Sunday, December 24, 2006

Komedi Malaysia

22/12:
Komedi Malaysia
(The Malaysian Comedy)
THE STRAIGHT TIMES
Ibnu Hakeem - Malaysia Today.net

Terjemahan –marhaintua-

Semasa saya duduk menulis artikel ini, perkataan ‘komedi’ kerap bermain-main di minda. Untuk menyelesaikan kemusykilan, saya cari makna komedi di internet dan mendapati penjelasan berikut:

”Mengikut pendapat Arsitotle tentang tamaddun Barat, komedi Barat bermula dengan ‘komos’ , yakni satu kumpulan lelaki berkumpulan menyanyi, menari dan bersuka-suka dan berjenaka di depan gambar besar ‘phalus’” Ini bermakna sesuatu komedi itu tidak bermula sebagai satu lakonan di atas pentas membabitkan pelakon dan pakaiannya. Apa ayang disebut komos itu merupakan satu peristiwa ataupun majlis pesta di mana orang ramai bersuka ria dan berfoya-foya secara berseronok dan berjenaka.

Kemudian saya dapat pula penjelasan kepada frasa ‘komedi satira’ – jenis yang dilakonkan di atas pentas.

Tajuk sesuatu satira itu adalah berasaskan gerak laku dan perangai manusia. Wataknya termasuklah tukang kelentong, penjenyaah, penipu,, pembohong, tukang karut, ‘ulat’, hiprokrit dan mereka yang mengejar kemewahan dan kaki temberang, kaki borak, dan tukang karut yang pandai memperdaya mangsa. Komedi satira memaparkan banyak jenis komedi yang lain yang dimulakan dengan merujuk kepada keadaan kemewahan watak utama. Namun, dalam kisah ini watak utama itu boleh merupakan seorang yang bodoh, ataupun memang kuat rasuahnya.

Mungkin ada pengecualian dalam bahagian berunsur phallus, segala bayangan dan gambaran tadi sememangnya merupakan contoh komedi yang masih memaparkan orang yang hdiup di Malaysia. Inilah yang menjadi topi penulisan sayaminggu ini. Orang politik sudah tentu sedang berceria, menyanyi dan berdansa, berlagak dan berfoya-foya, menggunakan wang cukai rakyat Malaysia semestinya, dan kini dengan ada perubahan termasuk menggunakan kapal layar pula.

Perdana Menteri dan ahli keluarganya bersama para pembodek mereka, jemaah menteri kabinet, dan para pembodek mereka juga, termasuk juga para pemimpin Barisan Nasional serta pembodek mereka pula, sudah menjadi satu pertunjukan komedi bikinan Malaysia (made in Malaysia) , menghiburkan rakyat Malaysia tanpa hentinya dengan segala lakonan bodoh dan dungu yang mereka pamerkan.

Sesuatu komedi satira berkisar pada unsur-unsur pemegang watak utama. Namun, dalam hal ini, watak utama itu mungkin seorang yang dungu ataupun memang terlslu korup hidupnya. Inilah satu gambaran yang bertepatan dengan keadaan kita. Perdana Menteri Abdulah Ahmad Badawi telah menafikan beliau pernah berada di Turki untuk melihat kapal layar yang berharga RM30 juta, seperti yang dilapurkan oleh akhbar Turki, Huriyet. Kapal layar itu memang mempunyai nama yang amat bertepatan sekali, sempena jenis seekor ular (tedung). PM dilapurkan telah berkata bahawa dia akan meminta akhbar tersebut membuat satu pembetulan, tetapi setakat ini belum pun terjadi. Ini mungkin satu helah sahaja, tetapi tanpa sebarang pembetulan daripada Turki, siapa pula yang akan membuatnya?

Perdana Meneri pernah berkata bahawa wakil rakyat dan keluarga mereka perlu mengishtiharkan harta. Ancaman PM ini tidak pula mengambil kira seorang pelawak politik di Kelang yang mendapat sumber pendapatan daripada restoran sate yang dibinanya secara haram dan beliau juga yang membina sebuah mahligai bernilai RM5 juta – semuanya hasil penjualan satenya konon? Kemudian PM mengistiharkan ahli keluarga beliau tidak perlu mengishtiharkan harta mereka. Bukankah ini satu komedi.

Lelucon yang paling terhangat di Malaysia ialah kisah Bank Negar mengeluarkan duit syiling yang dihiasi wajah Perdana Menteri Inilah pertama kali Bank Negara mengeluarkan duit syiling sendiri dan menggunakan wajah seorang perdana menteri yang masih bernyawa sebagai penghiasnya. Jelas bagaimana Gaboner Bank Negara, Zeti Aziz sudah pandai melaksanakan budaya membodek ke tahap yang menggelikan kita. Sementara itu kita harus ingat belum ada duit peringatan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-50 tahun. {Catatan penterjemah – Zeti Aziz mungkin mengikut arahan si anak menantu yang mahukan duit syiling dicetak begitu.}

Kita boleh melihat gambar Perdana Metneri sedang tidur ataupun berdengkur semasa menghadiri majlis orang ramai, di internet. Nampaknya begitnilah gambran pentadbrian beliau juga. Tetapi PM nampaknya tidak ambil peduli langsung. Dia semacam tidak peduli apa yang sedang berlaku di sekelilingnnya. Dia mudah tertidur begitu sahaja

Kerajaan telah bertindak cepat mengenai kenaikan harga minyak tetapi harga minya dunia sudah turun sekarang ini sehingga lebih 20% daripada harga puncaknya, harga minyak negara tidak pula dikurangkan. Malahan di India yang telah merana kerana campurtangan kerajaan yang menyeluruh dalaam ekonomi negara, telah menurunkan harga minyak. Disebabkan keengganan kerajaan makanya inflasi semakin menjadi-jadi di Malaysia.
Baru-baru ini Kerajaan telah mengumumkan dengan bangganya pengagihan RM1.1 bilion pada bulan Oktober sahaja kepada 30,000 Kontraktor Bumiputra Kelas F. Tetapi berapa banyakkah prodaktiviti yang telah disumbang kepada ekonomi negara.? Papan tanda jalan dan penampan tepi jalan sudahpun bercat. Jalan telah dikorek untuk dibaikki banyak kali terbiar dan terbengkalai kerana kerja yang tidak selesai. Ini adalah disebabkan kontaaktor kecilan itu hilang entah ke mana sejurus wang dibayar kepada mereka. Aduan semacam ini memang ada kebenarannya. Tetpi adakah sesiapa yang ambil peduli?

Demikianlah kisah salah guna wang pembayar cukai. Kalaulah kerajaan berjaya menarik pelabur asing, meggalakkan pelaburan tempatan secara besar-besaran, membesarkan sektor pembuatan, menambah pekerjaan dan menggerakkan ekonomi, barulah kontarktor Kelas F dapat bisnes dan menjalankan perniagaan dengan daya usaha sendiri. Akan tetapi ketiadaan sebarang pertanda bagaimana mahu menarik pelabur asing sambil berdaya saing dengan barangan daripada Chian, Vietnam dan Indonesia, pemberian wang ihsan sebanyak RM satu bilion adalah satu-satunya jalan terbaik yang mampu difikirkan oleh kerajaan.

Malangnya sebahagian besar penduduk di negara ini turut tidur bersama PM mereka. Mereka seolah-olah tidak sedar betapa negara ini sedang menuju satu bencana ekonomi dan politiknya Keadaan ini lebih memburuk disebabkan para menteri turut berubah peranan menjadi orang yang sentiasa lapar, bernafsu serakah yang tidak ada hadnya. Mereka lebih rela berlagak bodoh. Mereka lebih rela melihat negara sendiri jatuh menggelonsor daripada menendang keluar si PM.

