Saturday, December 16, 2006

Orang Mongolia Tuntut Keadilan Daripada Mahkamah Malaysia

Orang Mongolia tuntut Keadilan daripada Mahkamah Malaysia
(Mongolians Demand Justice from the Malaysian Court)
Sat Dec 16, 2006 2:28AM
218.111.24.42
-marhaintua-


Sudah ada bukti menunjukkan bahawa kematian Altantuya telah dirancang dengan rapi sebelum dia tiba di Malaysia pada 6 Oktober, 2006. Pembunuhan itu telah dilakukan oleh pegawai yang sungguh terlatih daripada pasukan kesematan negara kononnya atas arahan pedagang senjata yang juga merupakan penganalis politik berprofail tinggi bernama Abdul Razak Baginda dan/atau para sekutunya.
Walaupun Razak Baginda telah ditangkap oleh polis Malaysia dengan tuduhan mengarahkan pembunuhan Altantuya bersama dengan 2 orang pegawai keselamatan dan seorang korporal polis wanita yang dilibatkan dengan jenayah itu, Razak telah dibebaskan dengan ikat jamin oleh mahkamah Malaysia sehinggalah dia dibicarakan lagi pada 14 Disember 2006. disebebkan beliau dibenarkan ikat jamin dan berlakunya kempen yang galak mengutuk si mati yang dilancarkan oleh media Malaysia, keluarga si mati dan kumpulan aktivis hak asasi manusia di Mongolia amat perihatin akan perjalanan Mahkamah Malaysia, dengan kecurigaan apakah mahkamah itu mampu bertindak secara adil dan saksama.
Beberapa pertubuhan masyarakat sivil Mongolia telah melancar satu tindakan mendesak Kerajaan Malaysia agar mempastikan mahkamah bertanggungjawab menjalankan pengadilan yang saksama untuk menentukan pihak yang bertanggungjawab dihukum dan menentukan dua orang anak si mati diberikan pampasan kerana kehilangan satu-satunya pencari nafkah hidup untuk mereka.


Mendiang Sharibuu Altantuya semasa hidupnya merupakan seorang wanita yang cantik, seorang ibu tunggal dengan dua orang anak lelaki berusia 9 tahun dan 3 tahun. Beliau merupakan anak sulung kepada satu keluarga yang mempunyai dua orang anak perempuan. Ayahnya Mr. Shaariibuu) ialah sseorang professor universiti dan ibunya . (Ms Altansetseg) adalah sorang guru Bahsa Russia) Altantuya memang fasih dalam beberapa bahasa – Russia, Inggeris, dan China; serta faham bahasa asas Korea dan Jepun. Kerana itu dia pernah betugas merata dunia sebagai seorang penterjemah, sambil menyediakan keperluan dua orang anak lelakinya, tetutamanya anak yang bongsu yang memerlukan belanja perubatan yang tinggi.

Sejak anak lelaki yang kedua itu dilahirkan ramai orang merasa skeptik yang ia akan mampu terus hidup ataupun hidup tanpa bantuan orang lain. Namun, gara-gara dedikasi Altantuya anak bongsunya itu yang satu ketika dulu susah mengerakkan anggota badannya dan hanya mampu bersuara sedikit sahaja, kini sudah boleh berjalan dan menggerakkan tangannya serta bercakap dengan jelas. Namun masih terdapat sedikit kecacatan yang memerlukan terapi berterusan dan dua lagi perjalanan ke Beijing untuk mendapatkan bantuan pakar yang mahal harganya.

Bukan sahaja fungsi motor budak itu yang perlu rawatan, tetapi nyawanya amat bergantung kepada perubatan medikal yang berterusan.

Sebagai wanita muda yang tabah, Altantuya tetap bersabar dan berjaya memahat kerjaya sebagai seorang penterjemah professional dan juru bahasa. Seperti yang diketahui oleh ahli keluarga selepas kematiannya, Altantuya telah kerap digaji oleh Abdul Razak Baginda untuk menjadi jurubahasa dan penterjemah ketika beliau mengadakan rundingan perniagaan termasuklah perundingan mengenai dagangan senjata. Lagipun sudah ada bukti betapa Razak Baginda pernah membuat satu cadangan perniagaan dengan Altantuya pada Julai 2005, serta menghantar tiga jenis sabun sebagai contoh beserta dokumen dan meminta wanita muda itu mencari pasaran untuk beberapa barangan yang berbeza di pasaran Mongolia.

