Sunday, January 07, 2007

Melawat Malaysia 2007 - Di sebalik tandas canggih

Malawat Malaysia 2007 – Di sebalik tandas canggih…
(Visit M’sia 2007 - Nice lavish toilets hide a different story for foreing parents)
Ali Cordoba (www.worldfutures.info)
Terjemahan – marhaintua-
7 Januari, 2007.


Pihak berkuasa di Malaysia baru-baru ini telah melancarkan tandas yang bersih dalam usaha untuk meningkatkan ketibaan pelancung dalam pesta tahun Melawat Malaysia 2007.
Ada antara tandas ini yang dirasmikan pembukaannya oleh tokoh politik yang ternama sedangkan akhbar tempatan memberikan lapuran tandas yang harum baunya dan canggih susun-atur kelengkapannya. Namun terdapat kisah berbeza melibatkan pendatang asing ke Malaysia gara-gara pelbagai sekatan yang dikenakan terhadap suami ataupun isteri serta imigran daripada negara luar. World Futures telah mendapat imbasan gelagat pihak berkuasa Melaysia yang ternyata tidak seimbang dalam usahanya untuk menarik forex daripada orang asing yang berduit.

Yang pertama sekali, sememangnya orang asing dialu-alukan memasuki Malaysia dengan tangan yang terbuka seandainya mereka mempunyai sesuatu untuk menyumbang kepada negara. Ukurannya adalah dari segi kebendaan semata-mata kerana pelancung yang suka berbelanja dilayan laksana raja kalau mereka datang daripada negara kaya, termasuk timur Tengah dan Amerika ataupun EU.

Hotel sudahpun menukar hiasan dalaman dan keindahan biliknya untuk menyesuaikan selera pelancung Timur Tengah, yang mncul dengan anak-anak dan isteri, dengan tujuan menarik lebih ramai pelancung pada tahun mendatang.

Pada 2007 banyak lagi akan diusahakan untuk menarik pelancung yang kuat berbelanja, yang dikatakan mebelanjakan sehingga US$5,000 seorang setiap minggu di Malaysia. Mereka membeli-belah di kedai yang mahal, mereka tidur di hotel yang mahal-mahal, tetapi apabila mereka turut beredar dengan pantas ada ketikanya dengan kenangan bahawa mereka bukan berada di tempat yang sesuai.

Sebagai memberi keselesaan kepada tuntutan egois pelancung semacam itu, pihak berkuasa perhotelan Malaysia telah mendesak industri perhotelan untuk mengosongkan beberapa bilik untuk beberapa bulan, hanya untuk mengambil hati para pelancung yang tidak mahu mengongsi bilik mereka dengan pelancung lain. Sikap ini walaupun kurang bijak, namun ia merupakan satu muslihat yang ternyata menarik pelancung Timur Tenah yang secara kebetulan percaya bahawa mereka telah menyewa bilik yang dinafikan kepada pelancung lain semasa musim sebelum kedatangan pelancung Arab.

Ada satu jalan yang diberi nama Arab Street yang telah dibuka pada 2005. Tujuannya untuk meyakinkan orang Arab agar mereka merasa selesa semacam di negara sendiri walaupun berada di Malaysia. Mereka boleh dapat masakan Arab, kedai Arab, dan merasakan suasana Arab ketika berada di Arab Stree di Bukit Bintang.

Pada waktu yang sama, ada seorang lelaki Arab yang telah lama tinggal di Malaysia selama 10 tahun yang lalu yang menampakkan wajah sebenar pegawai-pegarai imigresen di pintu masuk di Johor Baru Para pegawai yang sama pernah beberapa bulan yang lalu membawa wang milik pelancung Timur Tengah yang kaya-raya, kini memalingkan muka dengan kebencian dan garang terhadap seorang ayah kepada empat orang kanak-kanak kelahiran Malaysia merangkap suami kepada seorang wanita Malaysia yang mereka layan dengan buruk juga.