Dengan janji mahu melanjutkan lelucon yang ada, anak menantu PM sedang cuba mengusahakan agar Malaysia menjadi tuan rumah Olympics pada 2020 nanti. Ini hanya 4 tahun dari sekarang. Dan dia mengandaikan bahawa dia akan menjadi Perdana Metneri ketika itu nanti.

Sepatutnya rakyat Malaysia sudah mula panik. Mengikut kata seorang tua: “Tikus sudah mula memamah kapal bernama ‘SS Malaysia’. Eloklah cari pelampung yang berdekatan. Ini bukan satu latihan semata-mata.

Saturday, December 23, 2006

Banjir Di Bahagian Selatan

BANJIR DI BAHAGIAN SELATAN
(Floods in the South)
IBNU HAKEEM - Malaysia Today.
23.12.2006
Saudaraku Rakyat Malaysia,

Terjemahan -marhaintua-

Bahagian Selatan semenanjung Tanah Melayu, - Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan sebahagian selatan Pahang sudahpun dihenyak teruk oleh banjir. Mungkin tidak ramai rakyat Malaysia yang sebenarnya sedar betapa seriusnya masalah ini. Kita hidup di satu kawasan yang begitu banyak bencananya memang tidak menakutkan kita. Memang tidak terfikirkan ketika kita menonton Astro di Kuala Lumpur, kira-kira 150 kilometer jauhnya di Johor ramai penduduknya yang terpaksa memanjat bumbung rumah dan mengutip air hujan untuk diminum.

Sesungguhnya sebahagain besar Segamat sudah pun ditenggelami air sehinga paras dada sejak tiga hari. Air Sungai Segamat yang mengalir di tengah-tengah bandar itu belum lagi surut. Semua jalan menghubungi Segamat masih tenggelam. Orang segamat tidak mempunyai bekalan air bersih dan letirik dan ramai yang meminum air hujan sejak dua hari lalu. Jalan masuk ke Tampin pun sudah terputus. Sebaik sahaja anda keluar daripada Lebuhraya Utara Selatan jalan menghala ke Tampin sudah pun ternggelam.

Usaha bantuan kerajaan memang jelas tidak mencukupi kerana tidak ada persediaan yang secukupnya untukmenghadapi bencana sebesar ini. Mengikut lapuran Kerajaan bahagian selatan semenanjung telah mencatatkan rakaman hujan yang paling lebat sejak 100 tahun. Kita mempunyai bekalan air bersih yang secukupnya, begitu juga makanan, perubatan dan bekalan lain yang diperlukan tetapi kita tidak mempunyai cara yang secukupnya untuk mengangkut perbekalan itu dengan berkesan kepada kawasan yang dilanda banjir. Terlalu banyak kawsan yang banjir dan terlalu kurang sampan dan trak untuk digunakan.

Lapan puluh bot telah dihantar kepada enam negeri. Ini ternyata tidak mencukupi. Eloklah kita tidak menyalahkan Kerajaan dengan kelemahan ini kerana tidak siapa yang sudah bersiap sedia untuk menghadapi hujan lebat yang seperti ini sekali dalam satu ratus tahun.
Kita perlukan pasukan tentera darat, tentera laut dan tentera udara untuk meningkatkan bantuan.

Angkatan tentera darat mempunyai ‘Handalan’ dan trak tanah lasak, ‘Condors’ dan Kereta pengankut yang lain.- kebanyakan pengangkutan jenis ini memang mampu meredah banjir yang kebanyakannya setakat dada manusia. . Kita perlukan semua pengangkutan jenis ini secepat mungkin. Pasukan tentera udara perlu mengeluarkan semua helikopternya dan tentera laut perlu menggembeling bot kecil, pelampung dan bot-gempur secepat mungkin Semua ini perlu dilakukan sekarang.

Saya bersama kawan-kawan telah bersiap dengan rencana bantuan kami untuk berkonvoi ke Johor tetapi telah diberitahu bahawa semua jalan ke kawasna berkaitn telah terputus. Sebaik anda keluar daripada lebuhraya Utara Selatan anda akan dapati jalan kampung sudah pun tenggelam. Semua itu adalah pekan besar. Kami tidak tahu apa agaknya keadaan di pekan-pekan kecil dan perkampungan yang meminggirinya.
Eloklah gunakan media ini untuk saling bermaklumat. Apa yang kita perlukan ialah maklumat yang cepat disalurkan melalui pon selular, dan internet supaya kita mudah dapt tahu siapa yang amat memerlukan air bersih dan makanan ataupun perubatan untuk para pesakit.

Kita tidak perlukan bantuan asing. Insyaallah air akan surut juga dan banjir akan mengehilang dalam bberapa hari sahaja. Akan tetapi air minum yang bersih, dan bekalan makanan yang segar mungkin tidak mudah diperolehi sebegitu cepat. Penduduk yang menjadi mangsa banjir masih memerlukan bantuan. Johor dan Melaka bukannya jauh sangat. Pengusaha warong, pekerja am, peniaga runcit, rakyat marhaen dan orang lain tidak akan dapat menyambung hidup normal daam waktu yang singkat.

Sudara-saudara rakyat Malaysia sekelian,

Marilah kita usahakan bantuan kita bersama. Bukannya mahal sangat untuk mendapatakn air minuman berbotol, mihun, ikan bilis ataupun ikan sardin dalam kereta anda ataupun 4WD (pacuan empat roda) untuk membolehkan anda memandu ke Melaka dan Johor dan serahkan bantuan kepada rakyat di sana. Saya yakin mereka memang menghargai bantuan anda.

Paklah: Risaukanlah Periuk Nasi Rakyat, Pula.

TAG 2270: Paklah, Risaukanlah Periuk Nasi Rakyat, Pula
(Pak Lah, Worry About the Rakyats’ Rice Bowl Instead)
Oleh: M. Bakri Musa ditulis bersama Din Merican - MalaysiaKini dan -Laman M@RHAEN

Terjemahan -marhaintua-

Awal kata: Ini bukan masanya untuk kita bermuka-muka dengan individu sahaja. Inilah masa untuk berbaik sangka dengan semua rakyat Malaysia dan risaukan perihal periuk nasi mereka.

Sempena melangkah masuk gerbang tahun keempat sebagai Perdana Menteri, Abdullah Badawi masih belum faham lagi. Dia terlalu prihatinkan periuk nasi anak menantunya dan bukan perihal periuk nasi rakyat jelata. Oleh kerana dia tidak boleh bercakap angkuh perihal kejayaan ekonomi negara di bawah kepimpinannya, Abdullah hanya mampu membesar-besarkan kisah kekayaan anaknya. Apakah hebatnya kalau anak (dan juga menantunya) yang kaya-raya kalau seluruh negara menjadi papa kedana?


Sudah sampai masanya untuk seseorang memberitahu Abdullah bahawa dia dipilih untuk memimpin Malaysia bukan untuk menjaga kepentingan anggota keluarga dan para kroninya. Para penasihat dan anggota keluarga telah meyakinkan beliau bahawa sesiapa yang mengkritiknya mempunyai niat mahu menjatuhkannya. Seandainya Abdullah terus berdegil dengan gaya hidup ini, percayalah bahawa kepercayaannya begini akan termakbul juga.

Sepatutnya Abdullah memikirkan nasib seorang lagi pemimpin negara yang menghabiskan masa menjaga periuk nasi anggota keluarganya. Kejatuhan Suharto gara-gara nafsu serakah itu memang buruk untuk diri dan ahli keluarganya, malahan juga kepada Indonesia.

