Thursday, December 14, 2006

Pakatan Haram Merajai Terengganu

Pakatan Haram Merajai Terengganu
('Unholy coalition' ruling Terengganu)
Bede Hong & Muda Mohd Noor
Malaysiakini, 25 Sep 2006
Bahagian Dua : Kisah Benar Sebalik Pembinaan Jambatan Penang Kedua.
Tejemahan -marhaintua-

PAS Terengganu mempunyai bukti untuk menyokong dakwaan bahawa Timbalan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan tokoh korporat Patrick Lim mempunyai cengkaman kuasa keatas projek pembangunan di Terengganu. Sambil berkata bahawa pendedahan Tun Dr. Mahathir akan perkara itu bukanlah satu perkara baru, pegawai PAS negeri mendakwa bahawa projek di Pulau Duyong pada khususnya telah dijaja di antara golongan kaya-raya tanpa ada satu habuk pun yang sampai kepada penduduk tempatan.

Mantan Wakil Parlimen Kuala Terengganu Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata “ Kami telah beritahu rakyat Terengganu satu tahun dulu lagi apa yang sedang berlaku dan kami telah cuba menyedarkan mereka.”

Walaupun Khairy enggan mengulas, pegawai Exco negeri telah menafikan sekeras-kerasnya segala dakwaan tersebut. Ketika dihubungi hari ini. Lm tidak jugaa dapat dihubungi untuk komen beliau.

Pada satu majlis di Terengganu Jumaat lepas (22 Septembeer 2006) Mahathir telah menyambung semula hobi menyerang Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi kerana membiarkan anak menantunya Khairy dan Lim merajai negeri Terengganu.

Syed Azman seterusnya menceritakan bagaimana Khairy menggunakan hubungannya dengan beberapa orang EXCO Terengganu untuk mendapatkan projek bagi para ‘kroni’ termasuklah pemaju hartanah Lim.

“Khairy mengaut banyak projek, sambil mempastikan para proksinya mendapat habuan yang terbesar. Ini adalah satu pakatan haram.”

Rakayat Terengganu sudahlah miskin dan kini mereka semakin dimiskinkan. Mereka (Khairy dan Lim) secara dasarnya telah mengambil keseluruhan Pulau Duyong atas nama pembangunan.

Apa yang mereka lakukan hari ini menyongsang janji-janji manis semasa pilihanraya umum 2004 dulu. Beratus-ratus juta ringgit telah ditabur ke dalam projek di sana tetapi rakyat tidak pun merasa manfaatnya.

“Mahathir hanya mengolah semula apa yang sudah dikatakan selama ini. Khairy yang menentukan potongan kek ekonomi Terengganu di P:utrajaya dan mengagihkannya di kalangan para kroni. Inilah yang saya fikir, tidak dapat diterima oleh Mahathir bulat-bulat.
Abdullah hanya baru berkuasa tiga tahun dan dia telah berani membuat begitu banyak kerja-kerja musibat.
Ketiadaan Tender

Kerajaan negeri pimpinan UMNO telah juga dituduh menyerahkan projek pembangunan Pulau Wan Man kepada Lim tanpa proses yang telus. Setiausaha PAS Terengganu Yahaya Ali mendakwa bahawa Lim telah diberikan kontrak untuk membina satu taman tema bernilai RM250 juta di Pulau Wan Man dan satu masjid bernilai RM200 juta.

”Apa yang mengejutkan, semua projek itu telah diperkenan tanpa satu tender terbuka,” dakwa Yahaya.“

Lim ialah seorang pengerusi ekskutif Equine Capital Bhd. Pemaju rumah kediaman dan hartanah komersial. Syarikat itu telah diberikan satu projek pembangunan bernilai RM200 juta di Pulau Duyong. Kontrak itu melibatakan pembinaan berdozen chalet di ‘Heritage Bay Club’ tahun lalu untuk ‘Monsoon Cup’ satu pertandingan lumba kapal layar.
Setakat ini, kira-kira 36 ‘berth’ (tempat kal layar berlabuh/penambat) telah dibina untuk marina, di mana keseluruhan petak penambat kapal layar adalah berjumlah 180 unit dan dijangka siap pada akhir tahun.