Memang amat beza nasib mereka kerana lelaki Arab itu berada di Malaysia semata-mata kerana sifat keinsanan. Di tidak akan membelanjakan wang untuk jualan murah Malaysia diakhir tahun kerana sudah lama menetap di Malaysia. Namun dia terpaksa berbelanaja menanggung sara hidup anak-anak dan juga isterinya.

Para pegwai itu tahu betapa lelaki ini bukan suka berbelanja dan membazir dan dia bukannya akan berada untuk beberapa minggu sahaja di hotel yang mewah-mewah ataupun menggunakan tandas yang wangi dan canggih khusus untuk para pelancung. Dia akan berurusan di rumah kediaman isterinya di Kuala Lumpur dan ini lah sebabnya dia dianggap tetamu yang tidak diundang untuk memsukki Malaysia selepas membuat lawatan singkat di seberang tambak.

Kisah sebenar terjadi semasa bulan Ramadhan dan memang tidak syak lagi perkara semacam ini berlaku sejak orang asing mula mengahwini lelaki dan wanita tempatan.

Media berita tempatan tidak dibenarkan membuat lapuran akan kejadian yang membabitkan imigresen dan warga asing kerana reaksi pihak berkuasa tentunya akan bertegas terhadap para wartawan. Lagipun, reaksi warga Malaysia tempatan adalah negatif juga. Rakyat Malaysia kerap disebut oleh media sebagai menuduh warga asing sebagai penyebab masalah harian mereka.

Namun demikian akhbar di Malaysia memang dibenarkan menyiarkan kisah temubual dengan orang asing yang menetap di Malaysia sebagai bukti bahawa orang asing turut mencintai negara itu. Semasa perayaan Eid –ul-Fithri orang asing telah ditemubual sama ada oleh setesen TV tempatan ataupun akhbar tempatan. Tujuannya ialah menunjukkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang pemurah hati. Namun mereka tidak dibenar menyiarkan rungutan orang asing yang mengahwini orang tempatan, secara terbuka

Saya mendapat sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan dari hasil pelbagai jenis kerja di Malaysia dan membelanjakannya di negara ini. Namun saya tidakpun diberikan permit kerja mengikut program suami warga negara ini,” kata seorang lelaki Afrika yang tinggal di Putrajaya bersama isterinya.

Beliau memberitahu World Futures bahawa imigresen Malaysia telah menolak prmohonan beliau untuk mendapatkan permit kerja mengikut program pasangan hidup yang amat terkenal itu kerana mereka (imigresen) berkata syarikat yang mengambil beliau bekerja adalah terlalu kecil.

“Namun ,syarikat itu membuat sekurang-kurangnya satu juta dollar setiap bulan dan mereka mengambil khidmat saya kerana saya dapat berkbakti kepada mereka,” katanya. Beliau menambah betapa dia terpaksa menyeberang ke Singapura ataupun ke Thailand selalu untuk dapat kembali menetap di Malaysia. Dia memperolehi visa pelancung apabila masuk semula ke Malaysia. Dia merupkan seorang ‘pelancung’ yang tidak diundang oleh negara itu kerana dia tidak akan membelanjakan beberapa ribu dollar Amerika dalam masa sedikit hari sahaja.
Namun, katanya, saya membelanjakan banyak wang setiap bulan dan apabila dicongak segala jumlah wang yang saya berikan isteri, jumlahnya ialah RM 60,000 setiap tahun. Saya sudah berada di sini selama lima tahun dan ini bererti saya sudah berbelanja tiga ratus ribu ringgit selama ini.

Isterinya bekerja di satu institusi swsta dan mendapat kurang dari RM2,000 setiap bulan. Namun katanya itu sudah cukup kerana “orang Afrika’ tidak makan emas ataupun seekor lembu.

. “Kami boleh puashati dengan nasi lemak ataupun pisang goreng tetapi kami juga impikan hidup senang dan dan kami sukar mendapatnya di Malaysia, kata beliau kepada futues sambil menggelengkan kepalanya

Lelaki Arab dan lelaki Afrika itu bukan bersendirin dalam dilema ini kerana bilangan mereka sudah bertambah sejak 15 tahun yang lalu. Malaysia masih belum dapat memmbuat keputusan akan nsib dan status orang asing yang mengahwini orang tempatan. Pejabat imigresen dipenuhi pegawai ang memang membenci orang asing yang berkahwin dengan orang tempatan.