Abdullah berselindung di sebalik tuduhannya bahawa para pengkritik suka menabur fitnah dan ini adalah satu tuduhan keras dari sudut agama. Namun, ini juga merupakan satu gambaran betapa seorang ahli politik yang tidak berwibawa mencari perlindungan di sebalik agamanya.

Kerana telalu malas, Abdullah memang suka memerap dirinya dan sekali gus berselindung daripada kenyataan yang penuh pancaroba. Itulah sebabnya beberapa bulan dahulu dia sanggup berkata bahawa dia hanya baru memanaskan badan. Kini dia mengumumkan puas hati dengan prestasinya. Nampak sangat dia mudah merasa lega sambil mendedahkan itulah satu keselesaan daripada jangkaan yang amat rendah tahapnya.


Sikap Orang Ramai Yang Suka Membisu


Abdullah ternyata tidak sensitif kepada penderitaan golongan miskin gara-gara menarik-balik subsidi minyak. Tuntutan pegawai kerajaan agar diberikan kenaikan gaji 40 peratus menunjukkan betapa naiknya kos sara hidup dan menurunnya taraf hidup.

Janjinya dulu tentang tender terbuka dan saingan pembidaan sudah dilupakan kini projek mega seperti jambatan kedua Pulau Pinang dan istana baru telah diberikan tanpa banyak perbincangan ataupun proses tender yang formal. Abdullah masih lagi belum menafikan bahawa pengagihan RM600 juta kepada ketua UMNO bahagian semasa Perhimpunan Agung Tahunan dahulu, adalah satu gelagat dan sifat buruk politik wang yang sungguh mahal harganya. Enam bulan selepas beliau membatalkan projek jambatan bengkok di Johor, masih belum ada lagi penyata akaun yang penuh akan kos menyeluruh termasuk pembayaran denda yang sungguh tinggi. Abdullah membazirkan beratus juta ringgit mengongkosi projek Monsoon Cup untuk satu temasya lumba kapal layar yang tidak pun menarik minat rakyat jelata di Malaysia.

Perangai para penasihat beliau di Tingkat Empat, Jabatan Perdana Menteri, yang mementingkan diri sendiri memang boleh difahami. Ketahanan mereka di jawatan itu amat beragantung kepada keupayan mereka menghiburkan si orang tua. Antara ahli keluarganya pula memang wujud budaya kesetiaan mengikut tradisi Asia di mana si ayah tetap betul, si anak lelaki (dan juga anak menantu) tetap laksana putera diraja. Inilah yang tidak akan merobah minda orang Melayu, tidak kiralah kalau berkelulusan Oxbridge ataupun tidak.

Yang lain-lain itu memaparkan saki-baki budaya Melayu feudal: di mana apa yang sultan kata adalah kata keramat, kalau dicabar mengundang musibah. Kesusasteraan Melayu Klasik memang penuh diwarnai dengan wirawan yang dianggap menderhaka dan (kerana itu menanggung padahnya) kerana keberanian membetulkan cara hidup sultan yang songsang. Hang Tuah merupakan satu-satunya pahlawan yang paling tersohor. Apa sahaja yang dikehendaki oleh sultan, pasti disempurnakan. Lantas, Abdullah kini berlagak laksana sultan jadi-jadian. Tentunya tanpa watikahnya ataupun gema diraja.


Seorang Pemimpin Sahaja Tidak Akan Menghancurkan Sebuah Negara (It Takes More Than A Leader To Destroy A Nation)


Kesan legasi peninggalan penjajah British, negara kita dicengkam oleh undang-undang dan pelbagai institusi. Undang-undang dan segala institusi itu telah diwujudkan berasaskan wujudnya pemimpin yang terhormat dan individu yang berwibawa untuk berkhidmat dengannya. Akan tetapi kalau wujud pemimpin yang korup dan tidak berguna, undang-undang yang baik-baik pun akan diketepikan dan institusi yang mulia pun boleh dirobohkan.

Abdullah tidak boleh menghancurkan Malaysia berseorangan diri, sikap dia yang berdolak-dalik adalah penentuannya. Namun, kerana dia lembik dan kerap serba tidak tahu akan tugasnya membolehkan orang lain menghancurkan negara kita. Kalau perkara ini berlaku, kesalahan mesti ditanggung oleh para penasihatnya, jemaah menteri, ahli politik yang bepengalaman, cerdik pandai dan pegawai perkhidmatan kerajaan. Mereka inilah yang merelakan terjadinya fenomena itu.

Memang terdapat segelintir orang yang berwibawa dalam kabinet Abdullah, tetapi mereka telah sengaja berdiam diri. Mereka itu sengaja mementingkan periuk nasi sendiri tanpa memikirkan masa depan negara, ataupun mereka memang merelakan kelentungan dan ketidakcekapan Abdullah. Ataupun kedua-duanya sekali. Kita masih ternanti-nanti kemunculan rakyat negara ini yang berwatak laksana Robin Cook ataupun Paul O’Neil dalam kabinet Abdullah. Inilah orangnya yang sanggup melepaskan jawatan dalam kabinet untuk menunjukkan ketegasan pendirian mereka terhadap pemimpin yang sudah menyongsang. Baru-baru ini satu kumpulan warga Amerika yang sudah bersara dan mempunyai pendirian tidak menyebelahi sesiapa telah memberitahu Presiden secara terbuka dan tegas betapa dasar beliau di Iraq memang amat pincang.

Sebagai Presiden UMNO, Abdullah memang bertanggungjawab kepada anggota partinya. Apabila dilihat gelagat mereka pada Persidangan Agung UMNO yang terbaru ini, usahlah diharapkan mereka mampu melaksanakan peranan imbang dan periksa. Kalau para menteri dan ahli-ahli UMNO tidak mampu melaksanakan peranan demikian yang amat diperlukan, tentu ada anggota Majlis Tertinggi UMNO yang patut melaksanakannya. Kebanyakan anggota Majlis Tertinggi itu, kecuali segelintir pilihan Abdullah yang pasti taat dan setia kepadanya sahaja, adalah dipilih oleh anggota parti. Sudah tentu kita mengharapkan mereka akan bersikap bebas. Sebaliknya, mereka juga ternyata diam membisu.

Kalau kita lihat senarai warga Malaysia yang ternama dan kini sudah pun bersara, tentu kita kagum dengan pencapaian dan sumbangan mereka dalam dunia akademik, professional dan perkhidmatan awam. Mereka juga turut diam membisu. Seandainya mereka setuju dengan arah tuju negara, mereka sepatutnya bersuara memberikan sokongan sebagai satu galakan kepada pucuk kepimpinan untuk meneruskan kecemerlangan mereka. Seandainya mereka tidak setuju, adalah menjadi tanggungjawab untuk menyuarakan keprihatinan mereka. Takkanlah keseluruhan Negara ini sudah secara tiba-tiba dicengkam kedunguan yang menghasilkan harapan yang rendah. Kita tidak boleh mendapat penjelasan lain kenapa wujudnya sifat diam membisu yang memusykilkan ini.

Ada satu peribahasa Afrika yang berbunyi: ia memerlukan sebuah kampung untuk membesarkan seorang kanak-kanak. Jika demikian, tentu kita memerlukan lebih seorang pemimpin untuk menghancurkan sesebuah negara. Tidak mungkin Saddam mampu menghancurkan Iraq tanpa bantuan para penglaksana di sekelilingnya. Mereka juga harus dipersalahkan.