Monson Cup mula sekali dilancarkan pada November tahun dulu sebagai sebahagian satu lumba kapal layar yang nombor dua terbesar di dunia – yakni The Swedish Match Tour - yang berlumba di sembilan tempat merata dunia. Pertandingan ini kononnya telah menarik ramai selebriti termasuk tokoh filem Hongkong Jackie Chan dan ketua Ferrari Jean Todt untuk membeli hartanah di pulau itu.

”Mereka telah menjaja pulau itu kepada orang yang kaya-raya.”
Tiada Keputusan Satu Hala

Ketika dihubungi hari ini Khairy enggan buat komen, sambil menambah: “Saya akan bercakap di lain wakut.” Pegawai Exco negeri telah mempertahankan beliau, sambil menafikan beliau mempengaruhi projek itu.

Mohamed Awang Tera, yang mengepalai portfolio pelancungan dan pelaburan berkata bahawa projek Pulau Duyong dan Pulau Wan telah dikontrakkan kepada Perbadanan Iktisad Ngeri Terengganu. Kemudain ia telah disabkontrak kepada kontraktor yang berpangkalan di Terengganu. Setiausaha UMNO Negeri Rosol Wahdi mengaku bahawa Lim adalah penggerak utama pembangunan Pulau Wan Man, tetapi dia menafikan bahawa Khairy mempunyai suara terhadap projek tersebut.

“Setiap dasar kerajaan dibincangkan oleh Exco terlebih dulu. Tidak ada sesiapa yang membuat keputusan sendirian untuk kerajaan negeri,” katanya.

Rosol yang bertanggungjawab dengan portfolio kesihatan dan Islam Hadhari menafikan bahawa Khairy pernah menghadiri mesyuarat Exco. “Dia tidakpun mempunyai pejabat di Terengganu. Dia juga tidak mendapat sebarang projek daripada kerajaan negeri,” katanya.

Rosol berkata kontrak untuk pembangunan hartanah dan taman tema di Pulau Wan Man, bernilai sekitar RM1 bilion, telah dianugerahkan kepada orang tempatan. “Tidak ada satu syarikat yang berpangkalan luar Terengganu mendapat mana-mana bahagian projek bernilai RM1 bilion di Pulau Wan Man,” katanya.


Equine Mencanak Naik Dengan Projek Penang
oleh: ANGIE NG.
The Star, 3 July 2006

EQUINE Capital Bhd mnjangkakan pendapatan yang baik dan berpotensi daripada beberapa projek di Penang yang dilaksanakan oleh Abad Naluri Sdn Bhd, di mana ia mempunyai 23% pegangan ekuiti. Projek yang paling diperhatikan ialah pembangunan semula kawasan seluas 260 ekar tanah Penagan Turf Club (PTC) di Batu Gantong.

Tanah prima yang merupakan tapak asal PTC sejak 66 tahun telah dijual kepada Abad Naluri pda 2002 dengan harga RM 488 juta dan sebagai balasan, syarikat itu akan membina satu padang lumba kuda yang baru dan bangunan tambahan untuk PTC di Batu Kawan dengan harga RM375 juta. Kerja-kerja pembinaan padang lumba yang moden bergelar Penang International Equestrian Centre (PIEC) sudah bermula Disember lalu, dan dijangka siap pada 2009.

Pengerusi Ekskutif Equine Datuk Patrick Lim berkata kumpulan itu telah menimbangkan mengambil kedudukan yang lebih bermakna dalam Abad Naluri dengan tujuan dapat memacunya ke puncak yang lebih bermanfaat daripada projek PTC itu. Ia akan menjadi projek pembangunan bandar yang terbesar di negara ini dan kami memang teruja mengenainya. Kami sedang merancang pelan lakar. Kalau keadaan berjalan lancar, kami harap untuk melancarkan projek pertama tahun hadapan, “ kata Lim kepada StarBiz.

