Thursday, January 04, 2007

Peristiwa Yang Mencemarkan Usaha Meningkatkan Pelancungan

Peristiwa Yang Mencemarkan Usaha Meningkatkan Pelancungan Malaysia
Incidents may mar Malaysia 's tourism bid
By Jonathan Kent
BBC News, Kuala Lumpur
Terjemahan -marhaintua-

4 Januari, 2007.


Malaysia menyambut ulangtahun kemerdekaannya ke-50 tahun ini dan telah melancarkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2007.

Persisiran pantai yang dikipas dedaun kelapa, hotel-hotel yang menawarkan harga yang rendah, tempat membeli belah yang selesa, hidangan makanan yang lazat dan kehidupan liar yang sedia ada menjadikan Malaysia salah satu destinasi utama Asia.

Pada tahun ini pihak pelancungan negara mengharap dapat meningkatkan jumlah pelancung kepada sasaran 20 juta.

Akan tetapi ekoran satu peristiwa tahun lalu, seorang warga Amerika Wayne Wright memang tidak akan yakin dengan janji kemesraan Malaysia dan dakwaan slogan pelancungannya yang berbunyi “..it is truly Asia.”

“Saya sedang berjalan di Chinatown,” kata Wright kepada BBC, “apabila secara tiba-tiab seorang lelaki yang berpakaian selekeh, yang memang tidak akan terlintas anda memikirkan beliau adalah seorang anggota polis ataupun ahli jabatan penguatkuasa, berjalan kearah saya dan bertanya:”Boleh saya tengok paspot kamu?”

Kerana takut ditipu, Mr. Wright telah enggan dan cuba berlalu dari situ.

"Ketika itulah dia menerpa kearah saya, memaut saya, mengenakan gari pada tangan dengan ganasnya sambil memanggil beberapa oang lain di kalangan orang ramai,” kata Wright lagi.

Mr Wright, adalah seorang peguam dalam tentara laut Amerika. Dia telah membantah dan menyatakan bahawa dia adalah warga AS dan memberitahu orang yang menangkap dia bahawa paspot beliau ada di bilik hotel, hanya beberapa ratus meter dari situ.

Beliau telah ditangkap, dirantai dan disumbat ke dalam satu trak yang bersangkar yang digunakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

Pengalaman Yang Dahsyat

Di situ dia telah berjumpa seorang lagi warga Amerika, yang telah dipaut oleh beberap lalekai yang enggan menunjukan sebarang kad penenalan, Yahweh Passim Nam.

Semakin jelas kepada Mr. Wright dan Mr. Nam bahawa ada kesamaan selain daripada kewarganegaraan mereka. Tetapi mereka dan setiap seorang antara kira-kira 30 orang yang ditangkap dalam serbuan itu adalah berkulit hitam..

“Ketika itu saya sedar tanpa ragu-ragu bahawa peristiwa itu adalah berbaur perkauman,” kata Mr. Nam, seorang bekas anggoa tentera laut Amerika yang kini merupakan seorang jurutera multimedia menetap di Vancouver Kanada.

“Jelas itu adalah satu missi yang gagal oleh……kumpulan militant yang cuba mengnyahkan warga Afrika,” katanya sambil mengaku dia taktukan keselamatannya ketika itu.

Mereka telah dibawa ke pusat tahanan imigresen di mana hampir 2 jam mereka diberikan roti dan air sahaja, tidak dibenarkan ke tandas dan tidak diberikan kebenaran menghubungi kedutaan AS.

“Saya telah dilayan semacam binatang,” kata Mr. Nam. “Saya rasakan diri semacam anjing, saya rasa lebih teruk dari seekor anjing.”

Mr. Wright bersetuju. “Dengan jujur saya katakan mungkin itulah pengalaman yang paling dahsyat dalam hidup saya, “ katanya.

Mereka berdua telah berkata, apabila dibebaskan akhirnya, pegawai imigresen telah menganggap peristiwa itu sebagai satu bahan jenaka sahaja dan inilah yang membuatkan saya memang marah sangat terhadap mereka. .

Rondaan Pencegah Maksiat

Ketua Penguatkuasa Imigresen Ishak Mohamad telah dihubungi oleh BBC, tetapi beliau tidak ada. Jabatan Perdana Menteri pun tidak mahu membuat komen walaupun ada seorang pegawai tinggi secara persendirian meragukan kisah dua orang lelaki Amerika tadi.

Nampaknya, bukan sahaja dua pelancung itu mengalah, tetapi mereka telah diberi sokongan oleh kedutaan AS, yang memperaku pernah memberikan bantuan consular untuk membebaskan mereka daripada tahanan. Tidak ada dakwaan yang difailkan terhadap mereka.
Peristiwa itu bukannya sesuatu yang ganjil.

BBC telah menemui beberapa orang Afrika di jalanraya Kuala Lumpur untuk bertanya mengenai isu itu dan mereka melapurkan menghadapi diskriminasi di Malaysia, baik dari sikap orang yang enggan duduk sebelah mereka dalam pengangkutan awam, taksi pun enggan berhenti mengambil mereka kerana selalu diganggu oleh polis dan pegawai imigresen.

