Friday, December 15, 2006

Sekarang Baru Masuk Akal

Sekarang Baru Masuk Akal
(Now it all makes sense)
Raja Petra Kamarudin

Ada satu wawancara yang dibuat oleh Malaysia-Today dengan seorang Perdana Menteri sebuah negara antah-berantah yang mahu terus tidak disebutkan namanya.

MT: Datuk Seri, ada pihak yang mendakwa bahawa retorik mengutuk orang Cina yang terjadi dalam Persidangan Agung UMNO yang baru berlalu adalah sengaja dirancang dan direncana untuk menakutkan masyarakat Cina agar mereka sedar kedudukan mereka

YAB: Siapa kata begitu? Itulah yang saya selalu katakan bahawa ….. adalah sukar untuk berbaik sangka. Siapa yang cakap begitu? Semua itu adalah palsu.

MT: Ini telah dilaporkan dalam tulisan di Malaysia Today yang bertajuk “Foot-in-mouth disease“ (Penyakit kuku dalam mulut) dalam ruangan “The corridors of Power”

YAB: Aha…saya ada membaca artikel itu. Tetapi semua itu tidak betul. Artikel itu menyebut bahawa para pemidato mewakili bahagian masing-masing. Itu tidak betul. Mereka memang merupakan perwakilan bahagian, tetapi mereka adalah wakil UMNO negeri, satu badan yang lebih tinggi dari bahagian parti. Peringkat bahagian hanya mencadangkan sesuatu Resolusi untuk dibentang dan didebatkan di Perhimpunan. Terpulang kepada UMNO Negeri dan Jawatankuasa Resolusi di Ibu Pejabat UMNO untuk menapis segala Resolusi dan menentukan yang mana satu boleh diterima. Jawatankuasa Resolusi juta membuat apa juga pindaan yang mereka anggap perlu. Jadi bagaimana kita boleh percaya bahawa sesuatu artikel itu mempunyai fakta yang salah? Para perwakilan yang bercakap pada hari itu bukannya mewakili bahagian masing-masing. Mereka adalah mewakili UMNO Negeri, dan tentunya mereka bercakap bagi pihak UMNO Negeri, dan bukan untuk bahagian mereka. Itulah sebabnya internet penuh dengan pembohongan dan tidak boleh dipercayai.

MT: Bukankah itu lebih teruk lagi?

YAB: Teruk? Kenapa?

MT: Begini, kalaulah para pemidato itu tidak mewakili bahagian masing-masing dan cuma mewakili UMNO Negeri, apa sahaja yang mereka tuturkan memburukkan sesuatu keadaan…..…… bukan? Ini bermakna ada satu badan yang lebih tinggi tarafnya daripada bahagian yang memberikan izin terhadap perkara yang paling menghasut dalam Resolusi itu?

YAB: Bukanlah sampai ke tahap itu.

MT: Oh?

YAB: Ya. Ini bererti saya telah buktikan bahawa terdapat satu fakta dalam artikel itu yang silap. Ini bermakna artikel itu tidak boleh dipercayai dan ia mengukuhkan apa yang saya sebutkan bahawa internet memang penuh dengan pembohongan.

MT: Tetapi anda tidak nafikan bahawa apa yang dituturkan oleh para pemidato telah diperkenan oleh parti?

YAB: Saya sudah katakan tadi bukan sampai ke situ. Yang sebetulnya artikel itu mengatakan bahawa para pemidato adalah mewakili bahagian masing-masing. Ini adalah tidak benar, kerana mereka mewakili UMNO negeri, satu badan yang lebih tinggi. Kerana itu kita terpaksa menolak keseluruhan artikel itu sebagai penuh pembohongan.

MT: Baiklah. Saya fikir kita tidak akan ke mana-mana dengan isu itu. Bagaimana pula dengan isu membabitkan keris……

YAB: Aha, apa isunya?

MT: Yelah selama dua tahun berturut-turut Pemuda UMNO telah menggoyangkan keris dalam Perhimpunan Agung UMNO. Apakah itu tidak dianggap satu provokasi ….. menggoyangkan keris di khalayak ramai?

YAB: Itu bukannya satu senjata …dan majlis itu bukannya majlis terbuka.

MT: Oh?

YAB: Keris itu adalah simbol parti. Bukannya sebilah senjata. Dan persidangan tahunan UMNO adakah khusus untuk perwakilan parti dan bukan untuk orang ramai, jadi ia adalah satu upacara tertutup.

MT: Tetapi ia sudah ditunjukkan secara lintas langsung (terus menerus) kepada seluruh negara untuk menyaksikannya. Bukankah itu menjadi satu majlis terbuka kepada semua?

YAB: Tidak. Ia masih merupakan satu mesyuarat tertutup.

MT: Tetapi, Pemuda UMNO ada bertemu dengan Pemuda MCA untuk menjelaskan perkara itu… Kalau peristiwa itu tidak dianggap satu provokasi kenapa perlu membuat penjelasan?

