Friday, January 05, 2007

Bila Otak Berada Di Lutut


BILA OTAK BERADA DI LUTUT
-marhaintua-
5 Januari, 2007.

Kita boleh ketawa bila mendengar cerita ada pelatih PKLN yang terkandas kerana ketiadaan bas di hari pertama mereka berkumpul untuk masuk kem latihan. Dari dulu lagi saya tidak bersetuju dengan cara latihan PLKN ini dan sekarang ini pun saya berani kata ini semua adalah satu skim cepat kaya untuk orang tertentu dalam kerajan BN termsuk Tan Sri Lee Lam Thy yang satu ketika dulu merupakan setiausaha Agong DAP.

Seperti yang kita semua tahu program PKLN ini merupakan cetusan rasa beberapa orang pegawai tinggi Biro Tatanegara yang turut berekongkol dengan Lee Lam Thy, yang mengikut ceritanya telah mengemukakan idea ini kepada Rosmah Najib.

Tidak menghairankan kebanyakan kontrak yang ada sangkut paut dengan latihan telah diagih-agih sesama mereka orang tertentu. Kontrak bekalan makanan, kontrak cuci pakaian, kontrak menyediakan pakaian, cadar, sarung bantal dan selimut. Tidak diambil kira kontrak membina bangunan dan bekalan barangana yang besar-besar. . .

Memang banyak cerita yang melucukan timbul daripada agihan kontrak ini , termasuk kisah orang yang mendapat sesuatu kontrak tidak pun merasa habuannya kerana dia sudah pun mati, ataupun habuan itu ditarik balik kerana dia dianggap tidak boleh ‘dipercayai’ lagi.

Apabila timbul masalah kenderaan barulah kita sedar betapa kontrak pengangkutan bukannya diberikan terus kepada operator bas tetapi ada agen dan sabkontraktor juga. Semacam kontrak yang diberikan kepada ketua bahagian UMNO. Untuk kerja-kerja majlis bandaran dan pembangunan desa. Habuan tahun baru sebanyak RM600 juta yang telah diberikan oleh Abdullah Ahmad Badawai kepada ketua bahagian UMNO hanya merupakan satu lambang sahaja kerana sebahagian besar habuan itu sesungguhnya jatuh kepada kontraktor dan sabkontraktor China (dan segelintir Kontraktor India) di merata negara.

Cuba kita tengok lapuran ini:


Berurusan Terus dengan Kami - kata tuanpunya bas sekolah
(Deal with us, schoolbus operators tell NS dept)
Giam Say Khoon - The Sun.
Terjemahan - marhaintua-

PETALING JAYA (Jan 3, 2007): Persekutuan Persatuan Operator Bas Sekolah telah mencadangkan kepada Jabatan Prkhidmatan Latihan Negara (PLKN) agar berurusan terus dengannya, dan bukan melalui agen, untuk mendapatkan harga yang lebih rendah.

Presidennya Cheng Ah Tee membuat cadangan ini kerana dia menyalahkan amalan jabatan memberikan kontrak melalui agen sebagai penyebab berlakunya kelamkabut untuk mengangkut pelatih PKLN.

Beliau menjelaskan bahawa jabatan itu memberikan dua jenis kontrak pengangkutan – satu untuk mengangkut pelatih ke kem dan balik ke tempat berkumpul, dan satu lagi daripada kem ke destinasi aktiviti mereka.

Chee berkata kontrak tersebut diberikan kepada agen seperti pegawai tentera dan pegawai kerajan yng sudah bersara daripada Kementerian Pertahanan yang memang tidak ada pengalaman dalam operasi bas.

Namun, dari memberikan kontrak terus kepada operator bas, agen sengaja mewujudkan satu lagi lapisan birokrasi dengan melantik sabkontraktor. Demikain jelas beliau kepada The Sun dalam satu temubual telefon.

Chee berkata sabkontraktor berunding secara lisan dengan operator bas dan ada di kalangan mereka mengenakan caj sedangkan yang lain mencari operator bas hanya di saat akhir.

