Tuesday, January 09, 2007

Hukum Gantung yang Cetuskan Ledakan Politik

Hukum Gantung Yang Cetuskan Ledakan Politik
(A hanging, and a political bombshell)
By Sami Moubayed - A Times Online 8 January,2007.

Terjemahan -marhaintua-

DAMSYIK – Di atas pusara bekas presiden Iraq Saddam Hussein terdapat kata-kata ini: “ Inilah pusara al shahid Saddam Husssein, Ketua Turus Angkatan Bersenjata dan presiden Repbulik Iraq. Moga Allah memeliharanya. Beliau lahir pada 1937 dan telah mati syahid pada 2006, Moga anda beristirehat Ya Pahlawan.”

Demikianlah balasangakawa yang mahu diingati oleh anggota keluarga dan para penyokongnya, mati sebagai seorang ‘syahid’ dan ‘wira’ dan mati berjuang kerana Iraq. Mereka telah pergunakan luahan perasaan yang tercetus gara-gara penggantungan Saddam pada 30 Disember di Baghdad. Luahan perasan itu bukan sahaja membuak di Iraq malahan di dunia Islam dan Arab.

Sudah sememangnya, peristiwa yang menyelubungi penggantungan Saddam telah menaikkan amarah puak Sunni di Iraq. Ini termasuk rakaman perisitwa yang dibuat menjadi video dan diedarkan secara meluas merata dunia sehinggakan Perdana Menteri Nuri al- Maliki (boneka Muqtada al-Sadar yang menandatangani waran penghukuman mati) telah menganjurkan satu majlis perkahwinan anak lelakinya beberap jam setelah Saddam mati.

Beberapa minggu sebelum kematian Saddam rupanya ada satu bentuk penyelesaian yang mugnkin dicapai antara golongan Sunni dan Imam Muqtada. Walaupun kedua parti itu telah berantakan sejak pengeboman makam orang Shiah di Samarra bulan Fberuari dulu, mereka telah menerima hakikat bahawa wujud banyak perkara yang terdapat kesamaannya sesama mereka.
.
Kedua-dua golongan ini amat menentang Amerika. Mereka mahukan satu jadual untuk Amerika berundur dan mereka sama-sama marah terhadap satu jadual pertemuan di Jordan antara Maliki dan Presiden Bush. Mereka juga tidak mengingini pengaruh Iran dalam urusan Iraq dan menentang ahli politik yang disokong oleh Iran seperi Abdal Aziz al-Hakim, yang merupakan wakil Iran no. 1 di Iraq dan pemimpin Majlis Tertinggi Revolusi Islam di Iraq (SCIRI). Akhir sekali kedua puak ini menentang pemecahan Iraq dan pengwujudaan wilayah otonomi Shiah.

Sejak 2003 lagi memang wujud pertanda bahawa pakatan otodoks antara Sunni dan Sadris dikira serba mungkin. Pada April 2004, sekadar contohnya, ketika AS menyerang Fallujah, Muqtada telah menghantar bantuan kemanusian (dan juga senjata) kepada kaum Sunni yang terkepung. Pada 2005 Persatauan Cerdikpandai Islam (AMS) telah menduduh Kementerian Dalam Negeri yang dikepalai oleh Shiah menggunakan polis Iraq untuk membalas dendam terhadap orang Sunni. Muqtada telah masuk campur untuk menenangkan keadaan.

Pada bulan November kabinet Maliki telah mengeluarkan satu waran tangkap Harith al-Dari, seorang pemimpin Sunni yang dihormati, atas tuduhan mencetusakn huruhara perkauman, Muqtada telah menunjukkan kesediaan menyokong beliau. Beliau mengutuk waran tangkap itu, kata Muqtada, seandainya Dari meminta roang Sunni tidak menyokong al-Qaeda dan seandainya mereka membantu membina semula makam Shiah di Samarra.

Muqtada menganggap ada tiga jenis kumpulan Sunni: al-Qaeda dan Sadamis (pengikut Saddam yang memang dibencinya), dan Sunni yang bebas. Dia bersedia bekerjasama dengan kumpulan terakhir itu untuk mencapai objektif yang sama dalam memaksa AS keluar daripada Iraq.

Juan Cole yang mengulas banyak hal ehwal Iraq telah menulis betapa Muqtada mampu mewujudkan satu pakatan yang menarik, memandangkan pengaruhnya keatas pelbagai parti dalam Parlimen Iraq. Partinya sendiri memilikki 32 kerusi dalam UIA (United Iraqi Alliance) yang memilikki 128 kerusi yang mendominasi Parlimen. Seandainya Blok Muqtada bergabung dengan puak Sunni, ia mempunyai satu pakatan yang sudah cukup untuk berpecah jauh daripada UIA.

Kemungkinan semua itu menghilang dengan penggantungan Saddam. Hari ini semua orang Sunni sudah menjadi penyokong Saddam (pro-Saddam) Semua mereka telah menyalahkan Muqtada kerana pengantungan itu dengan menganggapnya sebagai tindakan yang sungguh memalukan dan bersifat perkauman. .

Pejabat Muqtada bertindak pantas dan mengutuk orang-orang yang melaungkan “Muqtada” secara berulang-ulang ketika Saddam digantung; dengan berkata mereka adalah individu bertindak secara persendirian tanpa araham Muqtada (ayah Muqtada telah dibunuh atas arahan Saddam pada 1999)

Penjelasan itu sudah terlambat. Lebih banyak cerita telah muncul daripada Baghdad. Ada yang menyebut kisah para algojo yang semestinya Shiah, menghadiahkan tali gantung yang menjerut leher Saddam dulu, kepada Muqtada, sebagai satu lambang terbalas dendam. Saoranga warg Kuwait yang kaya dan membeli tugu besar Saddam yang ditumbangkan oleh Ameriak dulu semasa menakluk Baghdad pada April 2003, kahabrnya sedang berunding dengan Muqtada kerana mahu membeli tali gantung itu sebagia satu tanda kenangan. Saddam elah menakluk Kuwait pada 1991, menyebabkan kematian kira-kira 100,000 rakyat Kuwait semasa Perang Teluk dulu.

