Tuesday, January 09, 2007

Pintu Yang Tidak Pernah Kita Buka

Pintu Yang Tidak Pernah Kita Buka
'The door we never opened ...'
By M K Bhadrakumar – AsiaTimes Online, 2007.

Terjemahan –marhaintua-
8.1.2007.

Hubungan antara Amerika Syarikat dan Iran adalah begitu rapuh sepanjang sejarahnya yang sentiasa melalui jalan sukar sejak awal 1950-an. Robert Fisk pencatat terhebat sejarah Timur Tengah di akhbar ‘The Independent’, baru-baru ini pernah menulis pengamatannya betapa pusingan terakhir dalam Perang Iraq antara AS dan ‘kuasa kesyaitanan’, masih berkesudahan dengan “seri”.


Namun, tidak siapa yang pasti apakah itu pusingan ‘seri’ yang terakhir. Mungkin ada ‘tambahan masa’ dan kalau satu kemenangan penentuan masih juga tidak muncul, ‘tendangan penalti’ pasti menjadi ketentuannya. Masalahnya sekarang, tidak siapa yang tahu apakah peraturan permainan itu sebenarnnya.

Yang pasti, pucuk kepimpinan Iran sudahpun bersatu kembali, seperti yang dilakukannya selalu setiap kali barisan revolusi digugat oleh AS. Malahan, kerana sebab-sebab keghairahan intelektual, sudah menjadi semakin sukar untuk merobah pemikiran pelbagai kumpulan dan klik serta cabang-cabangnya yang memang sentiasa berpengaruh di anjung kuasa di Tehran.

Iran sedar betapa resolusi Majlis Keselamatan PBB mengenakan sekatan (terhad) ekonomi gara-gara program nuklear yang mengandungi beberapa perkara mengancamnya, dengan fitnah “bahawa musuh-musuh Republik Islam mempunyai rencana menyagat negara,” mengikut kata bekas presiden Akhbar Hasehemi Rafsanjani.

Memang tidak ada kecenderungna dari sesiapa pun di kalngan kepiminan kolektif itu untuk mengekspolit resolusi Majlis Keselamatan untuk menghenyak sedikit masalah domestik, apalagi untuk memalukan kerajaan Presiden Mahmud Ahmedinijad. Masih ada masa untuk segala-galanya. Baru-baru ini sudah berlngsung pemilihan anggota Majlis Shurah. Tidak ada sesiapun yang peduli sangat, fraksi ataupun kumpulan mana yang menang, dan fraksi mana yang kalah. Sekali lagi ramalan dunia luar akan berlakunya huruhara sudah tersasar jauh.

Bekas Presiden Mohammad Khatami berkata: “Saya fikir Mr. (Ali) Lanjani {ketua perunding Iran mengenai isu nuklear} dan para pembantu beliau telah melakukan yang terbaik untuk meneruskan perundingan secara logik.” . Sama ada Rafsanjani mahupun Khatami tidak pun berlengah menegaskan bahawa adalah hak kedaulatan Iran untuk meneruskan program nuklearnya. Kedua-dua pemimpin menjelaskan bahawa resolusi Majlis Keselamatan PBB sesunguhnya adalah disebabkan motivsi politik dan atas gesaan Amerika Syarikat.

Rafsanjani dan Khatami telah memberi amaran kepada negara Barat supaya menghentikan sebarang tindakan terhadap Iran. Khatami berkata bahawa Barat seharusnya mengambil jalan kearah “perundingan dan perbincangan konsessus” dan bukannya memilih “keputusan terburu-buru dan pantas selalu” Rafsanjani memang telah bersikap terus terang. Beliau telah memberi amaran kepada “kuasa yang angkuh” (AS dan Britain) agar tidak mencetuskan krisis baru di Timur Tengah

“Mereka sedang mencetusakn masalah sendiri dan juga kepada rantau ini yang tidak terhad kepada Iran. Ini adalah laksana api yang akan membakar ramai yang lain…… Mereka sedang mencari alasan….. Mereka tidak patut memasuki pentas yang boleh membahayakan semua pihak. Adalah lebih baik mereka berfikir dan bertindak dengan bijak.” Demikian amaran Rafsanjani kepada AS.