Kesedaran akan muncul juga apabila rakyat Malaysia menyedari sebuah jurang yang dalam, dan ketika itu kita akan menyalahkan Abdullah. Waktu itu nanti kita mesti menyumpah seranah mereka yang turut bersekongkolan: para menterinya, para cerdik pandai dan golongan intelek yang kini memuji-muja Abdullah. Sepatutnya mereka bermenung dahulu dan menyemak kembali kecenderungan mereka, untuk menyuntik keberanian menyedarkan Abdullah hakikat sebenar sebelum para pengundi membuat penentuan dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Abdullah pernah mengaku sendiri betapa dia tidak pandai mengurus masa dan itu tidak boleh diterima sebagai satu alasan darinya. Perangai Abdullah yang amat mudah hilang tumpuan dan .kerap terlelap dan berdengkur seharusnya tidak boleh dibiarkan. Kalau tugas itu merupakan satu bebanan kepadanya, adalah menjadi tanggungjawab para penasihat, menteri dan pemimpin kanan UMNO, kepada negara untuk menasihati Abdullah agar bersara dan membiarkan orang lain yang lebih berupaya untuk mengambil alih tugasnya.

Ini bukan masanya untuk bermuka-muka kepada mana-mana individu; Ini adalah masanya untuk berbuat baik dan berjasa kepada semua rakyat Malaysia dan memikirkan masa depan periuk nasi mereka. Untuk terus berdaya saing, rakyat Malaysia, para pemimpin dan pengikutnya mesti bekerja keras dan bertindak bijak. Malaysia tidak perlu mahupun merelakan seorang pemimpin yang kuat berdengkur.


- 23.12.2006. (suntingan M@RHAEN)

Thursday, December 21, 2006

Senator Norhayati Onn Dakwa Sering Dipanggil Pelacur Oleh Suami

Senator Norhayati Onn dakwa sering dipanggil ‘ pelacur ’ oleh suami…
December 20, 2006 : 01.21 PM--->




Senator Datin Paduka Norhayati Onn,Exco Pergerakan Wanita UMNO dan anak kepada Pengerusi Tetap UMNO Malaysia Tan Sri Onn Ismail baru-baru ini berdepan dengan heboh mengenai penyebaran gambar yang cuba mengaitkanya dalam aksi intim dengan ahli parlimen Gombak Datuk Dr Rahman Ismail.

Kedua-dua mereka menafikan ada apa-apa hubungan atau pernah bergambar bersama dalam keadaan begitu . Kata mereka gambar itu diadunkan secara superimpose oleh pihak yang ingin mencemar imej mereka.

Selasa perhatian kembali bertumpu kepada Norhayati,44 bila kes tuntutan cerainya secara fasakh dari suaminya Mohd Suffian Abdul Aziz,bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Klang mula dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Klang.

Tuntutan berkenaan difailkan ke mahkamah pada awal September lalu.

Norhayati yang juga Timbalan Ketua Wanita UMNO Selangor dalam keterangannya antara lain mendakwa dia sering dipukul oleh Suffian apabila mereka bertengkar disebabkan sikap cemburu buta suaminya.

Dakwannya ada waktu-waktunya dia dipukul menggunakan kayu golf, kunci, kasut dan malah pisau.

Juga dakwanya pernah pada tahun 1992, SuFfian memukulnya sehingga mukanya berdarah manakala pada tahun 1997 tangannya retak.

Semasa menerima rawatan,katanya dia memberi alasan kepada doktor ia luka akibat terjatuh.
Kata Norhayati dia tidak pernah membuat laporan polis kerana ingin menjaga nama baiknya dan juga ingin memberikan peluang kepada suaminya untuk berubah.

Selain tidak pernah memberinya nafkah sejak mereka mendirikan rumahtangga pada tahun 1983 ,dakwannya Suffian banyak kali memanggilnya pelacur dan "betina sundal" jika melihat dia bercakap dengan lelaki lain.

Dakwannya dialah yang membayar sewa rumah, makanan dan juga hutang lapuk Suffian, termasuk pinjaman dengan ceti haram.

Menurut Norhayati dia mahu berpisah kerana mendakwa rumahtangganya dipenuhi penyeksaan mental dan fizikal.

Katanya anggota keluarganya tahu mengenai penderaan yang dialaminya.

Katanya sekalipun pernah diminta oleh bapanya agar kembali kepada Suffian dia tidak akan berbaik semula kerana sudah tidak tahan dengan apa yang dilakukan terhadapnya.

Keterangan itu didengar oleh Hakim syarie Mohd Fouzi Mokhtar.Peguam Norhayati ialah Khardee Mohd Shaari manakala peguam Suffian pula ialah Mohd Burok.

Perbicaraan kes ini akan disambung pada 9 Januari ini.- 19/12/2006
Dipetik: Dr. Agendadaily.

Wednesday, December 20, 2006

Rencana Bush Mahu Menang di Iraq Didedahkan

Rencana Bush Mahu Menang di Iraq didedahkan.
(Iraq: Bush’s plan for victory revealed)

Ali Cordoba with Kazi Mahmood - http://www.worldfutures.info/

20 Disember 2006.
Terjemahan – marhaintua-

Untuk meneruskan pertumpahan darah di Iraq, satu jenis serangan ala Fallujah dan penghapusan angkatan tentera puak Sunni adalah sebahagian daripada strategi baru yang akan didedahkan oleh Georgge W. Bush selepas Krismas 2006. World futures boleh dedahkan sebahagian strategi meneyluruh serangan itu, yang merangkumi pencarian dan pemusnahan sasaran Mujahideen dan para penyokong mereka dalam usaha terakhir Bush mahu membuktikan betapa dunia sidah terkhilaf tentang strategi perang Iraq. Sekali lagi pentadbiran Bush digugat oleh tekanan daripada pergerakan neo kon di Washington. Rumah Putih sedang mengangkat segala intipati rencana neokon tentang cara menyelamatkan campurtangan tentera Amerika di Iraq dan cuba memberikannya wajah baru setelah dilakukan penghapusan anak-anak Sunni dan orang muda mereka dalam apa yang dianggap sebagai ulangan peristiwa di Fallujah.

Rencana untuk menentukan kemenangan AS di Iraq adalah seperti berikut:

Pelan A – Menambah kekuatan tentera AS di bumi Iraq (penambahan in akan meningkatkan keperkasaan kombat dan sekaligus menolak cadangan ISG (Iraq Study Group’s Plan)

Pelan B – Serahkaan Iraq kepada NATO (bererti Turki – yang menganggotai tentera NATO dan sebuah negara yang didominasi Sunni akan digunakan untuk berperang terus menentang pejuang Sunni. Akhirnya Turki akan menjadi satu penampan terhadap kemungkinan bangkitnya revolusi Shiah di Iraq).


Pelan C – Campurtangan PBB di Iraq dengan kemungkinan menggunakan tentera Islam daripada negara OIC.

Rencana Amerika untuk kejayaan adalah bersandarkan strategi lama Washington dalam menyelamatkan bandar dan menyekat kemalangan orang awam seperti semasa Perang Vietnam dulu. Pentadbiran Amerika di bawah Bush akan mendesak Kongres dan Senat agar meluluskan dana yang lebih banyak untuk mengekalkan askar kombat menetap di Iraq selepas selesai missi pencarian dan pemusnahan mereka di sana.

Kejayaan NATO yang terhad di Afghanistan di mana para pejuang telah meningkat berpuluh kali ganda dan ratusan tentera khas asing telah terbunuh mungkin mendinginkan keghairahan pusat pemerintahan NATO untuk mengambil alih kemudi di Iraq. Peranchis sudahpun menarik askarnya di Afghanistan setelah meningkatnya aktiviti Taliban dan pejuang Sunni di sana. Sejak 2003 Peranchis telah kehilangan lebih dari 20 orang anggota pasukan khasnya.

Kanada mungkin mengkaji semula keputusannya untuk menyertai tentera di Afghanistan di mana ia sudah kerugian beberapa pertembungan angkatan khasnya menentang kumpulan Taliban.


