1992, telah dibentangkan di Parlimen oleh Menteri Kewangan ketika itu, Anwar Ibrahim, menafikan bahawa Bank Negara telah kerugian sebarang wang dan itu cuma kerugian ‘ atas kertas’ bererti secara fisikalnya Bank Negara tida kerugian apa-apa.

Pada 1994, Anwar Ibrahim telah mengaku bahawa Bank Negara telah kerugian kira-kira RM9.5 bilion tetapi berkata bahawa dia dan juga Perdana Menteri tidak tahu-menahu bahawa Bank Negara telah mendedahkan dirinya kepada risiko pertukaran matawang asing. Anwar menyalahkan kerugian itu terus keatas bahu Gaboner Bank Negara yang sepatutnya bertindak sendirian tanpa kelulusan ataupun berunding dengan Perdana Menteri ataupun Menteri Kewangan.

Pada 2006, Anwar Ibrahim telah menyalahkan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin kerana kerugian bank Negara dan mengistiharkan bahawa kerugian itu sebenarnya mencecah RM30 bilion ataupun lebih (USD 10 Billion). Wang yang kerugian itu, kata Anwar tidak pun dapat diperolehi kembali sehingga hari ini.

Malaysia Today telah bertanya Tun Dr. Mahathir apa penjelasan beliau akan dakwaan itu. Seandainya Tun Mahathir sudah lupa akan peristiwa tersebut, Malaysia Today telah mengingatkan beliau bahawa perkara ini sudahpun dibangkitkan di Parlimen pada April 1993, dan sekali lagi pada April 1994. Pada mualanya Anwar telah menafikan bahawa Bank Negara telah rugi sebarang wang. Kemudian, satu tahun kemudiannya, dia mengaku bahawa negara memang pernah kerugian, tetapi dia menafikan mempunyai sebarang pengetahuan akan hal itu dan turut mengumumkan bahawa Perdana Menteri turut tidak tahu-menahu. Namun demikian, sekarang (2006) Anwar telah menyalahkan Dr. Mahathir dan Tun Daim kerana fiasko itu dan berkata dia (Anwar) hanya mengetahuinya ketika dia bertemua seorang kawan di Switzerland ketika melawat luar negara.

”Memanglah kita semua tahu hal itu,” kata Tun Dr. Mahathir. “Malah kita telah buka satu pejabat di London untuk tujuan itu dan saya telah merasmikan pembukaan pejabat tersebut.”
Tujuan kita berdagang dengan matawang ialah untuk menyokong Ringgit terhadap nilai USD, jelas Tun Dr Mahathir. Semua orang membuatnya, kata Mahathr. “Dan pada tahap awalan kita memang mendapat banyak keuntungan,” katanya lagi. “Memanglah selepas itu kita rugi sedikit wang tetapi apa yang kita rugi adalah lebih kecil dari apa yang kta pernah untung. Kerugiannya tidaklah sampai RM20 bilion seperti yang disebut oleh Anwar. Jumlahnya lebih kecil dari itu, tetapi saya tidak ingat berapa jumlah yang sebenar. Tapi memang tidak tidak sampai RM30 bilion.

Kenyataan Tun Mahathir itu memberi andaian bukan sahaja segala kerugian telah ditebus kembali, bertentangan dengan dakwaan Anwar, tetapi kerugian itu adalah sedikit sahaja dan merupakan hanya sebahagian daripada keuntungan yang diperolehi sebelumnya. Dengan itu apa yang Bank Negara rugi sebenarnya adalah sebahagian keuntungan yang dibuatnya pada peringkat awal.

”Apapun,” hujah Tun Dr. Mahathir, “Pada waktu yang sama pasaran saham naik mencanak daripada 262 mata kepada 840. Ini merupakan permodalan pasaran sekitar RM300 bilion. Jadi, ketika kita rugi sedikit di pasaran matawang asing, kita telah untung berlipat kali ganda melalui keuntungan pasaran saham. Ini bermakna memberi sokongan kepada Ringgit dan menentukan satu matawang yang stabil membantu pasaran saham. Inilah yang memberi keyakinan kepada pasaran dan membolehkan rakyat Malaysia meraih keuntungan.”