Speaker Majlis (Parlimen) Iran yang berpengaruh, Gholam-Ali Haddad Ade, telah menyatakan pandangan yang sama. Beberapa pemimpin kanan agama turut bersetuju. Ketua Majlis Keselamatan Negara dan Suruhanjaya Dasar Luar Negara yang berpengaruh, Alaeddin Broujerdi, telah menjdelaskan pada saat awal lagi bahawa kerajaan Ahmedinejad akan memilikki kuasa sepenuhnya untuk menangani segala perundingan yang sukar-sukar untuk memelihara kepentingan dan kedaulatan Iran.

Pemimpin Ulung Ali Khamenei telah menghantar pesanan kepada ‘rombongan bakal haji’ Iran tahun ini betapa tahun ini merupakan tahun yang luarbiasa dari segi politik negara. Antara lainnya, Khamenei menegasakn betapa beliau mengendos sikap Ahmedinejad yang mempertikaikan kewujudan Israel dan peristiwa Holokos. Khamenie bertanya balik bagaimanakah persoalan semacm itu boleh dijadikan satu ‘kesalahan yang patut dihukum” sedangkan Paus (pope) dan beberapa pemimpn Barat boleh menyibuk dengan usaha “mencerca Islam secara terbuka.”

Namun demikian, di sebalik segala retorik, Iran telah memberi isyarat kesediaan bertolak ansur . Tidak ada tindakan melenting terhadap resolusi Majlis Keselamatan PBB yang memberi arahan kepada semua negara menghentikan pembekalan keperluan dan teknologi kepada Iran yang boleh menyumbang kepada program nuklear dan missilnya. Ia juga sudah membekukan asset dan syarikat Iran yang berkaitan dan juga aset individunya yang terlibat..

Iran tidakpun menghentikan keahliannya dalam Non-Proliferation Treaty (Perjanjian menyekat Perkembangan Nuklear) ataupun menamatkan usahasamanya dengan International Atomic Energy Agency (IAEA) . Pucuk kepimpinan Iran di pelbagai peringkat telahpun memberi isyarat untuk mengambil sikap terbuka dalam perundingan. {Larinji telah berlepas ke Beijing pada Khamis dulu ketika Javier Solana pegawai European Union bertanggungjawab keatas nuklear telah pergi ke Washington). Iran masih mengharapkan bahawa kuasa-kuasa di Eropah tidak mahu melihatkan ketegangan hubungan dan AS sudah menjadi semakin lemah di Iraq untuk cuba melibas Iran pula.

Teheran dapat melihat kesan beberapa tindakan AS yang terkini – penghantaran lebih banyak kapal perang ke Teluk Parsi dan pengumuman ujian ‘Selective Service Sistrem” yang memilih secara rawak askar-asakar untuk berkhidmat berasaskan tarikh lahir mereka – sebagai pertanda Washingtaon sedang bersiap sedia untuk memerangi Iran. Tindakan balas Iran dapat dilihat dengan pelbagai latihan ketenteraann sejak awal November menunjukkan bahawa Iran tidak mahu diperangkap oleh serangan mengejut, dan pada waktu yang sama Iran akan terus berhati-hati tidak mencetuskan sebarang penyebab provokasi.

Tangkal ajaib Iran di minggu-mingu mendatang adalah keupayaannya menjadi orang tengah antara pemimpin Shiah, Abdul Asis-alHakim dan Muqtada al-Sadr, dan lebih penting lagi keupayaan untuk masuk campur menyekat pemboikotan secara kelompok oleh Sadr terhadap sessi Parlimen dan Kabinet, yang telah pun melumpuhkan Perdana Menteri kerajaan Nori al-Maliki. Peranan Iran mungkin menjadi penting dalam menangani cabaran politik yang dianjurkan oleh pakatan taktikal yang luar biasa antara blok Sadr dan beberapa kumpulan tegas Sunni (yang dipimpin oleh Hareth al-Zari, Adnan al Dulaimi an Saleh al-Mutlak) yang sudahpun menerima bantuan kewangan daripada negara-negara Arab.

