Saturday, December 16, 2006

Komisen USD$100 Juta Bagi Kontrak Pembelian Kepal Selam – Siapakah Pembalun Manfaat Sebenar?

Komisen USD$100 Juta Bagi Kontrak Pembelian Kepal Selam – Siapakah Pembalun Manfaat Sebenar?
(USD$100 million commission for RM4.1 billion submarines contract – the realbeneficiaries?)
Posted by: Raja Petra - Lim Kit Siang

Terjemahan –marhaintua-

Timbalan Menteri Pertahanan Zainal Abidin Zin telah menafikan di Dewan Parlimen kelmarin bahawa kerajaan telah membayar komisen sebanyak $100 juta dalam Urusan jual-beli tiga buah kapal selam bernilai RM4.1 bilion daripada satu gabungan syarikat pembuat kapal perang Peranchis dan Sepanyol – DCN International and Thales.

Pembelian yang dimeterai pada 2002 melibatkan pembinaan dua buah kapal selam jenis ‘Scorpene SSK (untuk diserahkan kepada pembeli pada 2009) dan satu kapal selam Peranchis yang terpakai dan dibaikpulih jenis Agosta 70 untuk tujuan latihan.

Kontrak itu telah ditandatangani oleh Kementerian Pertahanan dengan AMARIS yakni syarikat usahasama antara DCN (Peranchis) dan Thales (Sepanyol).

Namun demikian isu yang timbul bukanlah sama ada $100 juta telah dibayar oleh kerajaan Malaysia tetapi apakah wujud komisen semacam itu oleh kontraktor Peranchis kerana komisen itu lambat laun akan diambil kira dalam bil terakhir kontrak yang perlu dibayar oleh pembayar cukai Malaysia, dan siapakah penikmat sebenar komisen $100 juta dalam penjualan kapal selam itu?

Kes melibatkan komisen sebanyak USD$200 juta itu semasa kontrak kapal selam dimeterai melonjakkan nama Abdul Razak Baginda (nama yang terlibat dengan kes pembunuhan seorang model Mongolia). Inilah kes yang dibangkitkan dalam Parlimen tetapi tidak ada penjelasan yang memuaskan telah diterima.

Pada Ogos 15 2002, Far Eastern Economic Review (FEER) telah menerbitkan sebuah artikel berjudul “Wanna Buy A Sub?” telah mengesan bagaimana perjanjian jual-beli kapal selam itu diusahakan. Tidak ada sesiapa menafikan artikel itu. Mengikut FEER “syarikat bernama Perimekar akan menerima selama enam tahun yang akan datang, 8% daripada jumlah nilai keseluruhan kontrak, yakni sekitar RM288 juta ringgit. Dan mungkin lebih dari itu, kerana mata wang EURO yang menjadi perkiraan kontrak sudah meningkat sebanyak 13% berbanding nilai ringgit sejak kontrak ditandatangani.

Laporan FEER tahun 2002 itu menyatakan bahawa Perimekar adalah 100% milik “Ombak Laut” sebuah syarikat persendirian yang dimiliki oleh sekutu Abdul Razak Baginda. Ombak kemudiannya menjual 40% saham syarikat kepada LTAT (Lembaga Tabung Angkatan Tentera) dan sebuah syarikat sekutunya yang lain.

Mampukah rakyat Malaysia mendapat jawapan siapakah sebenarnya penikmat utama yang menerima manfaat komisen bernilai USD 100 juta untuk perjanjian kontrak kapal selam bernilai RM4.1 bilion?

KOMEN PARA PEMBCA


Ordinary Citizen berkata:

Ada satu peribahasa China yang mengatakan: Bulu kambing datang daripada badan kambing.” Apakah anda jangka kami mesti percaya bahawa komisen $100 juta itu tidak datang daripada kontrak bernilai RM4.1 bilion? Kenapakah usahasama tempatan dengan kontraktor Peranchis mesti dibayar komisen dan untuk apa… peralihan teknologi ataupun sebagai wang sogok menentukan kontrak diberikan pada mereka?