Ada seorang pelajar Somali yang disuruh keluar negara ini selepas dia mengahwini seorang gadis tempatan yang belajar di universiti yang sama. Mereka belajar di kelas yang sama di Universiti Islam Antarabngsa . Mereka telah bernikah di Malaysia dan ibu bapa mereka mengharapkan mereka dapat hidup dengan aman di Malaysia.

Seorang pegawai imigresen ada hati bertanya kepada wanita Malaysia itu kenapakah dia boleh jatuh hati dengan ‘ ‘lelakih hitam’ daiiapda Somalia. Wanita Melyu itu terkejut sambil melinangkn airmata di pipi. Di sudah sedar betapa permohonan suaminya untuk mendpatkan permit kerja sudah berkecai.

Lelaki Somali itu telah diberiahu bahawa dia sudah melanggar peraturan ‘yang tidak masuk akal’ menegah pelajar asing mengahwini gadis tempatan. Peratauran yang sama dikenakan juga kepada mereka yang berkerja di Malaysia. Mereka tidak dibenarkan mengahwini orang temapan, kerana kemungkinan besar permit kerja akan ditamatkan. Setelah mencuba beberapa kali di peringkat tinggi, pasangan itu mengambl tindakan untuk meninggalkan Malaysia selama-lamanya. Mereka menjadi tertekan apabila dihina seitap kali mereka menemui pegawai imigresen Malaysia.

Ada sesetengah yang lain tinggalkan isteri, anak dan harta benda di Malaysia selepas mereka dibuli dan dilayan dengan kasar oleh pegawai imigresen Malaysia di pintu masuk negara..

Masalah pasangan hidup asing berterusan di Malaysia walaupuan ada janji kerajaan bahawa peraturan dan undang-undang - yang dilakar oleh otak gila di Malaysia – akan dipinda dan satu siatem pendudukan tetap akan diawarkan kepada warga aisng yang mengahwini orang Malaysia.

Sehingga kin tidak ada perubahannnya walaupun banyak janji yang telah dibuat beberapa kali oleh pihak yang paling berkuasa, termasuk jabatan perdana menteri. Undang-undang yang membolehkan orang asing mengahwini warga Malaysia kerap sahaja dicemari oleh pegawai imigresen dan pihak berkuasa tidak memberi peluang kepada suami ataupun isteri asing menukar status itu.

Pada 2007, ketika pelancung masuk berbondong-bondong ke Malaysia melalui KLIA dan pintu masuk di sempadan daripada Singapura, Thailand dan Indonesia, akan ada beribu ayah dan ibu warga asing yang mempunyai anak-anak bayi tempatan serta kanak-kanak yang terpaksa merayu agar dibenarkan masuk.

.Di barisan yang beratur itu nanti terdapat segelintir warga asing yang memang kaya raya yang mahu hidup berfoya sebentar dengan wanita Malaysia dan menghabiskan wang tunai meminum bir dan minuman keras yang lain. Mereka inilah yang diberikan dakapan, tepukan di belakang ataupun hadiah cendrahati oleh pegawai.

Dakwaan bahawa Malaysia ialah sebuah negara Islam nampak semakin kelam dengan adanya promosi kegiatan tidak bermoral oleh pihak berkuasa, sedangkan inilah pihak yang sama membuli, menyiksa serta mengenakan keperitan keatas ibu dan ayah warga asing kepada anak-anak yang dilahirkan di negara ini. ”Selamat datang ke Malaysia tetapi janganlah kamu cuba mengahwini orang tempatan,” harus menjadi slogan kain rentang dan papan iklan di negara luar dn di negara ini, kata seorang ayah warga asing kepada seorang gadis kecil kepada World Futures.
…….

0 Comments:

Post a Comment

<< Home