Muqtada sudah bertegas bahawa penyokongnya yang berjumlah 32 orang daripada sejumlah 128 pemegang kerusi UAI dalam Parlimen, akan rujuk semula untuk menghadiri Parlimen dan sessi Kabinet, hanya kalau ada satu jadual tentang pengunduran askar negara asing.

Akhbar harian berbahasa Arab di London, ‘Al-Hayat’ telah melapurkan semasa pertemuaan Presiden AS George W. Bush di Washington bulan lalu, Hakim telah membawa pesanan daripada pucuk kepimpinan Iran. Tehran telah mendapati bahawa hubungan akrabnya dengan kerajaan Iraq sudah semakin menampakkan kelemahan pengaruh Washington dalam arena politik Iraq. Secara logiknya, ini harus merangsang AS untuk menggunakan pengaruh Iran keatas Iraq. Tetapi, seperti yang dinyatakan oleh satu komentar seorang warga Iran beberapa minggu yang lalu; “Malahan, kalau dilihat akan keangkuhan regim Bush mereka boleh memilih untuk kembali kepada budaya puka-memuja.”

Di waktu yang sama sudah membuak kini amarah rakyat di Tehran tentang kemungkinan melonjaknya pengaruh sekutu Arab keatas AS (disokong oleh Timbalan Presiden Dick Cheney) keatas strategi Bush di Timru Tengah yang ternyata akan membawa kesan. Sekutu-sekutu Arab ini – Arab Saudi, Jordan, dan Mesir - baru-baru ini nampak ceria dengan pertanda bahawa mereka telah berjaya menyekat kemungkinan pentadbiran Bush memberiakn pelbagai kelonggaran kepada Iran.

Sesungguhnya, golongan konservatif Arab ini telah mendesak AS mengamabil satu sikap bercanggahan di Iraq, yang dilihat oleh Iran sebagai sesuatu yang tidak dapt bertahan. Setelah menubuhkan satu pentadbiran pro-kerajaan AS di Baghdad yang didominasi oleh puak Shiah. Washington telah teperangkap, kerana tidak mampu meneruskan strategi politiknya disebabkan keadaan geopolitik sebenar di rantau itu. Lantas tercetus kesangsian yang amat sangat di kalangan konservatif Arab dan ini dapat dilihat daripada kemarahan mereka yang diwarnai oleh kata-kata kesat yang penuh kebencian dan sering bercanggahan berbaur anti-Iran. Di satu tahap, mereka perlekeh keupayaan Iran yang sebenar untuk mempengaruhi keadaan di bumi Iraq (itulah sebabnya Bush bertindak menangani Tehran), sedangkan di sebaliknya pula mereka membesar-besarkan keupayaan Iran untuk mengkucar-kacirkan ketenteraman politik yang sudah lama bertapak di rantau itu dan menyalahkan Iran terhadap apa sahaja yang tidak kena di Timur Tengah.


Regim Arab yang konservatif begitu perihatin bahawa di sebalik segala hingar-bangar kemunculan ‘bulan sabit Shiah’ menyerlah di sebalik awan rantau itu sekarang, ramai pelakon Arab yang tidak bernegara (termasuk Hamas) telah terus terlibat di pihak Arab-Iran-Islamism dalam konfrontasi mereka terhadap AS-Israel-elitis kuasa Arab.

