Tuesday, January 09, 2007

A.S. lancar dua serangan keatas Somalia


A.S lancar dua serangan keatas Somalia
(U.S. launches 2 airstrikes in Somalia)
By MOHAMED OLAD HASSAN, Associated Press Writer 52 minutes ago
Terjemahan – marhaintua-

Sekurang-kurangnya dua serangan udara daripada AS telah dilancarkan arah al-Qaeda, kerana mahukan dua orang anggotanya yang bertangggungjawab dengan pengeboman kedutaan AS di Kenya, kata pegawai kerajaan.

Serangan itu dibuat selepas pengganas yang disyakki bersembunyi di sebuah pulau yang terpencil di bahagain selatan Somalia, berdekatan dengan sempadan Kenya. Beberapa saksi berkata satu lagi serangan udara telah dibuat kira-kira 155 batu di bahagian utara tempat serangan awal.

Inilah serangan terbuka yang pertama tahun ini oleh AS di Somalia sejak 1990-an, selepas peristiwa yang kemudiannya difilemkan menjadi “Black Hawk Down” – yang mengorbankan 18 nyawa askar Amerika. (dan seorang pemandu tentera Malaysia).

Presiden Somalia berkata serangan udara AS itu memang kena pada masanya. “AS mempunyai hak untuk mengerbom sarang pengganas yang telah memusnahkan kedutannya di Kenya dan Tanzanya,” kata Presiden Abdullah Yusuf kepada para wartawan di Mogadishu.

Timbalan Perdana Menteri Hussein Aideed memberitahu The Associated Press betapa AS mendapat sokongan kerajaan Somalia.”.

Sekurang-kurangnya sebuah pesawat AC-130 telah digunakan, kata seorang pegawai AS yang menyebutnya Isnin lalu dengan syarat namanya dipengapkan disebabkan sensitifnya operasi itu. Pesawat itu mempunyai alatan pengesan yang sensitif yang mencari sasaran siang dan malam. Inilah pesawt canggih yang telah digunakn secara berkesan, mengesan Taliban di Afghanistan.

Tidak ada pengesahan tentang nasib orang yang diserang ataupun sebarang kemalangan di pihak kerajaan.

Tetapi tentera AS berkata pada hari Selasa ia telah menghantar USS Dwight D Eisenhower untuk menyertai tiga lagi kapalperang yang melancarkan operasi di persisiran pantai Somalia. Kapal induk itu adalah sebahagian armada’ Fifth Fleet’ tentera laut yang berpangkalan di Bahrain.

Jurucakap tentera laut AS Lt. Cmdr. Charlie Brown di Bahrain berkata tentera laut tidak memainkan peranan sokongan dalam serangan AS keatas Somalia

Kapal perang AS sudah lama mencari anggota al-Qaeda yang dikatakan lari daripada Somalia sejurus Ethiopia menyerang Somalia pada 24 Disember.

Perdana Menteri Somalia Ali Mohamed Gedi berkata akhir bulan lalu bahawa militant Islam di Kismayo, yang merupakan bandar nombor tiga terbesar di Somalia, sedang melindungi beberapa orang yang disyakki menjadi pengebom kedutaan Amerika tiu. Mereka adalah Fazul Abdullah Mohammed, Saleh Ali Saleh Nabhan dan Abu Talha al Sudani, seorang warga Sudan yang berkahwin dengan wanita Somali dan telah menetap di Somalia sejak 1993.

Pengeboman kedutaan AS di Kenya dan Tanzanya telah membunuh lebih 250 orang.

Militan yang sama, kononnya bertanggungjawab keatas serangan terhadap pelancung Israel di Kenya yang membunuh 15 orang dan cubaan menembak jatuh satu pesawat Israel pada hari yang sama.

Serangan udara AS itu dilakukan 16 hari selepas tentera Ethiopia menyerang Somalia untuk menghalang kemaraan pergerakan Islamis yang mahu menjatuhkan kerajaan Somalia yang lemah tetapi diiktiraf oleh dunia sejagat. AS dan Ethiopia sama-sama menuduh kumpulan Islamis itu menyembunyikan ekstremis Islam yang juga merupakan penyokong al-Qaeda.

Tentera Ethiopia, kereta kebal dan pesawat juang mengambil masa hanya 10 hari untuk menghalau kumpulan Islamis daripada ibukota Mogadishu, dan beberapa bandar utama.

Serangan AS belaku pada petang Isnin di Pulau Badmadow. Menteri Pertahanan Somalia berkata pulau itu berada di kawasan Ras Kamboni yang dianggap sebagai pangkalan kumpulan pengganas itu. Serangan itu telah dilaksanakan setelah kerajaan mengaku bahawa anggota al-Qaeda memang bersembunii di sana.