YAB: Ia bukan untuk menjelaskan keadaan ia hanya bersifat memberikan penerangan.

MT: Apa pula bezanya?

YAB: Anda perlu membuat penjelasan kalau ada sesuatu yang tidak kena, kita memberikan penerangan kerana kita tidak melakukan apa-apa kesalahan.

MT: OK apakah yang berbentuk penerangan, dan kenapa Pemuda MCA senang hati dengan penerangan itu?

YAB: Tentulah mereka senang hati. Kami telah menerangkan bahawa keris yang dipegang oleh Pemuda UMNO adalah keris buatan China. Memang banyak benda yang dibuat daripada China sekarang ini.

MT: Apakah Datuk Seri pasti bahawa keris itu daripada China?

YAB: Ya. Keris itu pada mulanya diperkenalkan kepada orang Melayu oleh Hang To Ah, Hang Jer Bhat, Hang Lee Kiu dan semua mereka yang menjadi pengawal keselamatan kepada Hang Li Poh, puteri daripada negeri China. Jadi, secara tradisi keris itu adalah warisan China. Pemuda MCA menjadi senang hati dengan penerangan itu. Dan kami telah berjanji kepada mereka, lain kali kalau kami goyangkan keris lagi kami akan tentukan bahawa keris itu adalah buatan China supaya tidak ada orang China yang tersentuh perasannya. Pemuda MCA telah menerima penerangan ini dan menjadi senang hati bahawasanya kami peralatan dan menjaga perasaan orang-orang China.

MT: Jadi, kalau keris itu adalah senjata Cina dan bukannya senjata orang Melayu, apakah senjata tradisi orang-orang Melayu?

YAB: Senjata tradisi Melayu? Mungkin kita tidak memilikinya… tetapi hari ini senjata orang Melayu ialah C4.

MT: Bolehkah kita sentuh sedikit akan pertandingan Monsoon Cup?

YAB: Apa halnya? MT: : Bukankah pertandingan itu satu kegagalan?

YAB: Kenapa anda kata begitu?

MT: Begini, pertama sekali, pertandingan Monsoon Cup bukan diadakan semasa musim tengkujuh. Ia diadakan semasa langit cerah terbentang dan mentari terang-benderang tanpa angin untuk meransang. Macam mana mahu ditaja satu perlumbaan kapal layar kalau tidak ada angin? Bukankah ini satu perancangan yang silap di pihak penaja pertandingan?

YAB: Tidak….kami memang rancangkan semacam itu.

MT: Maknanya anda rancang adakan pertandingan kapal layar semasa tidak ada angin ‘monsoon’?

YAB: Begitulah. Kalau kita adakan semasa musim tengkujuh, ketika hujan dan terlalu berangin, tentu tempat pun banjir. Siapa yang mahu datang ke Terengganu untuk menyaksikan pertandingan kalau hari-hari ada hujan dan banjir di merata tempat? Itu sebab kami anjurkan semasa cuaca cerah untuk menentukan para pelancong ghairah datang ke Terengganu.

MT: Tetapi macam mana kapal belayar tanpa angin?

YAB: Itu tidak penting sangat. Yang penting ialah para pelancong sukakan sinaran mentari, jadi Monsoon Cup mesti diadakan di bawah langit yang cerah dan terang-benderang.

MT: Sejak dua tahun ini kerajaan telah membelanjakan RM300 juta untuk menaja Monsoon Cup.

YAB: jadi?

MT: Apa faedahnya kepada negeri Terengganu.?

YAB: Monsoon Cup membantu ekonomi negeri. Apa gunanya kita belanjakan RM300 juta setahun kalau bukan membantu orang tempatan?

MT: Tetapi apakah bentuk aliran faedah yang dibawa kepada orang tempatan?

YAB: Orang tempatan meraih keuntungan daripada pelancongan.

MT: Cara mana?

YAB: Maksud kamu?

MT: Berapa banyak yang mengalir dari situ…. Berapa banyak yang dibelanjakan oleh para pelancong yang datang ke Terengganu semasa beberapa hari mereka menyaksikan Monsoon Cup?

YAB: Saya tidak ada angka yang terkini. Tetapi pada tahun lalu, sekurang-kurangnya RM2 juta. Tahun ini mungkin lebih sedikit lagi…mungkin RM3 juta.

MT: Jadi selama dua tahun kerajaan membelanjakan RM600 juta untuk menaja Monsoon Cup tetapi faedah yang dinikmati oleh orang tempatan dari pelancongan hanya sekitar RM5 juta, lebih kurang?

YAB: Macam itulah. Tetapi seperti yang saya katakan tadi, saya tidak memiliki angka yang terkini.MT: Bagaimana YAB fikir ia membawa banyak faedah kepada rakyat Terengganu?