Malahan, ada satu tema utama dalam pesanan Khamenei kepada jemaah haji minggu lalu menyebut agar ‘wujudkan identiti ummah Islam.” Dalam satu perenggan pesanan itu yang mengulangi teologi kebebasan yang pernah Tehran gunakan satu ketika yang lama dulu, Khamenei berkata: “Penekanan pergerakan kebebasan di negara-negara Islam sepanjang abad yang lalu {sejak 1922 di mana penempatan Timur Tengah adalah atas lakaran kuasa Imperial Britain}, kejayaan kuasa colonial dalam mengekalkan dominasi mereka keatas semua negara itu, penciptaan dan pengukuhan regim otoritarian [di Timur Tengah dan Teluk Parsi], kerja-kerja membalun kekayaan hasil asli negara dan kemusnahan sumber insan, dan dengan itu menjadikan negara-negara Islam ditinggalkan oleh arus kemajuan sains dan teknologi – semua itu semakin menjadi-jadi hanya gara-gara bayangan perpecahan (Islam) yang dalam banyak hal mencaapi tahap perpecahan kaum dan bunuh membunuh sesama saudara mara.”

Jelas, Iran mengejek dan menyindir golongan elit Arab yang sedang mencengkam kuasa. Ada satu komentar terbaru yang berkata bahawa “pangkalan ideologi’ keganasan antarabangsa terletak pada “ sistem kabila yang secara tradisinya tertutup rapat yang wujud di negara Arab di rantau itu.” Komentar itu telah mengejek n konservatif Arab melakukan sesuatu untuk mengggugurkan pemikiran mereka yang ‘tidak bertamaddun dan ketinggalan zaman’ dan sebaliknya mencipta satu strategi yang praktikal untuk merobah sistem politik dengan tujuan agar mereka dapat berdaya saing dengan pembangunan masa kini “ bergerak dalam rangka kerja dan logika demokrasi liberal Barat,” dan tidak lagi terus kekal jumud dan memandang politik dari kacamata fahaman dogmatik (mesti diterima dan tidak boleh disangkal) hasil amalan kabilah yang usang.”
I
Bahaya sebenar yang dihadapi oleh Iran akan muncul di tahun mendatang apabila Arab Saudi digesa bekerjsama dengan AS dan Israel untuk melancarkan serangan terhadap Iran. Pertelagahan sengit yang sedang terukir di Riyadah di kalangan pelbagai istana di kalangan putra-putra raja dan tarik tali tentang cara terbaik melancarkan dasar luar negara mengenepikan penggelonsoran hubungan Iran-Arab Saudi. Menteri Luar Saud al-Faisal sedang gering. Pertelagahan diraja tentang calon penggantinya semakin genting sekarang ini hingga menyentuh isu bagaimana menangani kemunculan pengaruh Iran di Timur Tengah.


Baru-baru ini ‘Washington Post’ telah mengutip sumber yang rapat dengan keluarga diraja Al Saud dan melapurkan bahawa kerjasama AS-Saudi tentang cara menangani Iran akan sama bentuknya dengan tindakan bersama dengan tindakan ‘yang membantu tentera anti-Soviet semasa Moskow menjajah Afghnistan pada 1979-1989.”

Akhbar itu telah mengaitkan kisah pengunduran tergesa-gesa Putera Turki al-Faisal (adik kepada menteri luar sekarang) selepas hanya 16 bulan memberikan khidmatnya sebagai duta Saudi di Washington. Akhbar itu juga memberi sindiran tentang’ pengaruh yang semakin terhakis daripada putera-putera Raja Faisal, yang telah berdekad-dekad mendominasi perkhidmatan diplomatik dan perisikan .” Apa pun Khamenei telah memeram dulu bberapa pekataan berbisa dalam pesanan hajinya untuk pucuk kepimpinan Arab yang pro-Barat yang telah memihak kepada AS an Baritaian (serta Israel) untuk terus menekan Iran.

