Thursday, January 04, 2007

KWSP (EPF) Hampir Ditipu RM 15 juta

04/01:

KWSP Hampir Ditipu RM15 juta oleh syarikat yang hampir muflis
(EPF nearly conned of RM15m over defunct company)
By LOURDES CHARLES -The Star
Dipetik daripada Malaysia-Today.
Terjemahan –marhaintua-

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP—EPF) hampir membayar RM15 juta untuk saham sebuah syarikat yang nilainya kurang dari RM700,000.00 Mujurlah ada beberapa invidu tertentu yang memberi tip ingatan kepada pegawai KWSP, menyebabkan mereka menamatkan perjanjian dan melaksanakan siasatan menyeluruh akan perkara itu.

Namun, KWSP sudah pun membayar deposit RM1.5 yang boleh dipulangkan balik.

Rupanya ada seorang insan telah pergi menemui KWSP di bahagian pelaburan dan menawarkan penjualan 80% saham syarikat, yang baru mengadakan satu usahasama yang lumayan dengan satu syarikat Amerika.

Syarikat Amerika itu merupakan pengedar terbesar barangan cecair kepada pasaran makanan segera di merata dunia.

Orang yang berjaya meyakinkan pegawai KWSP itu menjamin keuntungan untuk 2005,2006, dan 2007.

Tanpa mengsyakki apa-apa, pegawai KWSP menjadi tertarik dengan angka-angka yang diuntunjukkan dan jaminan pulangan untuk beberapa tahun mendatang, lalu terus menandatangani dokumen untuk cadangan pelaburan dan membayar RM1.5 juta.

Sumber ada mengatakan bahawa ketika itu mahkamah telahpun mengarahkan syarikat itu digulung dan orang itu telah diapaksa melepaskan jawatan sebagai pengarah urusan. Tetapi dia teruskan juga berunding dengan KWSP. Mereka berkata orang itu tidak lagi mewakili syarikat kerana hanya mempunyai pegangan 30% saham dalam syarikat itu.

Ada sebuah bank tempatan yang membuat taksiran bahawa saham syarikat itu hanya bernilai sekitar RM700.000 sedangkan KWSP telah dikelabui untuk membayar hampir 28 kali ganda jumlah yang dinilai.
Beberapa orang pengarah syarikat yang diberitahu akan penjualan syarikat itu telah menulis kepada KWSP perihal penipuan tersebut.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home