Thursday, December 14, 2006

Kisah Sebenar Di Sebalik Jambatan Penang Kedua

13/12: WYSIWG

Kisah Benar Di sebalik Jambatan Penang Kedua
(The truth behind the Second Penang Bridge)

Bahagian Satu
Raja Petra Kamarudin

Terjemahan - marhaintua-

Malaysia-Today hidup bergelora atas maklumbalas orang-dalam dan orang-orang yang tahu-menahu, termasuk mereka yang lalu lalang di serambi kuasa tetapi tidak selesa melihat apa yang berlaku -- ataupun mereka yang berhasrat dapat menguis ketepi mereka yang berada di serambi kuasa atas sebab tertentu.

-Apapun yang terjadi, Malaysia-Today mengalu-alukan maklumat orang dalam walaupun ini boleh dianggap sebagai satu kesalahan di bawah Akta Rahsia Resmi Malaysia (OSA) , ini merupakan satu risiko yang kita perlu ambil bagi kepentingan rakyat Malaysia agar mereka dimaklumkan dan sambil itu kita dedahkan segala penyelewengan dan pembabitan mereka yang menyibuk di serambi kuasa.

Kerajaan mahu percepat pembinaan Jembatan Penang yang kedua untuk membantu bumiputra, kata Nor Mohamed.

Kerajaan mahu percepat pembinaan jembatan kedua Pulau Pinang untuk menentukan ia dapat meberi menafaat yang pantas kepada usahawan bumiputra di negeri itu. Demikian kata Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop:

Beliau berkata bahawa kerajaan mahu menentukan bahawa unsahawan Bumiputra di Penang menikmati kesan limpahan jambatan kedua itu dan apa juga bentuk projek pembangunan besar di pulau itu. Kami sedang berbincang dengan beberapa parti yang relevan di sana untuk melihat apakah yang terbaik pada bumiputera Pulau Pinang khususnya dapat meraih menafaat daripada segala projek tersebut,” kata beliau kepada wartawan selepas melancarkan UEM Group Young Executive Scheme (UEM YES) di Putrajaya pada Sept 12.

Nor Mohamed berkata pembiayaan projek jambatan Penang Kedua itu tidak menjadi isu kerana kerajaan sudah berbincang dengan UEM Group untuk meneroka skim kewangan yang optima.

Kumpulan UEM adalah pemegang konsessi untuk membina, mengurus, mengendali dan menyelenggara jambatan Peang kedua, dan inilah projek yang telah diluluskan oleh Kabinet sebagai satu inisiatif kewangan swasta (private finance initiative (PFI) di bawah Rancangan Malaysia ke –Sembilan.

Pengarah Urusan dan Ketua Ekskutif UEM Group , Datuk Ahmad Pardas Senin berkata syarikat itu masih mengkaji beberapa pilihan kewangan untuk membiayai projek tersebut.

Perhatikan tiga perkara dalam lapuran di atas. Pertama, kenyataan Menteri Kewangan bahawa jambatan itu akan memberi manfaat kepada kontraktor Bumiputra di negeri itu. Kedua, kerajaan tidak akan membiyai pembinaan jambatan tersebut. Ini bermakna UEM akan mencari duit sendiri. Ketiga, siapa yang memilikki UEM?


Baiklah, cuba baca pula beberapa kiriman emel yang telah diterima. Ini adalah antara beberapa emel yang telah saya terima setiap minggu daripada rakyat Malaysia yang kecewa dan naik mual dengan tanggapan itu……. sudah cukuplah…. Apapun, pada mereka yang baru di dunia siber, dan tidak berapa memahami maksud WYSIWG, ia membawa makna ‘What You See Is What You Get’’ (Anda dapati apa yang anda lihat). Sesungguhnya itulah sahaja yang akan anda dapati daripada projek Jambatan Penang itu. Soalnya sekarang, bukanlah anda akan dapat apa yang anda lihat, tetapi lebih dari itu sama ada anda akan mampu mlihat ataupun tidak segala apa yang berlaku . Jika tidak eloklah biarkan Malaysia-Today mengalihkan penutup mata anda dan bantu anda melihat cahaya. Kemudian apa yang anda lihat itulah yang anda dapat dan kalau anda tidak suka apa yang anda lihat, nasiblah.!!

