Tuesday, January 09, 2007

Lakonan AS Melonjak dan Memuncak

January 4, 2007

Lakonan AS Melonjak dan Memuncak

(US Hypocrisy Reaches All-Time High)
by Paul Craig Roberts Terjemahan: -marhaintua-

Salah satu pengajaran Nuremberg War Crime Trials (Mahkamah Jenayah Perang Nuremberg) selepas Jarman kalah perang dan tamatnya Perang Dunia Kedua mencatatkan bahawa mengikut arahan adalah bukan satu alasan untuk terlepas daripada melakukan jenayah perang.

Pendakwaraya AS membuat keputusan ini mengatakan bahawa tentera Jarman seharusnya TIDAK mengikut perintah Hitler.

Ketua pendakwaraya AS Robert Jackson memperakukan bahawa keganasan tentera AS adalah satu jenayh perang.

Lt. AS Ehren Watada telah memahami pelajaran daripada Nuremberg ini dengan sepenuh hati. Beliau enggan mengikut arahan pergi ke Iraq atas alasan bahawa peperangan itu tidak sah, dan mengikut piawaian Nuremberg, dan dia tidak boleh memberikan arahan kepada anggota pasukan di bawah penegendaliannya untuk melakukan tindakan yang tidak sah.

Memang Watada memang betul. Kalaulah anggota tentera AS mempunyai maruah seperti Lt. Watada, Amerika dan Iraq sudah pasti terselamat daripada konflik dan pertumpahan darah. Bush telah berjaya mencetuskan konflik yang haram itu kerana tentera Amerika telah bertindak sama semacam tentera Jarman dan mengikut arahan komander ataupun ketua turus tentera mereka melakukan jenayah. Kerana itu mereka mahu mmebawa Watada menghadapi mahkamah tentera untuk melindungi Bush dan para panglima penjilatnya daripada dikenakan tuduhan jenayah pula.

Dengan mendakwa Lt. Watada, angkatan tentera AS telah memperlekeh perbicaraan Nuremberg dan menjatuhkan maruah mereka ke taraf menuntut balas dendam pihak yang menang. Pendakwaan Watada nanti menghancurkan illusi bahawa prbicaraan Nuremberg dulu menegakkan prinsip insani mengikut lunas undang-undang antarabangsa. Yang akan menyerlah nanti ialah bahawsanya kekuatan itu adalah benar.
Ideologi Jerman tentang dominasi adalah satu jenayah perang, tetapi ideologi yang sama daripada Amerika tidak dianggap begitu.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home