Jarman yang tidakpun memainkan peranan penentuan ketenteraan dalam konflik di Afghanistgan dan Iraq, akan diminta membekalkan askar kombat untuk melancarkan operasi baru di kedua negara. Ini akan menguji sokongan Angela Merkel dalam pembabitan askar Jarman berperang terhadap apa yang dikatakannya keganasan tetapi sumber berkata bahawa Jarman mungkin dihantui sindrom Perang Dunia Kedua dalam rencana untuk menghantar aksar kombat berjuang bersebelahan askar Amerika dan British di mana sahaja di dunia ini.

Bagaimana pun Washington bersedia untuk berperang sendirian – walaupun Britain mungkin menarik balik askarnya daripada Iraq bermula 2007 – dan besar kemungkinannya Bush akan menggunakan Pelan A yang akan menggugat masa depan tentera Mujahidin Sunni di Iraq.

Peringkat seterusnya dalam Strategi Pelan A adalah untuk meneruskan usaha diplomatik dengan negara Islam seperti Arab Saudi (majoriti Sunni) dan beberapa negara OIC yang utama. Usaha diplomasi ini adalah bertujuan meminta negara Islam memulakan perbincangan dengan pejuang Sunni di Iraq sebagai usaha menyekat pertumpahan darah terhadap mereka oleh tentera kombat bersekutu di Iraq.

Dalam ucapan Pra Krismas beliau mengenai konflik Iraq, Bush akan menekankan bahawa kemenangan di Iraq amatlah penting kepada keselamatan Amerika. Kekalahan akan menjurus kepada konflik serantau, bencana kemanusiaan, dan peningkatan keganasan global, (kononnya). Dengan menonjolkan segala parameter ini, Bush akan bertegas bahawa tentera Mujahiddin Sunni perlu dimusnahkan sebagai usaha untuk menjamin keselamatan di negara itu.

[hehehe...otak semput dah ni...sekarang mahu musnahkan orang Sunni....di Malaysia dan Indonesia pun Sunni gak kan???]

Tentera Amerika sudahpun memilih Baghdad sebagai pusat tumpuannya dalam serangan baru ini yang akan bermula sejurus selesai ucapan Bush. Bush akan mengumumkan kepada dunia bahawa usaha diplomasi beliau untuk menghapuskan keganasan di Iraq dengan mendapatkan kerjasama jiran Iraq – Iran, Syria, dan Arab Saudi, telah pun gagal. Dia juga akan menyatakan bahawa proses politik yang dikuatkuasakan di Iraq sejak 2004 untuk menumpaskan pejuang berani mati telah gagal dan hanya akan menjadi peringkat kedua dalam satu dasar baru Iraq oleh pentadbirannya.

Kemungkinan menyingkir Noor Al Maliki, seorang pemimpn Shiah, sebagai Perdana Menteri Iraq adalah sebahagian strategi berlapis Pelan A. Maliki dilihat seabgai kurang tegas keatas masyarakatnya yang melakukan kebanyakan pengboman terhadap penduduk Sunni di Baghdad. Namun, AS percaya ini tidak akan dikira sebagai strategi perang yang cukup menyeluruh terhadap pejuang Sunni itu.

Strategi Iraq yang baru mahu digunapakai oleh Bush berpunca daripada pelbagai memo yang muncul daripada kumpulan neokon di Washington. Kumpulan ini sudahpun menubuhkan satu kumpulan kajian yang baru yang mahukan tambahan angkatan tentera Amerika yang perkasa dikekalkan di Iraq. Tujuan strategi ini, kata kumpulan yang dikepalai oleh Frederick Kagan, seorang anggoa ‘resident scholar’ di American Enterprise Institute dan bekas profesor madia sejarah ketenteraan di Akademi Tentera AS, ialah untuk menyelamat dan melindungi kawasan tertentu di Baghdad. Apabila diterjemah kepada terma ketenteraan, ini bermakna mencari dan memusnahkan pasukan Mujahidin Sunni dan menafikan senjata kepada militia Shiah yang sekarang ini di bawah lindungan dan naungan Kementerian dalam negeri Iraq.

Sumber perisikan Arab telah mengumpul maklumat bahawa pentadbiran Bush akan mengenakan tekanan keatas Iran dan Arab Saudi, yang dilihat sebagai kumpulan yang paling berpengaruh keatas negara Shiah dan Sunni, dan , terhadap pergerakan pejuang Iraq (baik Sunni ataupun Shiah). Teheran dan Riyadh akan diminta membantu kumpulan etnik pilihan mereka dan menyokong strategi baru AS untuk menang di Iraq.

Satu pelan neo-kon yang berbeza telah diserahkan kepada Bush semasa pertemuan peribadi antara Bush dan para penasihat beliau dalam kumpulan PNAC (Project for a New American Century Group) yang ditubuhkan oleh beberapa orang neokon di Washington. Pelan ini mendesak agar tentera AS melindungi penduduk Iraq daripada serangan pejuang dalam usaha untuk menyekat usaha membesarkan perang saudara di Iraq.
Kumpulan itu yakin bahawa pejuang Iraq tidak ada pilihan lain kecuali berdepan dengan tentera AS di jalanraya Baghdad seandainya mereka tidak dapat menyerang sasaran orang awm. Ini akan membolehkan tentera AS menyerang musuhnya di jalanraya Baghdad secara perang terbuka, dengan sokongan logistik yang canggih dan juga bantuan udara. Tentera darat kemudiannya akan mampu menghapuskan penyerang Sunni dan ancamannya daripada bumi Iraq.

Bush akan didesak oleh kumpulan neokon dan par apenasihat poltik beliau menggunkaan peprangan baru di Iraq itu dan menyalahkannya keatas kumpulan yang begitu masyhur dan tidak pernah wujud bernama Al Qaeda, sebagai usaha mendapatkan kejuaran politik dan untuk mendapatkan sokongana sebanyak negara yang mungkin dalam rencana berunsur Machiavellian untuk menghapuskan orang Islam di negara mereka sendiri.

Pentadbiran Bush berkemungkinan menghantar lebih 20,000 askar kombat di Iraq secepat mungkin utnuk menentukan rencana mencapai kejayaan. Missi mereka adalah membersihkan penempatan Shiah dan Sunni daripada pasukan pejuang yang menggugat keselamatan mereka. Tentera kombat AS akan tinggal terus di Iraq untuk menjamin keselamatan dan menangani kumpulan pejuang yang akan cuba mengkucarkacirkan kedamaian di Baghdad.

Kumpulan neokon mendesak Bush agar menang di Iraq, kerana takut kesan yang lebih memudaratkan dasar mereka selepas tamatnya kuasa presiden Bush. Mereka percaya tidak ada sebab untuk mempercayai kemenangan Republikan dalam pilihanraya Presiden pada 2008 nanti. Lantas, mereka berpendapat, kegagalan di Iraq hari ini akan memerlukan pengorbanan yang lebih besar esok hari dalam keadaan yang lebih menekan. Mereka juga menyedarkan rakyat Amerika bahawa iltizam nasional untuk menang waktu ini akan membuktikan kekuatan Amerika kepada “kawan-kaawan dan lawan kita di merata dunia.”

-marhaintua-

Peluang Perubahan Yang Dilepaskan oleh Malaysia

Peluang Perubahan Yang Dilepaskan oleh Malaysia
(Malaysia's squandered reform chance)
By Ooi Kee Beng - Asia Times Online
20 Disember, 2006

Terjemahan: -marhaintua-

Sejurus Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Aham Badawi mengambil- -alih puncak kuasa pada Oktober 2003, beliau telah mengumumkan betapa negara itu amat memerlukan satu perubahan ekonomi yang menyeluruh,. Sejak pengumuman tersebut pemimpin yang bersuara lembut itu tidak menikmati ketenteraman.