Dengan itu Tun Dr Mahathir berpendapat, bahawa pada peringkat pertama operasi Bank Negara adalah satu kegiatan rasmi dan sah untuk menyokong Ringgit. Kedua, ia adalah sesuatu yang dimulakan oleh kerajaan dan bukn oleh orerasi Bank Negara yang dikatakan satu bank penyangak, yang melakukannya tanpa kebenaran dan pengethaun kerajaan, termasuklah menteri kewangan, Anwar Ibrahim.
Malahan, satu pejabat baru dibuka di London untuk tujuan ini dan untuk memberi sokongan kepada Ringgit dan mengelakkannya daripada merudum. Akhirnya ringgit yang stabil menghasilkan keyakinan pelabur yang kemudiannya menghasilkan kerancakan Bursa Saham Kuala Lumpur yang naik berganda tiga kali dan mencetuskan permodalan sekitar RM300 bilion.

{catatan penterjemah: heheheh ...... pandai Mahathir kelentong ..’market capitalisation’ di pasaran saham adalah berbentuk nilai kertas -saham sahaja, kebanyakannya. Apabila melibatkan matawang negara untuk spekulasi forex kita melibatkan wang secara fizikal, dan membabitkan prinsip ‘fudiciary’ !!!!!}

"Adakah anda tahu bahawa Anwar telah cuba bertemu saya beberapa kali?” tanya Tun Dr. Mahathir.
Saya tahu ini adalah berbentuk satu soalan, tetapi ada ketikanya kenyataan dikemukakan dalam bentuk persoalan, jadi saya anggap ini sebagai satu kes semacam itu.
Saya termangu sebentar kerana tidak tahu apa yang perlu dijawab. Apakah yang patut saya jawabkan? Kalau ada sesiapa yang bertanya apakah anda fikir dia bodoh, jelas dia tidak mengharap anda berkata “ya!” kerana apa yang dimaksudkannya ialah dia bukannya bodoh. Bagaimana pun kerana tidak mahu menjadi seseorang yang mahukan orang lain menguasai keadaan, saya pun menjawab, “Ya, saya pernah mendengarnya.”

Memang benar perkara ini dan saya bukannya berbohong. Saya memng pernah mendengar perkara itu daripada seseorang yang mendakwa Anwar bercakap dengannya dan bertanya apakah dia mahu menjadi orang perantara untuk mengatur satu pertemuan dengan Mahathir.

”Anwar telah bercakap dengan segelintir orang dan meminta mereka menemui saya. Dia mahu berjumpa walaupun saya tidak tahu kenapa. Apakah pendapat anda kenapa dia mahu bertemu saya?”

Jelas dia memang mahukan jawapan kepada soalan itu. Kenapkah saya dari begitu ramai manusia lain, makanya dia menyoalkan soalan ini. Saya tidak faham langsung. Mungkin juga dia berfikir saya memang rapat dengan Anwar jadi saya mungkin mengetahui jawapannya?
Saya memang pernah menjadi Pengarah Kempen Bebasakan Aswar, tetapi itu adalah pada hari-hari ketika Anwar merengkok dalam penjara. Sejak 2 September 2004, hari dia dibebaskan, saya telah memberikan tumpuan kepada Malaysia Today yang kini memerlukan tugas sepenuh masa dan saya tidak pun banyak berinteraksi dengan Anwar

Saya tidak mahu kelihatan kebingungan. Mungkin Mahathir menguji saya utnuk mengetahui apakah saya benar-benar mengetahui apa yang sedang berlaku ataupun apakah saya ini kononnya seorang penulia yang hebat yang saya lagakkan. Dia telah bertanya kenapa Anwar mahu bertemu beliau. Jadi dia mencari pendapat saya dan mahu menilai apakah pandangan itu betul ataupun mungkin juga salah. Jadi saya berlakon dengan Mahathir dalam lakonan dua puluh persoalan dan mahu lihat betapakah dia menilainya pula.