Tanah PTC diwar-warkan sebagai tanah ‘freehold’ yang terbesar di Pulau Pinang yang memang ketandusan tanah. Lokasinya di kawasan mewah Scotland Road di persekitaran Jesselton Avenue menjadikannya satu lokasi yang ideal untuk pembikinan rumah kediaman mewah, termasuk banglo, rumah kembar dan kondominium. Projek itu yang turut menggabungkan kemudahan komersial dan rekreasi seperti bangunan pejabat dan pusat belibelah, dijangka mengambil 20 tahun untuk siap.

Abad Naluri turut membangun satu ‘integrated township’ (pusat bandar bersepadu) bernama Crescent Park di atas kawsan seluas 450 ekar di Batu Kawan. Kwasan PIEC itu akan menjadi salah satu komponen utama Crescent Park. Pusat bandar bersepadu itu adalah sebahagian kawasan 5,800 ekar projek Pulau Cassia oleh Penang Development Corp.

Lim berkata bahawa Crescent Park yang mempunayi nilai pembangunan kasar sebanyak RM800 juta sudahpun mula menyumbang kepada pulangan kumpulan. “Kami amat yakin dengan penjualan Crescen Park setelah tersiar kisah pembikinan jalan kedua menyambungkan Batu Maung kepda Batu Kawan mengikut Rancangan Malaysia Ke-9.
Walaupun pembngunan masakini menyumabng hanya 10% kepada pendapatan kumpula, angka itu dijangka akan naik berganda dalam masa lima tahun yang akan datang.

Di Lembah Kelang, Equine masih mempunyai projek yang bernilai antara RM300 hingga RM400 yang akan dilancarkan sebelum siapnya preojek utama di Seri Kembangan. Empat projek pembangunan Euine di kawasan itu ialah, Equine Apark, Putra Permai, Pusat Bandar, Putra Permai dan Permai Park dilaksanakan pada kawasan seluas 812 ekar. Kira-kira 40% tanah syarikat di situ masih lagi ada untuk pembangunan.
.
Lim berkata pelancaran produk yang memberi keuntungan tinggi, termasuk banglo, lot banglo, rumah berkembar, kondominium, kedai dan kedai-pejabat, akan menyumbang kepada hasil dan keuntungan untuk lima tahun yang akan datang.

”Equine menjangka jualan akan bertambah meningkat kepada RM200 juta untuk tahun kewangan semasa daripada RM120 juta sebelum itu. Sebahagian besar penjualan adalah daripada pembangunan Seri Kembangan,” tambah beliau.

Equine Park seluas 462 ekar, merupakan satu pusatbamdar untuk komersial dan perumahan di mana 211 ekar sudah pun siap. Projek yang akan berjaan selama enam tahun lagi, akan menjana jumlah “gross development value” (nilai pembanguann kasar) sebanyak RM1.05 bilion.

Lebih banyak projek perumahan sedang dirancang untuk Equine Park, termasuk 12 banglo mewah ala ‘Meadows’ yang akan dilancarkan pada bulan September di mana harganya dibayangkan antara RM832,000 hingga RM900,000. Bagi kawasan tanah 7,00 kaki persegi di mana ‘built up area’ adalah 3,200 kaki persegi, rumah kediaman itu akan dijual pada harga antara 832,000 hingga RM900,000.

Kawasan seluas 88 ekar untuk kediaman kos rendah dan sederhana, yang sudah pun siap dan terjual dikenali sebagai Putra Permai. Pusat Bandsar Putra Permai sedang dibangunakan di atas kawasan 165 ekar sebagai sambungan kepada Putra Permai (yang sedia ada). Bila siap dalam tiga hingga empat tahun akan datang, projek itu akan menjana GDV sebanyak RM565.7 juta.