Pada Oktober 2006, Altantuya telah memberitahu ibu dan bapanya akan perjalanan dagang ke Malaysia dan beliau berlepas dengan ditemani seorang wanita Mongolia.

Ayah si mati membuat lapuran betapa tujuan utama pemergian beliau ialah meminta bayaran yang tertangguh daripada Raazak Baginda kerana khidmatnya. Sejurus tiba pada 6 Oktober, 2006, si mati telah memulakan pencarain untuk bertemu Abdul Razak Baginda. Usaha mendapatkan Abdul Razak Baginda telah kecundang sehinggalah 19 Oktober 2006. Pada hari tersebut Abdul Razak telah menelefon Altantuya dan bersetuju berjumpa beliau di rumah kediamannya pada hari yang sama. Altantuya telah hilang sejurus pergi ke rumah Abdul Razak pada hari yang sama. Ini membuatkan teman beliau daripada Mongolia cepat menghubungi polis Malaysia dan keluarga Altantuya di Mongolia.


Pada 11 November 2006, polis Malaysia telah menemui serpihan tulang manusia yang telah diletupkan dengan bom (jenis C4) daripada kawasan semak di Kuala Lumpur. Serpihan tulang itu ternyata milik badan Altantuya berasaskan analisis DNA yang menggunakan sample darah ibunya yang dibawa oleh bapa si mati Mr. Shaariibuu.

Siasatan polis Malaysia telah menyebabkan tertangkapnya dua orang pegawai polis yang memang amat terlatih, seorang korporal wanita dan Abdul Razak Baginda. Anting-anting si mati serta beberapa barang hak peribadi si mati telah ditemui di rumah kdiaman pegawai polis. Polis Malaysia membuat andaian bahawa Altantuya telah diculik oleh pegawai keselamatan dan seorang korporal wanita sejurus beliau tiba di rumah kediaman Razak Baginda. Kemudian beliau telah dibawa ke satu tempat yang sunyi dan ditembak dua das di kepala. Si mati telah dibogelkan dan dipasang peledak bom untuk diletupkan.

Sekarang sudah dipastikan bahwa rekod kemasukan Altantuya pada 6 Oktober sudahpun dipadamkan daripada buku pendaftar dan dipadamkan juga daripada pangkalan-data kawalan sempadan; yang memnunjukkan penglibatan golongan atasan.

Pada 23 November, 2006 mahkamah Malaysia telah membebaskan Razak Baginda dengan ikat jamain walaupun tuduhan keatasnya itu satu tunduhan yang berat. Mr. Shariibu yang berada di mahkamah bersama peguamnya Darshan Sigh Khaira menyatakan bahawa mahkamah di tahap awal telah meberikan tumpuan kepada kecermelangan Razak Baginda dan keluarganya tanpa memberi perhatian yang serius kepada nasib ankanya yang sudah mati serta ahli keluarganya yang sedang berkabung. .

Kes mahkamah itu mendjadi tumpuan utama di Malaysia dan Mongolia. Namn, lapuran media memberikan tumpuan berlebihan keatas identiti si mati, sejarah perkahwinan beliau dan cara hidupnya sambil cuba menonjolkan si mangsa sebagai seorang yang tidak berpelajaran tinggi, suka hdiup berfoya-foya dan merupakan seorang model bebas yang datang ke Malaysia untuk memeras ugut Abdul Razak Baginda untuk mendapatkan wang.

Ada pihak yang cuba menafikan bahawa Razak Baginda pernah menjalinkan hubungan dagang dengan si mangsa. Lapuran media itu bukan sahaja menunjukan sikap tidak berhati-perut terhadap si mati dan ahli keluarganya, ataupun memahami dan menghormati hak asasi manusia kepada kehidupan dan maruahnya, tetapi ternyata berat sebelah, tidak tepat dan memang penuh pembohongan.