”Saya fikir Anwar mahu berjumpa mendapatkan restu.”

”Untuk apa?”

Begini, kalau dia mahu menganggotai UMNO semula dia perlukan satu rekod yang bersih. Dia perlu menunjukkan sudah berdamai dengan Tun. Ini sahaja satu-satunya ‘stigma’ (penghalang) yang melecehkan beliau masuk UMNO semula. Kalau dia dapat buktikan sudah bermaaf-maafan dan melupakan perkara yang silam makanya dia dapat sokongan Tun dan sokongan penyokong Tun dalam UMNO. Tun masih memilikki sekurang-kurangnya 60% sokongan dalam UMNO. Kalau digabungkan ini dengan para penyokongna sendiri yang masih kekal dalam UMNO sudah tentu ini mmberikan satu kekuatan padanya.

”Apakah saya maish mempunyai 60% sokongan dalam UMNO?”

.”Aha, ini satu soalan yang ada trik ataupun muslihatnya. Saya tahu dia sendiri tahu akan jawapannya tetapi dia mungkin mahu mengusik apakah saya tahu perkara yang saya tuturkan.
"Kalau ikutkan pendapat ibupejabat UMNO, memang anda mempunyai sokongan sebanyak itu. Itu sebabnya Paklah mengeluarkan RM600 juta kepada semua Ketua Bahgian pada petang menjelang Persidangan Agong UMNO . Dia mahu menumpulkan bisa para penyokong Tun yang mahu mencetuskan bantahan. Pada dasarnya dia mahu membeli semua penyokong Tun.”

Mahathir tidak berkata apa-apa selain mengangguk kepala, jadi saya tidak tahu apakah dia bersetuju dengan anadaian saya itu ataupun tidak.

”Tetapi apa pasal dia mahu balak semula kepada UMNO?”

"Saya fikir kalau dia mahu menjadi Perdana Menteri. Dia sedar bahawa dia tidak boleh menjadi seorang Perdana Menteri kalau tidak masuk UMNO semula. Hanya Presiden UMNO yang boleh menjadi Perdana Menteri dan dia sedar akan perkara ini.”

”Tetapi bagaimana dia boleh balik menganggoi UMNO. Apakah UMNO akan terima?”

"Sebenarnya dia tidak perlu rujuk balik kepada UMNO seolah-olah dia memohon menjadi anggota UMNO semula. Kalau dia berbuat demikian ramai yang akan menentang, lagipun dia perlu memulakan segala-galanya dari bawah. Dia bukannya muda lagi untuk sabar memulakannya daripada bawah. Dia perlu masuk semula di peringkat atasan, semacam menyambung semula apa yang ditinggalkannya.”
”Bagaimana dia boeh berbuat begini?”
"Wau…. Memang inilah sesungguhnya soalan besar.”
”Kalau UMNO membuat pengumuman bahawa pemecatan beliau dulu adalah tidak sah dan melanggar perlembagaan parti, bererti dia akan diambil masuk semula. Anwar bukannya diadili oleh Lembaga Disiplin UMNO. Dia telah dipecat oleh Majlis Tertinggi UMNO tanpa mewujudkan satu perbicaraan yang adil. Semua pemecatan yang lain-lain adalah berdasarkn keputusan Lembaga Disiplin UMNO. Tetapi tidak dalam kes Anwar. Sebab musabab dia dipecat ialah kerana dakwaan adanya salahlaku seksual. Tetapi mahkamah telah membebaskan beliau dari segala tuduhan salahlaku seksual. Ini bermakna pemecatan beliau daripada UMNO dikira tidak sah. Ini berrti pemecatan belaiu daripada UMNO mesti diterbalikkan.