YAB: Kalau kerajaan tidak belanjakan RM600 juta, macam mana orang tempatan boleh dapat RM5 juta?

MT: Saya tidak faham logik perkiraan Yang Amat Berhormat. Bukankah lebih baik seandainya Kerajaan berikan sahaja RM5 juta kepada orang tempatan? Ini bermakna negeri itu dapat menjimatkan RM595 juta?

YAB: Dari mana awak belajar ekonomi? Apakah anda seorang pakar ekonomi?

MT: Tidak, saya bukan orang ekonomi.

YAB: Itu sebabnya anda tidak faham macam mana ekonomi berfungsi.

MT: Tetapi, bukankah wang itu pada asalnya milik negeri Terengganu?

YAB: Memanglah. Itu sebabnya kami berikan balik kepada negeri itu.

MT: Tetapi jumlah yang sepatutnya dinikmati oleh negeri ialah RM1 bilion setiap tahun. Mengikut perjanjian Akta Pembangunan Petroleum 1974, negeri Terengganu layak dibayar royalti sebanyak 5% daripada hasil petroleum. Jadi, RM1 bilion setahun sepatutnya diserahkan kepada negeri. Tetapi negeri itu tidak pun menerima wangnnya.

YAB: Ada.

MT: Tetapi bukan secara terus.

YAB: Memang tidak secara terus,

MT: Oleh kerana negeri tidak mempunyai kuasa ke atas wangnnya, ia tidak dapat menentukan bagaimana membelanjakan wang itu.

YAB: Tidak

MT: Jika demikian, siapa yang menentukannya?

YAB: Pejabat saya. Jabatan Perdana Menteri.

MT: Bagaimana anda membuat penentuan? Apakah kriteria yang anda gunakan untuk menentukan bagaimana membelanjakan RM1 bilion setahun?

YAB Kami adakan projek bernilai RM1 bilion setiap tahun dan tentukan semua wang itu dibelanjakan pada tahun yang sama dan tidak ada wang yang berbaki untuk tahun berikutnya.

MT: Tetapi bagaimana anda tentukan apakah projek yang mesti dicipta?

YAB: Kami jumlahkan semua nilai projek dan tentukan ia seimbang dengan wang yang patut kami belanjakan pada tahun itu.

MT: Bukankah itu satu pembaziran? Anda ciptakan projek hanya untuk membelanjakan RM1 bilion setahun.

YAB: Tidak betul itu. Pembangunan adalah untuk rakyat. Semua pembangunan kita adalah untuk rakyat.

MT. Bagaimana anda sebut itu untuk rakyat kalau kita belanjakan RM3 bilion untuk membina satu jambatan di Pulau Pinang dan kontrak pembinaan diberikan kepada China? Kemudian kita belanjakan RM1 bilion membina kompleks sukan di UK dan menderma (RM500 juta) kepada sebuah universiti di UK. Kemudian kita belanjakan beberapa bilion ringgit lagi untuk membeli kapal selam Peranchis dan helikopter Russia. Semua wang itu bukannya pergi kepada orang Malaysia?

YAB: Itu tidak benar. Kita belanjakan RM600 juta untuk mewujudkan kontraktor Kelas F.

MT: Maksud anda RM3 juta untuk setiap bahagian UMNO yang berjumlah 191 bahagian.

YAB: Betul.

MT: Terima kasih banyak Datuk Seri, kerana sedia diwawancara secara eksklusif begini.

YAB: No problem.. Tetapi tentukan nama saya tidak disebut. Laman web anda adalah anti-kerajaan, jadi secara rasminya kita tidak boleh bercakap.

MT: No Problem Datuk Seri. Tidak ada sesiapa yang akan tahu. Kami akan lindungi identiti anda.

YAB: Terima kasih.

MT: Terima kasih Datuk Seri. Memang seronok bercakap dengan anda. Banyak kekeliruan dapat diperbetulkan dan inilah persepsi orang awam yang berfikir anda tidak banyak tahu. Jelas daripada jawapan anda, anda memang tahu apa yang terjadi di sekeliling anda.

YAB: Saya selalu kata saya mempunyai cara tersendiri mentadbir negara. Hanya kerana cara saya berbeza dengan ketua saya dahulu ---- anda tahu namanya, kan. Biarlah saya tidak sebutkan nama itu…… ini tidak bererti saya tidak tahu apa yang saya buat. Tapi anda tentukan bahawa anda tulis apa yang saya katakan. Jangan putar-belit apa yang saya kata. Awak orang internet selalu buat putar-belit menjadikan kami tidak disenangi kerana berkata yang tidak betul, konon.

MT: Jangan risau Datuk Seri. Saya tidak perlu putar-belit berita untuk memburukkan anda….. saya fikir anda tahu apa maksud saya……

Terjemahan – marhaintua- Suntingan: M@RHAEN

0 Comments:

Post a Comment

<< Home