Dato Dr. Nordin Kardi Ciplak Karya Saya?
16/12: Dato' Dr Nordin Kardi ciplak karya saya? Mohon penlejasan...
Category: General .Posted by: Raja Petra
Oleh: Muhtar bin Hj. Suhaili (http://muhtarsuhaili.tripod.com/) (Mantan Presiden MPP UIAM
2003/2004)
As-Sarawaki, 3 November 2006: Saya terkejut dan terkilan apabila mendapati artikel saya bertajuk “Mahasiswa dan Tanggungjawab Menguruskan Kejayaan“ yang telah alhamdulillah dihasilkan pada Mac 2004 dan telah diterbitkan di dalam ruangan Bicara Siswa, Majalah i (majalah terbitan Karangkraf Sdn. Bhd.) Edisi April 2004 telah diciplak tanpa pengetahuan dan kebenaran saya oleh atau atas nama Dato' Dr. Nordin Kardi.
Saya pada mulanya tidak percaya sehinggalah saya sendiri melayari laman web yang menyiarkan artikel ciplak tersebut iaitu islamhadhari.net. Atas rasa kekesalan, saya berasa terpanggil untuk meminta penjelasan atas Kertas Kerja bertajuk “Mengurus Kejayaan: Isu dan Cabaran“ bertarikh 07/05/2006 dan bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting.
Artikel ciplak yang kononnya oleh Dato' Dr. Nordin Kardi dengan terang-terangan mengambil hampir keseluruhan isi artikel asal saya sebagaimana yang disebutkan di atas. Tarikh artikel ciplak ini iaitu 07/05/2006 adalah 2 tahun selepas artikel asal saya diterbitkan iaitu pada April 2004.
Artikel asal boleh didapati di http://muhtarsuhaili.tripod.com/pengurusankejayaan/ manakala artikel dimaksudkan yang saya dapati telah diciplak ini boleh disurf melalui link berikut http://www.islamhadhari.net/v4/seminar/detail.php?nkid=21
[Nota: Kertas kerja ciplak di laman web IslamHadhari.net telah ditarik balik pada petang 9 November 2006 setelah beberapa kali dihubungi untuk meminta penjelasan.
Apapun, saya amat berharap pengendali IslamHadhari.net dapat menghubungi saya di alamat email al_akhyar81@yahoo.com untuk memberi penjelasan atas tersiarnya artikel ciplak tersebut di laman web berkenaan selama 6 bulan tanpa pengetahuan dan kebenaran.]
Sekiranya perkara ini benar-benar berlaku, saya merasakan bahawa ianya adalah tidak sihat serta bertentangan sekaligus melanggar hak cipta dan hak harta intelek malah tidak ilmiah dan tidak selari dengan semangat Islam Hadhari sama sekali. Justeru, saya berharap dan memohon penjelasan dari pihak yang berkenaan tentang perkara ini. Ayuh hidupkan budaya ilmu yang cemerlang, gemilang dan terbilang!Wallahu a’la wa a’lam.
Artikel Asal yang telah diterbitkan di dalam ruangan Bicara Siswa, Malajah i Edisi April 2004 terbitan Karangkraf Sdn. Bhd.
Komen marhaintua:
Apakah ini Nordin Kardi yang kini menjadi Vice Chancellor Universiti Utara Malaysia? Ish....ish...... apa sudah jadi pada orang kuat Paklah semuanya? Penyamun ........!!
Jika inilah orangnya, dia harus meletakkan jawatannya dengan segera sebelum kisah ini dikutip oleh orang luar. Apalagi dengan adanya lebih 30 NGO daripada Mongolia yang memantau aktiviti di Malaysia.
5 Comments:
This comment has been removed by a blog administrator.
As-Sarawaki, 18 Disember 2006: Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, akhirnya maklumbalas dan duduk sebenar berkenaan isu artikel ciplak ini telah diperjelaskan. Dato' Dr. Nordin Kardin memaklumkan bahawa beliau tidak ada kena mengena dengan isu artikel atau kertas kerja ciplak tersebut. Maknanya kini, jelas bahawa pihak laman IslamHadhari.net bertanggungjawab sepenuhnya di atas penerbitan dan penyiaran entry yang tidak professional serta melanggar hakcipta dan hak harta intelek. Saya masih terus berharap agar pihak IslamHadhari.net dapat menghubungi saya dan memberi penjelasan yang sewajarnya.
More: http://muhtarsuhaili.tripod.com/ciplak/
Penjelasan IslamHadhari berkenaan isu ini.
Sumber: http://www.islamhadhari.net/v4/seminar/detail.php?nkid=21
Oleh | 18/12/2006 |
Pihak islamhadhari.net ingin memaklumkan kepada Saudara Muhtar B. Hj. Suhaili, Bekas Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa UIAM sesi 2003/2004, bahawa sebaik sahaja kami menerima email daripada pihak beliau, pihak islamhadhari.net telah memohon maaf kepada beliau akibat dari kesilapan teknikal yang tidak disengajakan dilakukan oleh pihak islamhadhari.net berkaitan kertas kerja seminar yang dipaparkan bertajuk “Mengurus Kejayaan: Isu dan Cabaran.”. Malahan, pihak islamhadhari.net telah mengeluarkan kertas kerja seminar tersebut daripada laman web islamhadhari.net.
Perkara ini seharusnya, tidak perlu diperbesarkan atau dipermainkan lagi di peringkat yang lebih tinggi untuk mendapatkan publisiti dengan menjatuhkan maruah tokoh akademik yang disegani, dikagumi serta telah banyak berjasa kepada masyarakat dan negara, seperti Y Bahagia Dato’ Dr. Nordin Kardi. Memandangkan isu ini telah menjadi isu yang sensasi dan kontrovesi maka pihak islamhadhari.net memohon maaf secara terbuka kepada Dato’ Dr. Nordin Kardi dan Saudara Muhtar B. Hj. Suhaili.
Sehubungan dengan isu ini, dan bermula pada hari ini, kami menyeru semua pembentang-pembentang kertas kerja dalam mana-mana pembentangan seminar samaada dalam negara mahupun luar negara di harus untuk menghantar surat persetujuan untuk memaparkan bahan bercetak untuk mengelakkan sebarang kontrovesi berlaku pada masa mendatang. Malahan kami juga memohon semua rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk menghantar artikel ke laman web kami dan menegur sekirannya didapati ada unsur – unsur tidak sesuai untuk tatapan umum. Sekiranya, semua rakyat Malaysia yang beragama Islam memainkan peranan ini insya-Allah maklumat akan dapat dikongsi bersama agar mendatangkan kebaikkan sama ada di dunia mahupun di akhirat. Niat kami adalah untuk memastikan semua umat Islam mendapat manfaat daripada semua artikel di dalam laman web ini. Tetapi, pihak kami amat kecewa sekiranya niat murni kami ini dijadikan agenda untuk menjatuhkan sesama insan yang beragama Islam.
More: http://muhtarsuhaili.tripod.com/ciplak/
perkara ni sudah jelas...
jadi, jangan lah kita nak besar2 kan.. Kalau kita menulis, kita kene berpegagng pada niat.. lagi2 tulisan kita berkaitan sranan atau pandangan,, iklhaskan je.. dan jangan lah nak memburuk2 kan orang tanpa soal periksa, islam melarang perkara seperti itu..
Post a Comment
<< Home