Stail kepimpinan beliau yang tertunggu-tunggu dan berhati-hati menyebabkan ramai rakyat Malaysia bukan sahaja hilang sabar dengan rentak dan halatuju kerajaannya yang satu ketika dulu mempunyai program perubahan yang amat dibanggakan. Sebaliknya rakyat semakin gusar betapa ekonomi negara yang banyak bersandar kepada eksport negara semakin menjunam di belakang pesaingnya di rantau itu dalam perlumbaan untuk menjuarai saham pasaran global.

Secara lahiriah, ekonomi Malaysia dikatakan sedang membangun secara berpada, mengembang pda kadar 5.8% dalam suku tahun yag ketiga berbanding satu tahun dulu, dan ini dikatakan membawa kesan untuk mendorong perjalanan ekonomi di landasan yang betul untuk mencapai ramalan pertumbuhan kerajaan bagi 2006 pada sekitar 6%. Namun, kejatuhan ekonomi global yang dijangkakan, teramasuk kelembapan keonomi yang diramalkan di Amerika Syarikat, akan mencabar reformasi Abdullah kepada satu ujian penting – adalah satu perkara yang nampaknya dia gagal untuk mengatasinya.

Secara purata, pertumbuhan ekonomi global adalah dijangka menjunam daripada 5.3% pada 2006 kepada paling minima 4.6% pada 2007, mengikut projeksi yang disediakan oleh Unit Perisikan Ekonomi.

Eksport negara menyumbang kepada 130% Keluaran Kasar Negara (KKN) dan apabila pertumbuhan global menjadi lembap ia akan menghenyak para pengeluar barangan elektronik negara itu dengan dahsyatnya. Para ekonomis berkata bahawa pelbagai reformasi struktur untuk mengetatkan belanja adalah amat diperlukan setiap kali ekonomi merudum, walaupun secara khususnya itulah masa mengadakan perubahan kasar yang mencetuskan risiko besar kepada dunia politik.
.
Demikianlah halnya di Malaysia di mana perubahan yang amat menyeluruh berkemungkinan merobah infrastrutktur Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan sejak 1971 bagi tujuan meningkatkan taraf ekonomi masyarakat Melayu. Sejak itu dasar DEB yang penuh kontroversi itu adalah bertujuan untuk mengagihkan kembal peluang ekonomi dan kekayaan negara dalam konteks ekonomi yang berkembang secara pantas.

Itulah sebabnya kerajaan yang dipimpin oleh UMNO telah memberikan keutamaan sejak 1970 kepada pertumbuhan ekonomi yang pantas, selalunya disangga oleh perbelanjaan kerajaan yang besar keatas infrastruktur dan projek mega. Salah satu cabaran terbesar Abdullah semasa menggantikan bekas perdana menteri yang kuat berbelanja, (Mahathir Mohamed), ialah mengecutkan defisit negara yang sungguh besar sedangkan pada waktu yang sama mengekalkan kadar pertumbuhan yang sihat.

Sebelum itu, Abdullah bertindak menggantung pelbagai projek yang diilhamkan semasa pemerintahan Mahthir, termasuk menamatkan pembikinan satu jembatan indah bernilai US$170 juta yang bertujuan menyambung Johor di selatan semenanjung dengan republik kepulauan Singapura. Tindakan menjimatkaan belanja yang lain tertmasuklah menunda projek landasan kereta (berkembar) yang bernilai $4 bilion. Sejak mengambil alih pucuk kepimpinan defisit negara secara peratusan kepada KKN telah mengecut daripada sekitar 8% kepada 4%.

Namun demikian, beberapa pertanda sudahpun menyerlah bahawa para penggubal dasar di bawah pentadbiran beliau meungkin tersilap menangani imbangan makroekonmi negara. Inflasi dijangka akan naik kepada kira-kira 3.6%, dan ini merupakan tahap yang paling tinggi sejak berlakunya krisis kewangan Asia pada 1997-1998. Para ekonomis meramalkan keadaan akan terus begitu di tahap yang tinggi untuk dua tahun yang mendatang.

Peramal yang kurang optimis percaya pertumbuhan akan merapati tahap 5.5% dan tidak 6% . Ini adalah lebih rendah daripada kadar pertumbuhan tahunan yang disasarkan pada 7% dan dianggap perlu untuk mencapai sasaran jangka panjang kerajaan agar negara mencapai status negara maju menjelang 2020. Matlamat besar wawasan itu telah mula sekali dilancarkan dengan penuh gah semasa pemerintahan Mahathir, dan sedang diteruskan juga oleh Abdullah. Seandainya tercapai impian kerajaan yang dinamakan ‘Wawasan 2020’ itu, ia dapat menyediakan penampan ekonomi yang akhirnya dapat menamatkan dasar DEB, yang setakat ini telah dikritik secara meluas sebagai satu pembaziran dan selama ini dikatakan menjadi penyebab berlakunya ketegangan di kalangan pelbagai kaum dan penganut kumpulan agama di Malaysia.

Rencana Lemah, Kos Bertambah

Sementara itu, perancangan DEB yang kelamkabut, penglaksanaannya yang longgar dan ketiadaan mekanisma pemantauan, telah dipersalahkan kerana melahirkan budaya tiada akauntabiliti dan kronisme yang sudah begitu lama membarah. Baru-baru in kerajaan telah mengaku di Perlimen bahawa sebanyak kira-kira RM3 bilion telah digunakan oleh Kerajaan untuk menyelamatkan tujuh projek penswastaan yang ada kaitan dengan DEB, termasuklah Sistem Keretapi Ringan Putra, Sistem Keretapi Transit Starlight, dan bekas pengangkutan udara nasional - MAS.

Lapuran Pelaburan Dunia yang baru sahaja di terbitkan oleh UNCTAD menunjukkan betapa Malaysia telah menurun statusnya daripada negara nombor empat palng menarik untuk pelaburan terus asing pada 1990 kepada kedudukan (tempat) nombor ke-62 pada 2005. Citigroup (gergsi kewangan AS) baru-baru ini telah menulis satu lapuran kajian bahawa “Malaysia semakin menjunam jauh daripada skrin radar pelabur global.”

Pengurusan kerajaan yang lemah, tentunya menjadi lebih bergelora politiknya apabila ekonmi yang luas itu mula terencat – seperti yang mungkin berlaku pada tahun hadapan. Lagipun ketegangan inter-etnik dan inter-agama, yang dulunya, semasa pemerintahan Mahathir, dapat dikekang, sudah semakin aktif di bawah pemerintahan Abdullah yang lebih terbuka pentadbirannya. Pelbagai isu percanggahan sedang dibincangkan lebih berhemah dan terbuka dalam satu masyarakat Malaysia yang secara teradisinya masih terkongkong.

Sebagai contoh, bantahan kepada lanjutan dasar DEB sedang meningkat, khususnya ekoran tersiarnya satu lapuran kajian yang bebas yang menunjukkan bahawa orang Melayu sduah mencapai sasaran DEB sebanyak 30% keseluruhan ekuiti negara. Lapuran itu telh mencetuskan satu debat yang dikipas oleh orang politik mepertikaikan kaedah teknikal dan pendekatannya. Yang lebih merisaukan ialah konflik inter-agama yang semakin terbuka, melibatkan pelbagai kes yang panas-panas di mana keluarga bukan-Islam semakin digugat untuk diambil kira dan dipengaruhi oleh hukum-hakam mahkamah Syaria.