Masalah semacam ini bukan tertumpu kepada orang yang berasal daripada Afrika sahaja.
Pada bulan Oktober, ada sepasang suami isteri dalam usia lingkungan 60 tahun daripada Alaska telah dikejutkan pada jam 2 pagi oleh ugutan ada orang mahu memecah pintu apatment sewaan mereka di Pulau Langkawi.

Itulah kerja pasukan ronda anti-maksiat, yang mengikut undang-undang Malaysia mempunyai kuasa yang sungguh perkasa keatas kelakuan penduduk Islam.

“Apabila saya membuka pintu saya melihat ada enam orang lelaki, menjerit kepada saya mahu masuk untuk memeriksa apatmen saya, sambil berkata saya adalah beragama Islam dan mereka ada hak masuk memeriksa,” kata Randal Barnhart.

Dia menjawab dengan mengatakan bahawa dia bukan beragama Islam dan enggan membenarkan mereka masuk, namun mereka tetap berdegil.

“Mereka mula menjerit, ‘ 'We want to see your woman, we want to see your woman'," (kami mahu tengok perempuan kamu!) kata Mr. Barnhart dengan marahnya, setelah mengingati peristiwa itu.

“Jadi saya suruh Carole, yang ketika itu memakai sarong supaya berdiri jauh kira–kira 15 kaki di bawah suluhan lampu supaya mereka dapat melihat kulitnya yang putih – beliau adalah isteri saya selama 42 tahun.”

Penyangak bertopengkan sebagai pencegah maksiat itu enggan berlalu tanpa melihat surat nikah mereka dan hanya mengalah setelah mereka ditunjukkan paspot pasangan itu.

Mr. Barnhart berkata isteri beliau telah mengidap ‘nervous breakdown’ (tekanan jiwa) selepas itu dan pulang ke AS dan kini dia sedang mengambil tindakan undang-undang terhadap jabatan agama.

Akan tetapi dari mendisiplinkan pegawai – yang ternyata melanggar undang-undnag dalam melakukan serbuan tanpa iringan polis, ahli politik tempatan telah menyokong kegiatan pencegah maksiat itu dengan berkata Mrs. Barnhart telah disalahpandang sebagai wanita tempatan kerana dia memakai sarong. .

Alasan itu memang disangkal dan dicemuh sebagai kerja bodoh oleh ramai rakyat Malaysia.
Sesalan.

Menteri Pelancungan, Adnan Mansor mempertahankan peranan jabatan Imigresen, sambil menyebut betapa Malaysia mempunyai masalah dengan pendatang haram.

“Maaflah saya katakan begini, disebabkan ramai warga Afrika, berkulit hitam, yang masuk dan terus menetap,”katanya.

“Apa yang dilakukan oleh jabatan imigresen ialah cuba membersihkan sesetengah pendatang yang telah tinggal lama secara haram.”

Wayne Wrights dan Yahweh Passim Nam tidak pun terlebih lama tinggal di sini. Mereka memilikki pas pelawt yang sah.

Menteri itu berkata dia ingin memperbetulkan kesilapan itu.

“Berikan kami peluang dan biarkan kami perbetulkannya,” kata Mansur.

Dia telah pun meminta maaf kepada pasangan Barnharts dan mengaku Malaysia mempunyai masalah dengan pegawai bawahan yang sedia menyalahgunakan kuasa – satu masalah yang katanya akan diperbetulkan oleh kerajaan melalui mendidik mereka semula.

Akan tetapi ini bukannya satu berita yang diperlukan oleh negara ini ketika ia cuba menganjurkan rencana menggalakkan pelancungan secara besar-besaran.

Asta, (the American Society of Travel Agents), memang kesal dengan kejadian itu.

“Pihak berkuasa mempunyai tanggungjawab untuk mendidik orang tempatan tentang kepentingan pelancungan dan peranan mereka adalah supaya berwaspada dan mengelakkan peristiwa yang berbentuk anti-pelancung,” kata seorang jurucakap kepada BBC.

Yang lebih merunsingkan rakyat Malaysia ialah peristiwa semacam itu adalah gambaran isu yang lebih besar - pegawai kerajaan yang semakin berani memandai-mandai untuk memperlekeh kawalan kerajaan.

Seorang kolumnis akhbar, Dina Zaman berkata betapa rakyat Malaysia mengharapkan Perdana Menteri Abdullah Badawi bertindak lebih tegas. “Mereka tidak fikir beliau cukup berkesan,” kata beliau.

.”Patutnya ada seseorang yang duduk dan berkata: “Awak tidak boleh buat begini, awak tidak boleh begitu.” Memanglah dia orang yang baik tetapi…lihatlah pada kadar jenayah…dan semua ini….Inilah yang membuatkan kita berfikir apakah dia terlalu berlembut????

Tidak dinafikan berjuta manusia akan datang melawat Malaysia sepanjang 2007 dan kebanyakannya akan merasa seronok.

Akan tetapi, selagi birokrasi Malaysia tidak menentukan mereka benar-benar ikhlas ada bakal pelancung yang berbuat keputusan elok lagi mereka bercuti di tempat lain.

Story from BBC NEWS:
http://news.bbc.co.uk/go/pr/fr/-/2/hi/asia-pacific/6228125.stm

Published: 2007/01/03 15:35:57 GMT



0 Comments:

Post a Comment

<< Home