Saturday, January 06, 2007

Gendang Perang Bergema di Iran

Gendang Perang Bergema di Iran
(The drums of war sound for Iran)

Written by Jim Lobe
Friday, 21 July 2006
Terjemahan -marhaintua-

Konflik Israel-Hezbolah yang sudah berjalan selama satu minggu berkemungkinan memberi peluang untuk Amerika Syarikat melancarkan perang terhadap Iran. Demikian pendapat beberapa orang pakar serantau yang melihat consensus menyeluruh di kalangan elit politik AS yang berpendirian bahawa kekalutan sekarang adalah sebahagian muslihat perang besar yang ditaja oleh Tehran terhadap Washington di rantau itu.

Ketika golongan neo-konservatif yang berpangkalan di Israel telah menjadi begitu agresif berhujah bahawa serangan pada Julai 12, 2006 oleh Hezbollah hanya mampu dilakukan dengan izin Iran, pandangan itu telah diterima ramai dan diulang-ulang oleh akhbar perdana AS, serta kumpulan politik utama, termasuklah golongan liberat yang berada dalam Parti Democratic.

Saya berpendapat, ini adalah permulaan yang sama prosesnya dengan , (serangan pengganas pada 11 September, 2001 terhadap New York dan Pentagon) dan Perang Iraq,” kata Gregory Gause, yang mengajar Kajian Politik Timur Tengah di University of Vermont.

Ketika kumpulan neo-kons mencari panduan ketika itu, akhirnya ada juga sesuatu yang mendekati mereka dalam kelas politik Amerika bahawasanya perang dengan Iraq amat merupakan sebahagian penting di Timur Tengah untuk mengelak berulangnya peristiwa 9/11,” kata beliau.

Hakikat bahawa pendapat majoriti itu bersifat ‘bipartisan’ (sama-sama dipersetujui oleh kedua pihak) dan merentasi garisan ideologi – di mana kumpulan neokon menyokong peperangan, seperti juga ramai intelek liberal yang ternama,” kata beliau. “Saya fikir konsensus yang sama berkemungkinan mengembang juga untuk beberapa tahun , kalau bukan untuk beberapa bulan mendatang, perihal perlunya menentang Iran.

Seolah-olah mahu menunjuk-nunjuk, Dewan Senat AS telah mengundi sebulat suara pada hari Selasa meluluskan satu resolusi yang bukan sahaja mengendos tindakan ketenteraan Israel di Gaza dan Lubnan tanpa meminta ia meredakannya, malahan dewan telah mendesak Presiden George W. Bush mengenakan sekatan ekonomi dan diplomasi keatas Tehran dan Damsyik. Dewan Rakyat dijangka meluluskan resolusi yang sama pada hari Khamis.

Sebelum tercetusnya krisis ini, Gause dan analis yang lain, telah menawarkan satu cadangan lain untuk mensasarkan kekecewaan Wshington di rantau itu.

Di samping sokongan padunya kepada Hezbollah, yang mempunyai kuasa politik mengikut kacamata Washington berjaya melengahkan apa yang disebut sebagai ‘Cedar Revolution’; Iran telah menyokong Hamas termasuk sayap tentera yang berpangkalan di Damsyik yang pada bulan lalu telah mencetuskan punca keganasan yang berlaku kini, dengan menculik seorang askat Israel di Gaza dan juga kumpulan militia Shia yang telah membantu Iraq hampir terjerumus ke kancah perang saudara.

“Dunia perlu memahami apa yang berlaku di sini,” kata kolumnis New York Times, Thomas Friedman minggu lalu ketika Israel melancarkan serang- balas terhadap Hezbollah.

Kuntuman bunga demokrasi yang telah ditanam di Lubnan, Iraq dan wilayah Palestin sedang dihenyak oleh sepatu militia Islamis yang disokong oleh Syria yang begitu tertekan tidak mahu melihat demokrasi sebenar bertapak di rantau itu dan militia Islamis yang disokong oleh Iran kerana mereka begitu ghairah mahu mengnyahkan modenisma bertapak di sana.”