08/12 15:21:46: Samseng berkata:

Inilah yang membunuh negara ini. Mereka bukan sahaja mahukan komisen, mereka mahukan komisen yang terlalu tinggi sehingga tidak masuk akal kita kerana mereka mahu hidup bergaya. Memang tidak dinafikan semua ini akan dibalun oleh Najib dan para kroni, mungkin ada juga sebahagian yang akan diberikan kepada puak Mongolia. Rancanglah pembayaran cukai anda supaya anda tidak membayar terlalu banyak cukai kerana semua itu akan digunakan untuk dibalun oleh malaun yang mahu hidup senang lenang.

08/12 15:36:35: longjaafar berkata:

Jawapan yang diberikan di Parlimen ternyata begitu bodoh sahaja bunyinya. Tetapi kita dipaksa untuk menerimanya. Ini adalah gara-gara majoriti yang besar yang dimiliki oleh MNO dan BN menyebabkan mereka mempunyai sikap begini. Betullah orang Peranchis dan bukannya kita yang membayar komisen itu. Tetapi itu adalah wang rakyat yang telah digunakan. Kenapa perlunya urusan semacam itu melalui orang tengah dan tidak diuruskan terus oleh kerajaan?

Nampak sangat Paklah akan menjadi seorang PM yang tidak berguna, lembab dan tidak berkesan, yang pernah kita ada. Dia telah menang besar dalam pilihan raya umum dahulu kerana sokongan padu orang MCA, MIC dan Gerakan.

LJ

08/12 15:40:44
muftimurtad2007 berkata:

Razak Baginda hanya merupakan tukang sambut sahaja. Duit itu akhirnya akan disapu oleh Najib juga. Memang ketara sangat cara hidup Razak selepas menang kontrak itu. Pada mulanya dia keras menghilangkan diri untuk satu tempoh yang lama selepas kontrak itu dimenanginya. Beberapa bulan sebelum kontrak itu diputuskan Razak kerap menyibuk di Putrajaya cuba mendapatkan temu janji sana-sini. Selepas kontrak diumumkan dia menghilangkan diri, ghaib entah ke mana. Kisah Altantuya pun mula timbul pada waktu yang sama. Ini kes kerana terlalu banyak duit. Dan tidak ada kerja lain. Hubungan komunikasi pun menjadi buruk.

.
08/12 15:55:53
LChuah berkata:

“Perimekar akan menerima selama enam tahun mendatang wang bernilai 8% daripada nilai kontrak sepenuhnya. …..kira-kira 288 juta ringgit….”

Ehem…. Ini merupakan sebahagian rekod kerjaya yang tidak ada pada pihak Pembangkang kerana itu mereka tidak layak menjadi pentadbir negara. Anda perlukan korupsi yang paling ekstrem, kronisme, lengkap dengan gaya hidup menggoyang keris telanjang sambil melaungkan kata-kata perkauman dan sekali-sekala Harussani bersuara dengan berunsur fanatik untuk mampu terus e Malaysia.

08/12 16:00:26
mindacergas wrote:
Ordinary Citizen: berkata:

Memang ada semacam satu amalan di Malaysia yang konsisten dan ini adalah satu contoh klasik dalam perakaunan Malaysia.

Kita membayar 4.1 bilion ringgit untuk beli kapal selam, yang kononnya merupakan harga pasaran yang sesuai. Tetapi oleh kerana vendor suka sangat kepada kita mereka memberi derma sebanyak RM100 juta daripada poket mereka sendiri, kononnya.

Inilah logik yang sama digunakan dalam kes angkasawan Malaysia. Kerana kita telah membeli jet pejuang dengan harga yang patut dan merupakan harga pasaran, orang Russia menjadi ceria dan dengan senang hati menyumbag RM91 juta sebagai derma dan hadiah untuk menghantar angkasawan kita ke angkasa.

Fikirlah baik-baik. Kalau betul itu duit kita, apakah kita akan menghantar angkasawan untuk bermain batu seremban di angkasa?

Kepada Long Jaafar orang di Dewan Parlimen itu bukannya tolol seperti anda kata.

Kita ini yang BODOH kerana kita yang letak mereka di Parlimen.