Nampaknya Abdullah boleh dipuji kerana sedar akan keadaan yang tegang dan berkemungkinan mengkucar-kacirkan kestabilan maslaah dalam negara dan antarabangsa yang kini menghantui Malaysia. .Dalam beberapa ucapan beliau dia telah mengulangi nsihat agar orang Melayu mengenepikan sikap bergantung kepada ‘tongkat’ untuk menyara hidup mereka. Namun, setakat ini, retorik beliau tidakpun disokong oleh tindakan keras yang berpadan. Kerajaannya telah melanjutkan DEB tanpa ketentuan tamatnya dalam perancangan ekonomi lima tahun (RMK9).

Apabila ekonomi global mula tahun depan dengan lembapnya, ada penganalis politik dan ekonomi percaya bahawa peluang untuk Abdullah melaksanakan reformasi ekonomi yang tidak diminati rakyat sudah pun tertutup. Ini memang begitu tepat kalau dilihat akan pertelagahan terbuka beliau dengan bekas ketuanya Dr. Mahathir yang begitu galak merungut dan mengkritik stail kepimpinan Abdullah dan dakwaan wujudnya kronisme serta nepotisme di kalangan lapisan atasan di peringkat pentadbiran.

Selagi Abdullah berdolak-dalik, para saingan poltiknya, termasuk mantan timbalan perdana meneri dan bekas banduan politik, Anwar Ibrahim sedang menggapai konsep perubahan itu. Baru-baru ini Anwar telah menyatakan hasratnya mahu menamatkan sebahagian besar DEB itu, walaupun kebanyakan analis percaya kemungkinan beliau untuk menumpaskan UMNO dalm pilihanraya yang akan datang bolehlah dikatakan tidak wujud langsung.

Dari melancarkan satu putaran reforamasi yang berunsurkan pertumbuhan ekonomi, pentadbiran Abdulalh nampaknya sanggup menunggu lonjakan hayunan ekonomi global ataupun perkembangan dagang melalui perjanjian dagangan bebas yang baru, termasuk bakal perjanjian baru dengan AS, China, dan India. Semua perundigan itu sedang berjalan dengan lembapnya kerana orang asing amat gusar akan segala sekatan serta hambatan yang akan muncul daripada DEB serta pelbagai dasar perlindungan yang lain.

Ooi Kee Beng is a fellow at Singapore's Institute of Southeast Asian Studies.

Bergambus Ketika Roma Hampir Hangus

19/12:

Bergambus Ketika Roma Hampir Hangus
(Fiddling while Rome burns)
Raja Petra Kamarudin

Terjemahan - marhaintua-

Legenda purba mengisahkan Nero Claudius Caesar Augustus Germanicus, Maharajah Roma yang ke-lima daripada dinasti Julio-Claudia asyik memetik gambus, sedangkan Roma terus menyala hangus. Walaupun ini merupakan satu kepercayaan yang popular, ramai pengkaji sejarah berkata bahawa ini adalah fitnah semata-mata yang disebarkan oleh para seteru, seperti Suetonius, Cassius Do dan Tacitus, untuk ‘mengaibkan nama baiknya.’ Hmmmmm…nampaknya ini adalah laksana Malaysia di hari ini, bukan begitu?

Apapun juga yang akan jadi nanti, seperti yang selalunya berlaku dalam catatan sejarah, memang amat sukar untuk memisahkan fakta daripada fiksyen mengenai pemerintahan Nero . Namun demikian pada malam 18 Julai tahun 0064, keseluruhan kotaraya Roma telah terbakar dengan dahsyatnya dan terus menyala untuk lima hari lamanya, dan hampir separuh daripada 17 daerah Roma hampir musnah. Hakikat bahawa alat permainan gambus itu belum lagi dicipta pda tahuun 0064 bererti mungkin terdapat sedikit dongeng dalam kisah tadi. Akan tetapi tidak siapa yang boleh menyangkal bahawa Roma memang pernah terbakar, dan dalam masa lima hari ia menjadi hangus berdebu sahaja.

Sama ada ini satu legenda ataupun bukan, ‘bergambus ketika Roma hampir hangus’ adalah satu frasa yang bersesuain digunakan keatas mana-mana maharajah yang masih berada di atas katilnya (walaupun tidak semestinya dia tengah tidur) kalaulah anda tahu makna yang tersirat….) berparti, bergambus, menyanyi ataupun berpesta sedangkan negaranya hanyut ke arah kemuflisan. Bukankah Malaysia dan maharajahnya yang tidur lena, menepati apa yang kita katakan, laksana cincin dengan permata?

Setiap sesuatu berfungsi secara berputaran. Dunia ini pun mepunyai putarannya yang ditentukan oleh musim dan memakan 365 hari untuk menyudahkan setiap putarannya. Kuasa itu pun berbentuk putaran, Ada naik turunnya, Hidup kita ini pun kian berputar, ada hidup dan mati. Tidak ada sesuatu yang terlepas daripada pengaruh putaran itu, yang dilabel oleh ahli sains sebagai laluan biasa alam dan seperti yang disebut oleh kumpulan agamawan sebagai perancangan Tuhan. Malahan, al Quran penuh dihiasi pesanan Allah akan ketentuan putaran alam – kalaulah ada sesiapa yang sanggup membuat kajiannya.

Ada satu putaran yang menjadi tumpuan dan yang akan membawa banyak kesan kepada rakyat Malaysia ialah putaran ekonomi sepuluh tahun (ada pihak yang berkata putaran itu ialah untuk 12 ahun). Pada pertengahan 1970 (1974), pertengahan 1980 (1985) dan pertengahan 1990 (1997), kita telah mengalami kejatuhan ekonomi negara. Setiap dekad ataupun perekitarannya, kita melalui kelembapan ekonomi itu. Tempoh kebangkitan ekonomi pada pertengahan 1970-an tidaklah berapa lama, saya fikir dalam masa tiga tahun (pada 1977) kita telah pulih semula. Kelembapan 1980-an mengambil masa yang sedikit lama. Dan kelembapan pada pertengahan 1990-1n mengambil masa yang lebih lama lagi.

.Saya fikir episod pertengahan 1970-an adalah serangan jatuh kita yang pertama (setidak-tidaknya ia dirasai oleh generasi kita kerana memang terdapat fenomena yang serupa sebelum itu termsauk fenomena ‘Great depression’ sebelum meledakknya Perang Dunia Kedua).Kita masih muda ketika itu, jadi kita cepat pulih. Pada pertengahan 1980 kita sudah menjadi semakin matang, dan muncul pula serangan jantung yang kedua, jadi tempoh pemulihannya mengambil masa lama juga. Apabila muncul pertengahan 1990-an kita sudah semakin berusia namun bila diserang sakit jantung yang ketiga, kita semacam baru sangat pulih baru-baru ini.

Akan tetapi kalau kita diserang jantung lagi, kali keempat dalam satu generasi, berapa lama agaknya kita akan pulih semula ataupun kita tidak mungkin pulih lagi, terlantar di atas katil untuk satu tempoh yang lama? Orang Cina mempunyai kepercayaan mengenai angka empat (4) Mereka tidak suka angka itu kerana cara sebutnya itu dalam bahasa Cina mirip perkataan ‘mati’. Itu sebabnya tempat duduk kapal terbang bernombor 14 tidak wujud. Seperti juga denngan tingkat nombor 14 digantikan dengan nombor tingkat 13A dan diikuti dengan Tingkat 15. Mampukah kita pulih daripada henyakan ekonomi yang lembap nanti seperti tiga henyakan ekonmi pda pertengahan 12970, pertenghan 1980 dan pertengahan 1990? Apakah ia akan menjadi seroang lelaki yang hampir lemas yang dapat timbul hanya tiga kali, kerana pada kali yang keempat ia akan terus tenggelam tanpa dapat terapung lagi?