Tetapi ada pula seorang saksi bekata bahawa pesawat juang Amerika telah menggugurkan bom keatas sassarannya kira-kira 30 batu di bahagian utara daripada serangannya yang mula-mula.

“Anak leleki saya berusia 4 tahun telah terbunuh sama, “ kata Mohamed Mahmud Burale, kepada AP melalui telefon. “Kami juga mendengar 14 letupan besar .”. Dakwaan Burale itu belum dapat diperakukan.

Selepas dua hari berperag angkatan tentera Ethiopia dan Somalia berkata tentera mereka hampir tiba untuk menakluk Ras Kamboni, di mana pergerakan Islamis sedang berahan.

Pegawai AS berkata sejurus Peristiwa September 11, kumpulan ekstremis dengan hubungan rapat kepada al-Qaeda telah membuka satu pusat latihan di Ras Kamboni dan anggota al-Qaeda dipercayai pernah datang melawatnya. Orang yang menjadi perancng autama (mastermind) dalam pengeboman di Afrika Timur itu, Mohammed, telah lari menyorok di Ras kamboni, mengikut testimoni salah seorang pengbom yang didapati bersalah.

Adalah dipercayai bahawa Mohamed adalah pemimpin sel al-Qada di Afrika Timur.

Pemimpin pergerakan Islamis itu telah bersumpah mahu melancarkan serangan ala gurilla Iraq keatas Somalia, dan timbalan ketua al-Qaeda, Osama bin Laden telah menyeru agar puak militan melancarkan serangan berani mati keatas tentera Ethiopia. .

Pada hari Isnin, presiden sementara Somalia, Abdulah Yusuf, telah tiba di Mogadishu untuk pertama kali selepas beliau dipilih oleh sebuah negara yang sudah lebih satu dekad diwarnai anarki.

Somalia tidak penah mempunyai kerajaan pusat yang berkesan sejak panglima perang setiap kabilanya menggulingkan diktator Siad Barii pada 1991. Selepas itu mereka telah berperang sesama sendiri pula menyebabkan negara di tanduk Afrika itu menjadi huruhara.

Setakat ini sekurang-kurangnya 13 percubaan untuk menubuhkan kerajaan telah gagal. Kerajaan yang ada ini telah diwujudkan oleh PBB pada 2004..
___
Associated Press writers Mohamed Sheik Nor and Salad Duhul in Mogadishu and Chris Tomlinson in Nairobi, Kenya, contributed to this report.

5 Comments:

Anonymous Anonymous said...

The pack of Black - Berry Play - Book Tablet 64Gb is included with a
screen wipe, a pouch case with foam based material, charger, USB cable, and instruction guide.
The specifications are sure to attract every gadget
geek, but anyone who has the opportunity to get their hands on the Play - Book will never want to part ways with it.
One of the first Black - Berry smartphones to feature Black - Berry OS 6, the Torch has been a breath of fresh air to the declining brand.


Here is my web blog: blackberry playbook

6:51 PM  
Anonymous Anonymous said...

At the moment rated #one on the greatest sellers list for digital
media gadgets on Amazon. Could it be that the big media companies want to keep
the two seperate on purpose. A stable internet connection is needed, may it be using a cable-powered connection or wifi.



Here is my website: roku reviews

7:13 AM  
Anonymous Anonymous said...

Is it an advantage or disadvantage to save everything on
the web. The HTC Evo 3D was always going to be a great phone but in order to be successful it needs suitable software to back it up.
The Samsung Chromebook is essentially a laptop that can only surf the internet
and run apps.

Feel free to surf to my blog samsung chromebook reviews

7:53 PM  
Anonymous Anonymous said...

The proceeds where split between, Cancer Research, Mc - Millan Cancer Support and Bart's Hospital East Wing, and dedicated to the memory of David's natural
father Antonio Senezio, who died of cancer in 2007.

You can buy these accessories and also the new
at huge discounts and free shipping too only at. On
the other hand, the Nano worked fine, but after a couple of hours of steadicam work, my arms were getting tired.


Here is my blog ... canon 6d

6:14 AM  
Anonymous Anonymous said...

For the better experience of audio-listening, HTC Desire C provides you with Beats Audio.
Interestingly, the rise in sales of smartphones will come at the expense of declining cell phone sales, currently 90% of the market.
It can also be used to quickly search Google or Wikipedia.


my homepage samsung s4

8:34 PM  

Post a Comment

<< Home