Beberapa orang wartawan Malaysia telah pegi ke Mongolia untuk mendapatkan makumat dan dikatakan telah membayar upah kepada akhbar Mongolia ‘Zindaa’ membantu menerbitkan berita kempen memalukan si mati. Malahan akhbar Zindaa telah secara tiba-tiba menjadi aktif menyiarkan berita negatif mengenai si mati.


Mahkamah Malaysia dijadual akan bersidang pada 14 Disember 2006, teatapi ahli keluarga si mati dan rakyat Mongolia memang tidak yakin sangat bahawa mahkamah itu akan berfungsi secara adil dan menghormati prinsip fundamental hak asasi manusia. Besar kemungkinan Mahkamah Malaysia (sekali lagi) akan membenarkan mereka yang melakukan jenayah terlepas daripada cengkaman hukuman sambil mengkambinghitamkan gelagat kumpulan yang melakukan pembunuhan serta gagal memberikan pampasan yang wajar kepada anak-anak si mati.


Tindakan Yang Perlu

Kerajaan Mongolia, yang dimestikan oleh perlembagaannya melindungi hak asasi rakyatnya di dalam negara dan juga di luar sempadan negara, telah diam membisu. Kes Altantuya bukanlah kes pertama di mana hak asasi seorang rakyat Mongolia telah digugat dan dicemari di negara asing. Khabarnya terdapat 120 ribu warga Mongolia yang hdiup dan bekerja di luar negara, sesetengahnya secara haram. Sebahagian besar majoriti warga ini memang di luar kuasa kerajaan Monglolia untuk melindungi mereka dan inilah yang memudahkan mereka menjadi mangsa jenayah, dieksploit dan diaibkan. Lagipun semasa mencari anak perempuannya, Mr. Shaaribuu mendapati terdapat kira-kira 20 orang wanita Mongolia yang ditahan di pusat tahanan dan penjara di Malaysia. Beliau berkata jumlah ini adalah golongan yang bernasib baik kerana sempat lari daripada cengkaman penghambat mereka. Mereka yang lebih tidak bernasib baik masih lagi diseksa dan dikenakan kerja berat dan menjadi mangsa industri seks, ataupun menghadapi kemungkinan bahagian anggota badan mereka dijual. Dengan tujuan mewujudkan satu institusi negara yang mempunyai kuasa politik dan mampu bertindak secara berkesan terhadap pencemaran hak asasi manusia warga Mongolia di luar negara sudah menjadi satu isu yang dianggap penting.

Disebabkan usaha gigih ayah Altantuya dan sokongan daripa da badan hak asasi manusia dan NGO serta aktivis yang mahukan Mongolia bertindak, kini ternyata ada sedikit perubahan. Lantas, Kementerian Hubungan Asing telah bertindak menghantar seorang wakil sebagai pemerhati semasa perbicaraan bermula pada 14 Disember nanti. Tambahan pula, media Mongolia telah mula menganggap kes itu sebagai pencemaran hak asasi manusia yang dianggap penting kepada sebahagian besar rakyat Mongolia yang mempunyai saudara amara bekerja di luar negara. Ini membawa kesan di mana media Mongolia mula membincangkan beberapa hukum perundangan, kepincangan politik dna institusi di sebabkan kerajaan Mongolia gagal memberikan perlindugan kepada rakyatnya di luar negara.

Pakatan kumpulan hak asasi manusia, NGO hak kanak-kanak dan para aktivis, kini mendesak agar kerajaan Mongolia memberikan bantuan kewangan untuk menghantar seorang peguam Mongolia yang berpengalaman untuk menentukan mahkamah Malaysia menghukum pihak yang bersalah dan memberikan pampasan secukupnya kepada anak-anak si mangsa. Pakatan itu juga menyeru kepada kerajan Malaysia dan mahkamahnya; mendesak agar tetap dengan kebenaran dan keadilan. Lagipun, NGO dan aktivis Mongolia sudahpun meminta bantuan masyarakat antarabangsa untuk membantu Mongolia memantau secara bekesan perjalanan mahkamah Malaysia dan mendesak kerajaan Malaysia menyermpurnakan tugasnya mengikut perjanjian hak asasi antarabangsa. Rakyat Mongolia mendesak dan berharap 14 Disember dijadikan Hari Kedilan, Kebenaran dan Keinsanan.

Terjemahan – marhaintua -



Bersambung Bahagian Dua:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home