Itu masalah anda dan harga yang anda bayar kerana tidak faham bagaimana anda menggunakan hak dan tenggungjawab anda sebagai seroang pengundi.

Inilah yang kita terima daripada sumber ‘orang-dalam.’

Saya tahu pembinan jambatan itu akan di sabkontrak kepada beberapa syarikat Cina di tanah besar . Akan tetapi nilai sepenuhnya kontrak itu ialah US$650 juta bersamaan dengan RM2.32 bilion ringgit. Jadi kenapakah Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan projek itu bernilai RM3 bilion? Siapa yang akan dapat peruntukan yang bocor?Kontrak Jambatan Penang itu telah disabkontrak secara reka dan bina kepada China Road & Bridge Construction Group, yakni syarikat pembinaan jambatan yang ;paling besar dan dimilikki sepenuhnya oleh Negara China. Reka bentuk jambatan itu dibuat oleh China Railway Bridge Survey and Design Institute dengan sedikit penyertaan UEM (sebagai memenuhi syartat)

Saya sedang mencuba dapatkan perakuan daripada pihak China akan butiran secara terperinci - harga yang ditawarkan oleh UEM. Kali terakhir saya mendengarnya (kira-kira sembilan bulan dulu) ialah kontrak itu bernilai US$600 hingga 650 juta . Setahun dulu, Koizumi telah menemui Abdullah dan meminta beliu memberi pertimbangan kalau boleh menggunakan sabkontraktor Jepun. Abdullah Badawi telah memberi jawatan yang jelas kepada Koizumi bahawa dia sudah buat keputusan menganugerahkan kontrak itu kepada China.

Saya juga tahu bahawa Equine Group telah diberikan satu kawasan tanah yang luas berdekatan Batu Kawan setahun sebelum itu.

Demikianlah kandungan mesej yang saya terima. Mungkin orang berkenaan dapat mengemaskini maklumat itu yang telah diperolehinya sejak itu dengan mengirimkan komen beliau kepada Blog saya.

Baiklah, siapakah Equine yang disebut oleh ‘Pemberita Rahsia ‘ (Deep Throat) dalam mesej beliau tadi. Equine adalah satu kumpulan syarikat milik seorang peniaga Cina Pulau Pinang yang dikenali sebagai Patrick Lim. Tun Dr. Mahathir memanggil beliau dengan nama Patrick Badawi kerana ada sebabnya. Patrick Lim a.k.a Patrick Badawi adalah insan yang mengendalikan Terengganu Monson Cup yang menelan belanja RM300 juta ringgit setiap tahun. Beliau juga merupakan ‘penasihat ekonomi;’ yang membuat keputusan bagaimana RM1 bilion setiap tahun daripada Wang Royalti Minyak Terengganu ataupun Wang Ehsan harus dibelanjakan.

Mengikut beberapa ‘orang dalam’ lain di Terengganu, Patrrick Lim menghadiri mesyuarat negeri walupun beliau bukanlah seorang anggota Kerajaan Negeri Terengganu. Mesyuarat negeri itu semuanya TIDAK dipengerusikan oleh Menteri Besar Terenggan, Idris Jusoh, seperti yang sepatutnya. Sebaliknya mesyuarat itu dipengerusikan oleh Perdana Menteri yang bertindak sebagai ‘de fakto’ Menteri Besar Terengganu.

Ini memudahkan Patrick Lim merancang bagaimana membelanjakan RM1 bilion setahun dan kalau Idris Jusoh bertanya sesuatu ataupun cuba mendapatkan penjelasan, Perdana Menteri potong cakap dia dan berkata bahawa Patrick Lim tahu apa yang perlu dibuat -- jadi eloklah serahkan segala butiran kepada beliau. Apa yang Patrick Lim perlu buat ialah kemukakan bajet dan apa yang deperlukan oleh bajet itu. Tidak ada lagi butiran lain yang diperlukan.