Khamenei berkata: “Hari ini sebarang tindakan yang memecah-belahkan dunia Islam adalah satu dosa bersejarah. Mereka yang secara niat jahat menggunakan konsep ‘takfir’ untuk mengishtiharkan begitu banyak kelompok manusia sebagai orang yang tidak beriman, mereka yang mengutuk kesucian pelbagai bahagian Islam, mereka yang belot dan menikam belakang pemuda Lubnan yang menjadi sumber kehormatan ummah, mereka yang bercakap tentang keliaran yang sengaja diada-adakan dan kehancuran undang-undang di Iraq untuk menewaskan kerajaan Islam yang popular dan mereka yang menekan kerajaan Hamas yang naik dengan sah di Palestin, sama ada dengan niat ataupun tidak, akan dianggap sebagai petualang, dibenci oleh sejarah dan generasi akan datang, dan akan dianggap sebagai askar upahan kepada musuh yang ganas.”

Iran sedang meneliti dengan sabar pakatan Arab Saudi, Jordan dan Mesir bersama Israe. Bagaimana mereka bergerak di Lubanan dan Palestin. Sesungguhnya Israel tidak pernah teragak-agak membocorkan dari satu masa ke satu masa segala agenda operasi gelap yang dilakukannya bersama Riyadh dan Kaherah. Kerana itu Iran mencemuh dengan lantang rombongan duta khas Liga Arab ke Beirut bulan lalu dan apa yang disebut formula empat unsur bagi penyelesaian di Lubnan bagi pertimbangan Hezbollah.

Pemimpin Ulung Iran, Imam Khamenie, pernah memberitahu Perdana Menteri Palestin dan pemimpin Hamas Ismail Haniya di Tehran pada 10 Disember lalu bahawa melalui ‘penentangan dan kecekalan” orang Palestin pasti akan berjaya menguasai semula tanah mereka yang dijajah dan Hamas boleh meyandarkan harapan kepada sokonga penuh Iran.
.
Sebalik pendirian demikian dan retoriknya, Iran mengharapkan pentadbiran Bush tidak lagi memilikki satu strategi yang jelas mengenai Iraq, dan Washington masih lagi menimbangkan pilihannya. Tehran sedar juga bahawa Washington hanya sudah ketiadaan kayu sakti untuk dimainkannya selain merujuk kepada taktik menekan dan mengacah Iran pada waktu ini.

Soalnya sekarang ketika Iran sudah mula bersikap terbuka menyanggah strategi Anglo-AS, ia sememangnya satu pengakuan wujudnya kesedaran bahawa Washington sudahpun mengalah untuk memulakan satu rundingan terbuka dan berterus terang dengan Tehran. Melampaui taktik penekanan di peringkat diplomatik, kemungkinan melancarkan serangan tentera terhadap Iran sudah menjadi isu terbuka. Pada waktu yang sama Washington semakin tertekan untuk menyekat Iran menjadi sebuah negara yang berpengaruh di rantau itu.

Sudah tentu, Iran mesti kekal berwaspada akan perdebatan di AS tentang kekalahannya di Iraq masih lagi dianggap berasaskan penggunaan strategi satu hala kuasa AS. Sebaliknya inilah yang memaksa Tehran mengkaji sebarang kemungkinan apa kesannya daripada setiap tindakan dan tindakbalas yang akan muncul. Tehran tidak boleh mempunyai kebebasan untuk menggantung keazamannya sesuka hati.

Saya teringatkan kata-kata T.S. Eliot ketika mengimbau perjalanan berliku hubungan AS-Iran ini yang pasti akan menyerlah pada tahun mendatang.: “Bunyi tapak manusia bergema dalam ingatan sepanjang laluan yang tidak kita lalui ke arah pintu yang tidak pernah kita buka untuk memasukki gerbang taman bunga………”

M K Bhadrakumar served as a career diplomat in the Indian Foreing Service for more than 29 years, with postings including ambassador to Uzbekistan (1995-98) and to Turkey (1998-2001).

(Copyright 2007 Asia Times Online Ltd. All rights reserved. Please contact us about sales, syndication and republishing.)
function rmvScroll( msg )

0 Comments:

Post a Comment

<< Home