Inilah zaman kritikal kepada Muqtada. Menjelang Disember dia sudah semacam kehilangan sokongan orang di sekelilingnya, termasuk Maliki. Dia sudah menjadi tokoh yang mengaibkan kepada perdana menteri gara-gara tindakannya, dan keganasan askarnya Jaysh al-Mehdi (yang disebut oleh Amerika sebagai Mehdi Army dengan symbol akronim JAM).

Apabila Maliki meminggirkan panggilan Muqtada supaya tidak berjumpat dnegan Bush, sudah jelas betapa Maliki mahukan Muqtada keluar daripada lingkungan kerajaan Iraq (di mana orang-orang Muqtada memegang beberapa jawatan penting) dan Parlimen. Muqtada telah berundur.

Beberapa anggota UIA lain, termasuk Hakim, memang tidak menyenangi Muqtada. Lawatan Hakim ke Washington dan bertemu Bush adalah juga pertanda bahawa pasukan anti-Muqtada memang bersatu menentang beliau. .

Sekali lagi kematian Saddam telah merobah semua itu. Percaturannya sekarang ialah “mereka dan kita”. Kaum Shiah yang merasa tergugat oleh pergerakan anti-Shiah yang semakin bergelora di dunia Arab dan Iraq, merasakan perlunya untuk bersatu, termasuk dengan Muqtada. Dia mungkin merupakan bahan yang memalukan, tetapi, imam muda itu mendapat sokongan yang menyeluruh daripada kalangan orang yang miskin di Baghdad.,

Usaha membiarkan dia terus berpengarauh atas kapal Shiah adalah amat penting pada tahap ini bagi UIA. Itulah mungkin sebabnya seorang anggota kanan UIA telah bertemu Muqtada pada Selasa lau, meminta beliu menghentikan usaha memboikot kerajaan dan Parlimen. Muqtda khabarnya telah memberi syarat mahukan satu jadual bila Ameriak mahu berundur barulah dia menyokong Maliki semula.

Dalam satu wawancara sebelum kematian Saddam, Maliki berkata dia tidak membaharui tempohnya sebagai perdana menteri smabil menambah: “Saay tidak mahu jawatan ini. Saya hanya bersetuju kerana saya anggap ia adalah untuk kepentingan negara dan say tidak akan menerimanya sekali lagi.”

M ungkin juga Maliki tidak akan ditaawrkan jawatan itu sekali lagi. Sunni tidak mahu mendengarnya. Besar kemungkinannya semuaya menteri Sunni dalam kerajaan akan keluar dewan dan menjatuhkan pentadbiran Maliki. Antara mereka yang mungkin meletakkan jawatan bukan semestinya kerana cintakan Saddam tetapi kerana menyetujui tindakan orang Sunni, ialah Salam al-Zoubai, timbalan perdana metneri’ Abd al-Qadair al-Obeid, menteri pertahanan, yang pernah menjadi seorang a general di zaman Saddam; Abid Dhiya al-Ajili, menteri pendidikan tinggi (yang begitu marah terhadap pengawal Shiah yang menculik pegawai kementerian beliau pada 2006) dan Hashem al-Shibli menteri hak asasi manusia.

Untuk mengimbangi pengunduran begitu, Maliki perlu menyatukan Muqtada dengan orang Shiah yang lain. Akhbar harian Al-Zaman telah menulis kemungkinan pengganti dibincangkan bagi pihak Maliki dengan menyebut bekas perdana menteri Iyad Allawi, seorang Shiah yang sekular, dan Adel Abdul Mehdi, timbalan presiden SCIRI.

Untuk menjadi seorang perdana menteri Allawi ataupun Abdul Mehdi memerlukan 138 undi daripada Parliemn yang dianggotai oleh 275 orang. Allawi ialah seorang bekas Baathist yang rapat dengan AS, mempunyai peluang tipis untuk memenangai undi terbanyak. Lagipun dia tidak berbaik dengan Sadrist (yang ditentangnya pada 2004) dan anggota UIA yang lain. Puak Sunni akan menyokong beliau, dan dia juga mungkin merupakan pemimpin yang paling bijak dan paling perkasa selepas era Saddam.

Dia mempunyai kesungguhan dan kebolehan menentukan undang undang dan peraturan wujud di Iraq, dan akan melancarakan gerakan terhdap militia (Mehdi Armu dan Pertubuahn Badr daripad a pasukan SCIRI) yang selama ini sengaja dibiarkan oleh Maliki kerana pakatannya dengan Muqtada dan Hakim.

Abdul-Mehdi pernah menjadi seorang calon untuk jawatan perdana metneri tahun lalu dan mempunyai peluang yang baik. Tetapi dia perlu berdamai dengan kumpulan Sadris, sedangkan kaum Sunni tidak akan menyokong beliau kerana cara SCIRI melayan mereka. Dengan demikian dia adalah seorang calon yang tidak ada peluang.


Apapun, sama ada Allawi ataupun Abdul-Mehdi, tempoh tamat Maliki memang semakin dekat dan jurang perbalahan antara Suni dan Shiah akan menjadi lebih luas.

Sami Moubayed is a Syrian political analyst.

(Copyright 2007 Asia Times Online Ltd. All rights reserved. Please contact us about sales, syndication and republishing.)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home