Tambahan terkini kepada pembangunan Permai Park seluas 74 ekar yang mengandungi rumah teres dua setengah tengkat, rumah berkembar, banglo dan kondominium. Tarikan komersial terkini, Equine Driv-Tru-Mal yang dibina atas kawasan 27 ekar di Equine Park telah menambahkan tarikan kepada alamat di situ, di mana wujud konsep komersial mewah, yang merangkumi Jusco Shopping Centre (Pusat Belibelah Jusco) di atas tanah seluas 11.8 ekar, sebagai penyewa utama (anchor tenant). Komponen yang lain ialah Festive Market (Tapak Pesta), Gourmet Deck (Anjung Makan) dan Retail Village (Perkampungan Runcitan) yang dijangka akan dibuka menjelang Disember

Projek Komersial adalah lambang betapa Equine memang serius mewujudkan nilai tinggi kepada pusat bandar itu. Wawasan kami ialah menukarkan ‘mall’ menjadi tempat yang selesa bagi penghuni di sana untuk bersantai, membeli belah dan bersosial.,” kata Lim.

Dengan pelancaran dan pembukaan Jusco Equine Park baru-baru ini dijanga akan menarik minat pembeli untuk pelbagai jenis hartanah perumahan dan komersial. Di Pusat Bandar Putra Permai, Equine bercadang fasa terahirnya dengan membina pejabat kedai di Permai Central Transortation Hub. Di jadual akan dilancarkan pada September nanti, projek itu mengandungi 75 unit pejabat – single, double dan tiga tingkat kedaipejabat. Untuk dua tahun akan datang, akan banyak lagi kedai-pejabat dua tingkat di Permai Square, apatmen harga sederhana dan banglo.

Batu Kawan laris sebelum rencana jambatan kedua lagi

By DERRICK VINESH - The Star, 14 April 2006

BATU KAWAN. Belum pun dibuat pengumuman pembinaan Projek Laluan Kedua menghubungkan Batu Kawan ( di tanah besar) dengan Batu Maung (di pulau) mengikut Rancangan Malaysia Ke-9, hartanah di Bandar Cassia, Batu Kawan naik laris. Pemaju utama pusat bandar itu ialah Penang Development Corporation (PDC ) berjaya menjual hartanah rumah kediaman berniali RM80 juta dalam masa enam bulan yang lalu.

Pemangku pengurus besar PDC, Rosli Jaafar berkaa respons kepada projek itu memang menggalakkan. Laluan Kedua itu dijangka akan menjana pembangunan di Batu Kawan. Kami mahu menjadi gerbang utama kepada pulau dan ia akan pasti membawa kesan limpahan kepada beberapa pusat di sekeliling,” kata beliau pada satu sidang akhbar di pejabat jualan Equine Home Gallery, baru baru ini. Belaiu menjangka bahawa Bandar Cassia yang dirancang mempunyai penduduk seramai 150,000 orang akan menjadi Puast Siber ketiga pada 2008 selepas Bayan Lepas dan Beram.

Abad Naluri Sdn Bhd, rakan sekutu Equine Capital Bhd memang yakin bahawa rancangan perumahannya di Crescentia Park di Bandar Cassia akan diterima ramai.

Pengerusi Ekskutif Kumpulan Equine; Datuk Patrick Lim Soo Kit berkata Crescentia Park, yang bernilai RM857 juta , akan dibina di atas kawasan 180 hektar selama enam tahun. Apabila siap sepenuhnya, taman itu akan mempunyai 3,685 unit rumah kediaman dan komersial, kata beliau.

Kami sudah mulakan kerja membina rumah kos rendah dan kos sederhana. Kami harap kumpulan pertama pembeli rumah dalam masa 18 hingga 20 bulan dari sekarang. “ kata beliau. Lim berkata Abad Naluri turut membuat keraj-kerja persiapan tanah pada projek Penang Internataional Equstrian Centre, juga terletak di Bandara Cassia.

tamat

0 Comments:

Post a Comment

<< Home