Ada satu peristiwa bilamana Patick Lim menyerahkan beberapa dokumen untuk ditandatangani oleh Idris Jusoh, tetapi Idris enggan berbuat demikian kerana dia mahu tahu apakah projeknya. Dalam masa satu jam Idris Jusoh menerima satu panggilan telefon daripada jabatan Perdana Menteri memberi arahan agar dia menandatangni dokumen itu. Walau bagaimana pun gelagat Patrick Lim di Terenganu dan kuasa besar yang dimilikkinya untuk mencengkam negeri itu melalu pejabat Perdana Menteri, bukanlah merupakan satu berita baru dan ramai oang yang mengetahuinya sampailah kaum nelayan di perkampungan nelayan di Terengganu. Apa yang ramai orang tidak tahu ialah rakan niaga keluarga Abdullah Badawi ini akan meraih durian runtuh daripada projek pembinaan jambatan Penang yang kononnya bernilai RM3 bilion.

Faedah langsung projek ini sudah tentu pergi kepada UMNO, pemilik syarikat yang telah diberikan konsessi untuk membina dan menguruskan jambatan. Secara kilat UMNO akan meraih keuntungan sebanyak RM700 juta. Ini merupakan perbezaan antara harga kontrak dan harga sabkontrak, yang diberikan kepada syarikat China. Kemudian timbul satu kawasan tanah yang luas bersekitaran kawasan jambatan yang mengikut penyampai rahsia telah diperolehi oleh Patrick Lim satu tahun sebelum mereka mengumumkan projek jambatan itu. Sesungguhnya ini adalah dianggap satu konsep ‘insider trading’ (niaga dalaman) yang sudah pasti dianggap haram; dan kalau di sesetengah negara keseluruhan konspirator boleh disumbat ke dalam penjara. Akan tetapi di negara ini anda tidak perlu masuk penjara kerana membunuh. Adalah tidak mengejutkan kalau perkara ini dianggap remeh dan tidak ada sesiapa yang akan terhukum.

Ya, Islam Hadhari, yakni Islam modern ataupun Islam maju, dan pencipta Islam Hadhari adalah tidak berbeza daripada seorang Mat Rempit.

Saya berani bertaruh ramai yang tidak pernah mendengar nama Equine sebelum ini, walaupun nama Patrick Lim mungkin dapat diingati. Jika demikian teruskan membaca dan lengkapkan diri anda dengan lebih banyak maklumat bagaimana Keluarga Pertama Negara merobek negara ini dan menyamun di siang hari . Ya, Jambatan Kedua Penang itu bertujuan untuk melegakan aliran lalulintas dari dan kepada Pulau Pinang ataupun apakah ia bertujuan untuk mengisi poket mereka yang berada di serambi kuasa ? Anda adililah perkara ini laksana seorang hakim. Equine Capital Berhad (http://www.equine.com.my/)
Equine Capital Berhad
No. 1, Jalan Putra Permai 1A
Taman Equine
Seri Kembangan 43300
Phone: (03) 8941 7878

Rumusan
Perniagaan Equine Capital Berhad sebuah syarikat pelaburan. Syarikat ini beroperasi melalui tiga segmen: pembangunan hartanah, pelaburan hartanah dan pelaburan induk. Anak syarikat utama Equine termasuklah Taman Equine (M) Sdn Bhd, Syarikat Tenaga Sahabat Sdn Bhd, Kuala Lumpur Industries Berhad dan Kuala Lumpur Industries Holdings Berhad. Sumber pendapatan syarikat ialah daripada pelaburan hartanah yang datang dari Wisma KLIH , satu bangunan pejabat 13 tingkat di Bukit Bintang. Setakat 31 Mac, 2006, kadar pengguna bangunan ialah 38% daripada ruang yang boleh disewakan seluas 5,129 meter padu. Semasa tahun fiskal berakhir 31 Mac 2006, Syarikat telah melancarkan ‘The Sovereign ‘ di Permai Park mengandungi 102 unit ‘rumah teres semi-detached’. Anak syarikat Tenaga Sahabat Sdn Bhd telah pun melancarkan satu lagi campuran rumah kediaman dan tempat komersial di Taman Mestika dan Aman Megajaya di atas tanah seluas 23 ekar terletak di Cheras.

Pengerusi Lembaga Pengarah ialah Soo Kit Lim (Patrick Lim)

Ketua Pegawi Ekskutif Yik Fai Fung.
Bersambung; Bahagian Dua.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home