Akan tetapi Iran boleh disalahkan kerana penyakit lain juga. Dengan dakwaan sengaja menstabilkan rantau itu, dan mencetuskan perasaan takut akan berlakunya konfrontasi ketenteraan dengan Washington, Iran boleh dipersalahkan kerana kenaikan harga minyak, di mana ia meraih banyak keuntungan

Kedegilannya yang berulang kali menolak tuntutan AS supaya membalas cadangan melibatkan program nuklear Iran mencetuskan anggapan bahawa Iran sengaja menjalin satu bentuk peperangan terhadap Washington. Malahan Washington sudah menerima hakikat bahawa Iran yang telah menggalakkan serangan Hezbollah pada 12 Julai dulu sebagai satu cara untuk melencongkan perhatian dunia sejagat terhadap program nuklearnya.

“Terlalu banyak teka-teki di Iran.” Kata Kolonel (B) August Richard Norton, yang mengajar perhubungan antarabangsa di Boston University. “Kami telah melihat bagaimana akhbar perdana telah menerima hakikat bahawa kejadian 12 Julai itu telah direncana oleh Iran sebagai cara meluimpuhkan usaha untuk menyekat program nuklearnya.”

Graham Fuller, seorang pakar risikan CIA dan pakar RAND Corporation di Timur Tengah telah mencatatkan bahawa “pembangunan kuasa tempatan kini melihat Iran muncul sebagai pusat kuasa bagi keseluruhan jaringan serantau yang semacam sarang lelabah itu.

“Media perdana masih tercari-cari penjelasan yang munasabah, dan kumpulan neokon serta puak kanan membuat andaian yang hanya bertujuan menyelerakan hasrat sendiri,” kata Fuller.

Sepertimana gambaran yang dibuat terhadap Saddam Hussein khususnya oleh golongan neokon, sebagai domino yang akan tumbang dan mencetuskan satu proses demokratisasi, deradikalisasi, kesederhanaan dan kemodenan di merata Timur Tengah, kini Iran pula digambarkan sebagai “Gordion Knot” yang perlu dikerat untuk memulihkan kekecewaan Washington yang mutakhirin, tetapi bertujuan memperbaharui kemungkinan melakukan “perubahan” mengikut acuan yang pernah direncanakan dulu.

Tanggapan, bahawa Pak Dalang di sebalik Syria, Hezbollah, Hamas dan militia Shiah di Iraq adalah Iran yang dikatakan garang dan berang sebagai sumber banyak masalah Washington menambah nilai melegakan dasar Washington dalam telahannya dulu di mana Washington terpaksa “melakukan pemeriksana diri, ataupun mengulangkaji dasarnya yang serius,” kata Fuller.

“Lajukan perjalanan ke hadapan – tidak perlu lagi diulangkaji andaian yang asas. Walaupun kita seronok menjadi satu-satunya kuasa besar global, apa juga yang dilakukan oleh As di rantau itu mungkin sekurang-kurangnnya menyumbang kepada bencana yang ada,” katanya.

Seperti yang terjadi di Iraq dulu, kumpulan yang betul-betul menentang dasar luar Amerika dulu adalah golongan ‘realis’ yang mendakwa pentadbiran Bush, khususnya, telah menggubal dasar yang salah di Timur Tengah –khususnya dengan memberikan sokongan yang tidak bersyarat kepada Israel untuk menakluk Iraq.

Mereka itu termasuk pakar serantau seperti Norton, yang berhujah bahawa mengiktiraf Hezbollah sebagai proksi Iran—apalagi dengan mengatakan Tehran adalah mendalangi peristiwa serangan 12 Julai, --merupakan salah tafsir keadaan sebenar yang lebih kompleks.

Kumpulan yang berpengaruh ini telah lama berdebat bahawa Washington seharusanya berurusan dengan Iran secara terus mengenai pelbagai isu – daripada program nuklear Tehran kepada keselamatan serantnu - yang memecahbelahkan negara itu. Akan tetapi memandangkan krisis yang ada sekarang ini, dan kejayaan Israel serta puak neokon mennyahkan Iran pula, adalah berkemungkinan menjadikan hujah itu sesuatu yang sukar diterima akal.

Copyright Inter Press Service
Close Window

0 Comments:

Post a Comment

<< Home