Mahathir hanya melopong merenung saya tanpa berkata apa-apa. Opocot…!!!! Apakah saya telah berlagak lebih dalam hal ini. Akan tetapi keadaan sudah terlambat untuk balik kepangkal jalan. Jadi saya perlu teruskan dan nyatakan pendapat saya.
"Kalau ada segelintir Bahagian UMNO meluluskan satu resolusi meminta Majlis Tertinggi mengkaji semula pemecatan Anwar berasaskan pemecatan yang dibuat bertentangan dengan Perlembagaan parti, beserta asas pemecatannya itu tidak lagi dikira sah, makanya Majlis Tertinggi UMNO tidak punyai pilihan lain lagi. Mereka bolehlah berkata bahawa pada 1998, Majlis Tertinggi bersetuju dengan cadangan Presiden untuk memecat Anwar kerana beliau (Presiden UMNO) pernah berkata dia mempunyai bukti yang cukup bahawa Anwar telah melakukan salahlaku seksual. Oleh kerana mahkamah sudahpun tidak berseutju dengan fitnah itu kerana tidak ada buktinya, makanya pemecatan itu harus diterbalikkan dan Anwar mesti diambil semula.

“Tetapi Najib sudahpun menjadi Timbalan (Presiden).”
”Najib telah dilantik sebagai seorang Timbalan. Dia tidak pernah bertanding jawatan itu. Sebaliknya Anwar bertanding dan menang. Jadi, Anwar telah dipilih oleh anggota patri sedangkan Najib tidak begitu. Najib hanya dilantik. Kalau pemecatan Anwar dianggap tidak sah, bererti dia sesungguhnya merupakan Timbalan Presiden Parti. Bukannya Najib.
”Apakah kamu seorang peguam?”

“Tidak…saya hanya seorang penulis.”

“Tetapi kamu temberang macam seorang peguam?”

”Ini hanya teori saya sahaja. Apakah Paklah menyokong langkah ini untuk membawa masuk Anwar kembali menganggotai UMNO mungkin bergantung kepada berapa besarkah ancaman yang dihadapinya Kalau dia merasakan bahawa kedudukannya terancam dan dia memerlukan Anwar untuk membantu pertahankan kedudukan itu tentulah masuk akal untuk beliau mengusahakan Anwar diambil semula oleh UMNO.

“Apakah dia boleh percayakan Anwar? Anwar pernah cuba menyingkirkan saya. Dia mungkin lakukan perkara yang sama kepada Paklah.”

”Tentu, tetapi ini adalah masalah sekonder, Dia memerlukan Anwar untuk menyokong dirinya terhadap Tun dan Najib dan selepas dia mengenepikan segala ancaman itu barulah dia boleh menangani Anwar kemudain.”

”Apakah kamu tahu kalau Anwar tidak cuba menyingkirkan saya dia sudahpun menjadi Perdanaa Menteri sekarang? Saya sudah merancang mahu bersara pada 1998 tetapi disebabkan krisis 1997, dan apa yang Anwar lakukan saya tidak ada pilihan selain mengekalkan kedudukan. Malahan rumah kediaman baru Perdana Menteri di Putrajaya telah dibuat untuk Anwar dan bukannya untuk saya. Terdapat enam bilik tidur. Kenapa saya perlukan enam bilik tidur? Saya bukannya ada ramai anak seperti itu, Anwar yang memilikkinya. Kediaman itu adalah untuk dia dan bukan untuk saya. Tetapi kerana perbuatan Anwar saya tidak ada pilihan walapun saya sudah merancang mahu bersara.”

”Ya, saya memang tahu akan perkara itu.”

Kita akan sambung di lain waktu. Saya rasa mahu mendedahkan apa yang saya bincangkan dengan Mahathir…..”

0 Comments:

Post a Comment

<< Home