Beliau berkata bahawa satu minggu diperlukan untuk mendpatkan Lesen Perubahan Sementara daripada JPJ untuk mengangkut pelatih. Beliau berkata adalah sukar untuk operator bas membuktikan kepada JPJ bahawa mereka telah diberikan kuasa untuk mengangkut para pelatih kerana mereka tidak ada kontrak hitam putih untuk ditunjukkan kepada JPJ.

Disebabkan masalah begiini, operator bas tidak punyai banyak masa untuk mendapatkan permit itu. Lagipun mereka perlu membayar RM50 sebagai insurance remium setiap trip, tetapi tanpa lessen, bas tidak boleh mendapatkan insurans. .

Chee berkata persatuannya telah pun berbincang dengan JPJ akan perkara ini, tetapi kesannya kosong sahaja kerana PLKN tidak mahu menanggung risiko membenarkan bas bergerak tanpa insuran dan permit.

Beliau berkata setiap operator dibayar lebih kurang RM200 setiap trip tetapi kadar sebenar berbeza antara satu negeri ke negeri yang lain. .

Chee mendesak NSTD untuk memberikan kontrak terus kepada wakil operator bas daripada setiap negeri untuk menentukan keberkesanannnya.

“Operator bas telah menaggung kesusahan kerana agen dan sabontraktor menyauk kebanyakan keuntungan dalam kontrak. Kami (persatuan) bersedia dibayar harga yang lebih rendah kalau kontrak diberiakn terus kepada kami,” katanya.

Pada hari Isnin (1 Jan, 2007) 34,313 . pelatih sepatutnya telah diangkut ke kem PKLN . Tetai 2,820 telh terkandas di bebrapa tempat berkumpul di beberapa negeri kerana kelewatan penerbangan dan pemandu bas tanpa permit.

Sembilan belas bas gagal muncul. Ada yang dibenarkan begerak dengan dieskot oleh pegawai penguatkuasa, tetapi terpaksa membayar saman.

Pengerusi PLKN Tan Sri Lee Lam Thy semalam telah mencadangkan agar kerajaan mengambil tindakan keatas jabatan itu, dan mereka yang didapati bertanggungjawab harus disenarai hitamkan.


Bila Otak Ada di lutut

Sepatutnya tidak timbul masalah operator bas kalau perkara berikut dilaksanakan:
1. Insurans pengangkutan (sebanyak RM 50 per trip) dibayar terus oleh PLKN kepada syarikat insurans dan kemudiannya diberikan kepada operator bas)

2. Kalau kita boleh memperbaharui lessen jalan ataupun lesen memandu di pejabat pos tanpa perlu pergi ke JPJ kenapakah permit mengangkut “Permit Perubahan Sementara” tidak boleh diberikan kuasa kepada setiap pengetua ataupun komandan pusat latihan PLKN kepada operator bas dan kemudianya melapurkan tindakan itu kepada JPJ yang berdekatan?

3. Setiap kali ada projek kerajaan, kita dengar pelbagai bentuk birokrasi yang sesungguhnya sengaja diadakan untuk pihak tertentu membalun duit secara haram.

4. Kemudian kedengaran pelbagai retorik cuba menutup cerita sedangkan kisah sebenar berlakunya rasuah sengaja dilencongkan.

5. Kenapakah projek yang berharga tidak lebih RM200 setiap satu boleh menggunakan agen dan sabkontraktor? Kenapakah setiap pusat latihan tidak mengagihkan kontrak secara terus kepada semua operator bas di persekitaannya? Kalau operator bas tidak pun menerima sampai seratus ringgit bagi setiap trip, siapakah yang membalun seratus ringgit lagi? Ini terbukti satu kes rasuah yang besar dan harus diselidik oleh BPR.
Lee Lam Thy harus melepaskan jawatannya

Saya hairan macam mana Lee Lam Thy boleh menjadi pengerusi PLKN. Sebagai timbalan pengerusi Pemadam selama ini pun dia tidak berjaya melakukan sesuatu untuk mengurangkan kadar penagih dadah di negara ini. Apalagi untuk mendedahkan pengimport dadah yang kaya-raya dan bergerak bebas di negara ini.

Lee Lam Thy dapat hidup senang lenang atas penderitaan oang lain dan kerana dia pandai mengampu dan sanggup jadi tukang angguk dan proksi kepada orang politik dan para kroni mereka seperti Rosmah Najib.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home