Satu orang satu Undi dan Satu peluang!!!


08/12 16:01:53
smeagroo menulis:

Apakah mereka beli Agosta yang sudah dibaik-pulih untuk latihan? Elok lagi mereka main komputer kalau mahu buat latihan. Begitu banyak permainan simulasi yang mudah didapati secara onlain.

Inilah dia Kem A balun banyak ini Kem B akan balun banyak lagi. Sampai tidak ada hadnya dan negara ini akan muflis begini caranya.

08/12 16:28:39
Bruders1 wrote:
Mereka menjadi begitu angkuh hingga boleh buat apa sahaja yang mereka suka dan rakyat terpaksa menengok sahaja. Begitu yang berlaku dengan kenaikan harga segala-galanya. Ini yang membuatkan mereka fikir merekalah pemilik Darulboleh dan boleh lakukan apa yang mereka suka. Terima kasih sahajalah kepada penyokong UMNO dan BN.

08/12 16:53:27
malaysian citizen menulis:

Sejarah menunjukkan bahawa parti politik yang telah lama mencengkam kuasa mudah mereput dan akan menggantung diri sendiri. Lihat apa yang jadi kepada Jepun, Taiwan dan Iraq.

Lambat-laun sama ada rakyat negara ini akan menendang mereka keluar ataupun kerajaan negara luar yang akan mengusir mereka keluar.

BN sudah lama berkuasa sehingga mereput menjadi satu pertubuhan yang tamak haloba.

Perhatikan apa yang ada di pihak pembangkang pula:

DAP – terlalu keCinaan sedangkan ia patut berunsur pelbagai kaum.

PAS – pelbagai kontroversi cetusan Nik Aziz menunjukkan masalah parti itu sendiri.

Keadilan - tercemar kerana dilahirkan untuk tujaun membebaskan seorang insan. Bukan dengan tujuan untuk menjadi pembangkang.

Yang lain tidak perlu disebut dulu lah… Kita perlukan satu pembangkang yang berwibawa. Jadi apa yang harus kita buat?

RPK, anda mempunyai ramai peminat yang mengagumi kejujuran anda dan keberanian bercakap mengenainya. Saya fikir anda boleh menjadi seorang ahli politik yang baik, walaupun saya tidak mengenali anda. Apa pendapat anda?

08/12 16:58:38
jothy berkata:

Kita harus cetak dan terbitkan segala pembelian yang menggunakan duit rakyat. Rakyat mesti tahu bagaimana wang mereka dibelanjakan dan manakah parti yang terlibat dalam setiap projek. Kita harus cadangkan satu undang-undang akan perkara ini dan rakyat mesti punyai hak mempersoalkan kos pembelian. Bukannya menyimpan akaun yang boleh dijenguk segelintir orang sahaja. Akaun itu mesti boleh diperiksa oleh sesiapa pun. Tukang beli tidak perlu takut kalau pembeliannya itu wajar dan patut. Kenapakah kita kerap membeli barangan di luar negara kalau barang itu ada di negara sendiri.

08/12 16:59:43
razramus berkata

US$100 juta telah dibayar dengan ihsan dan persetujuan rakyat Malaysia juga. Mereka telah mengundi orang BN setiap kali ada pilihan raya. Mereka tahu inilah parti yang korup yang menyamun negara setiap tahun. Tetapi mereka terus mengundi untuk memberikan mereka kuasa. Semua ini adalah laksana hujung gunung air batu yang nampak sikit sahaja di permukaan air. Kalau anda periksa akaun di Bank Swiss anda akan lihat akaun penyamun daripada orang UMNO.

08/12 17:06:00
Bunda menulis:

:Hm…kalaulah ada sesiapa yang mengadu kepada orang Peranchis, bolehkah perkara ini terdedah? Seperti yang terjadi dalam kes Bofors di India? Komisen wang sogok dan rasuah adalah pemberian penjual. Negara penjual hanya terlibat sedikit sahaja.

Terjemahan: marhaintua - Suntingan: m@rhaen

0 Comments:

Post a Comment

<< Home