Saya tidak mahu berlagak segbagai Peramal Bencana tetapi segala pertandanya sudah pun kelihatan dan semuanya memang tidak menyelerakan. Pengurus pelaburan ada memberitahu bahawa belum tiba masa untuk kita menghadapi kelembapan ekonomi. Kelembapan itu akan datang kata mereka, tetapi hanya pada 2009. Sebelum itu akan berlaku kenaikkan harga pasaran yang dikatakan ‘Bull Run” yang pendek mendahului kejatuhan ekonomi kita. Perhataikan pasaran saham, kata pakar pelaburan. Jajarananya baru mencecah 1,100 mata. Kalau diambil kira tahun 1993 di mana nilai Dollar adalah bersamaan 2.4 Ringgit ini bererti --kalau diambil kira nilai tukaran ringgit kepada dollar adalah 3.7-3.8 bagi setiap dollar bererti jajaran 1,100 pada indeks kita adalah setakat 900 sahaja, sebagai perbandingan nya. Kerana itu kita masih ada banyak ruang lagi untuk memecah rekod 1993 itu kata mereka.

Memang itu satu berita yang hebat! Tetapi kenapa mereka tidak gembira? Kenapa berita ini tidak membuatkan saya ghairah membeli apa juga saham yang dianggap masih murah harganya? Kenapa agaknya saya merasakan mesti menjual semuanya untuk merasakan wang tunai dalam saku saya ? Inilah yang saya masih belum tahu. Mungkin ini perasaan naluri sahaja. Ataupun jangkaan semata-mata? Apapun yang akan jadi, ada sesuatu yang memberitahu betapa kesunyian itu membingit telinga dan kesunyian itu mungkin merupakan satu kelegaan sebelum taufan datang menggila. Sejak tiga puluh tahun yang lalu bermula pertengahan 1970 saya telah mangharungi tiga kali taufan. Kalau ada sesiapa memberitahu saya untuk membeli saham, ini membawa erti sudah tiba masanya untuk saya menjual segala pegangan yang ada- kerana mereka yang menyuruh saya membeli sebenaranya sedang menjual pegangan mereka dan mereka mahu saya membeli untuk memudahkan penjualan mereka (Kalau tidak ada orang membeli bagaimana mereka boleh menjual?).

Saya akui saya ini bukanlah pakar ekonomi (seperti rakai yang berakta saya ini bukannya seorang agamawan jadi mesti hentikan bercakap mengenai Islam). Saya pun bukannya seorang pengurus pelaburan,. Perasaan sahaja bukan mencukupi untuk membuat keputusan berunsur ekonomi. Kita perlu menggunakan fundamental dan kita mesti membuat keputusan berasaskan penylidikan yang bernas. Jadi, sebelum sesiapa menelefon broker saham mereka untuk memberi arahan menjual, lebih baik mereka mencari nasihat pakar. Lagipun bukankah anda merujuk kepada pakar jantung kalau mahu tahu anda perlu menjalani pembedahan ataupun tidak?

Namun demikian, saya dapat merasa tidak selesa dengan keaadaan ekonomi negara. Sebagai permulaan, seperti yang pernah saya katakan, mungkin kerana putaran sepuluh tahun dan jadual kelembapan ekonomi—walaupun ini adalah semacam mempercayai teori RAHMAN untuk membuat ramalan siapa yang akan menjadi perdana menteri Malaysia yang akan datang. Mungkin juga sama tidak masuk akal dengan teori purba dan dongeng bergambus ketika Roma semakin hangus. Saya rasa mana-mana negara yang dicengkam kuasa oleh seorang maharajah yang sentia bergambus (tidur_ adalah satu resipi untuk bencana).

Lihat sahaja pada Persidangan Tahunan UMNO. Betapa pihak atasan mengendos cakap-cakap mengutuk orang Cina, yang boleh diangaap sama dengan bergambus ketika Roma hangus. Bagaimana dengan Jambatan Pulau Pinang Kedua yang akan memakan belanja RM3 bilion. Begitu juga dengan hadiah Hari Raya Haji bernilai RM600 juta kepada 191 bahagain UMNO, begitu juga dengan peruntukan RM11 bilion untuk menyelamatkan agensi negeri yang muflis. Bagaimana pula dengan sumbangan bernilai RM1 bilion kepada Cambridge University dan pembinaan Kompleks Sukan di UK. Begitu juga dengan peruntukan RM1 bilion setahun bagi projek gajah putih dan ‘Taj Mahal’ di Terengganu yang termasuk RM200 juta setahun bagi Pesta Monsoon Cup. Aduhai…senarainya semakin panjang . Mungkin lebih mudah untuk saya menyenaraikan apa yang mereka tidak belanjakan berbanding apa yang mereka mahu bazirkan.

Kemudian kita dikejutkan oleh penggabungan media dan syarikat perladangan. Jumlah nilai wang yang akan terbabit adalah satu perkara baru kerana lebih RM30 bilion yang akan trrlibat, Upah kepada perunding yang bernasib baik tentunya dalam lingkungan RM100 juta hingga RM200 juta. Semua ini melibatkan wang kita semuanya. Bagaimana dengan penjualan satu syarikat motorsial yang bernilai RM700 jtua dijual dengan haraga satu Euro kepada satu syarikat yang tidak dikenali dan bermodalkan hanya dua dolar sahaja? Ini disusuli oleh kerugian Proton dan MAS. Baiklah, kita boleh berbangga dengan pencapaian Petronas. Tetapi bukankah semua syarikat minyak di merata dunia turut sama-sama mencapai kecermelangannya? Jadi apakah yang hendak dihairankan sangat: apa yang kita mahu dengar ialah prestasi dan pencapaian ribuan agensi kerajaan negeri dan kebangsaan. Semua syarikat dan agensi kerajaan sedang kemuflisan walaupun telah diwujudkan ‘creative accounting’ mereka masih tidak mampu menyorok segala bencana. Ini bukan sahaja disebabkan tindakan dan keputusan pengurusan yang tidak cekap tetapi juga kerana rasuah yang terlalu kerap dan galak. Sampai ke akar umbinya.

Memang sudah tiba masanya untuk Malaysia melalui satu ‘pembetulan’. Apa yang akan terjadi memang tidak akan menyelerakan. Ini mungkin melibatkan kisah menghisap darah, dan darah itu adalah darah rakyat juga. Ini akan berbentuk wang rakyat marhaen yang akan dihisap oleh kerajaan dalam bentuk cukai. Kini, kita membayar harga ang tinggi untuk petrol dan harganya akan naik tidak lama lagi. Kita kena bayar harga yang tinggi untuk bekalan air, letrik dan tol – semua ini akan naik lebih 50% dalam masa sedikti hari lagi. Tidak ada satu pun yang akan kita sentuh yang tidak dicukai. Dalam hal petrol, cukainya ialah tiga kali ganda dari kos sebenar petrol—jadi kalau kita isi minyak berharga RM100 cukainya ialah antara RM70 hingga RM80. Begitu juga dengan rokok dan segala barangan yang dianggap membawa dosa kalua kita lakukan.

Sejak dua hingga tiga tahun yang lalu para pelabur sudah meninggalkan negara ini secara berdikit-dikit. Mereka lari ke negara lain seperti Thailand, China dan Vietnam. Malaysia tidak lagi menjadi negara pilihan mereka untuk pelaburan. Saya bukan bercakap mengenai pelabur asing semata-mata tetapi pelabur Malaysia yang semakin tidak yakin dengan negaa ini. Malahan mereka yang tinggal di negara ini tidak menambahkan pelaburan mereka. Mereka lebih selesa mewujdukan perniagaan di negara asing walaupun mengekalkan operasi di Malaysia tanpa menyuntik wang pelaburan lagi di sini


Penghijrahan rakyat Malaysia mencari taman yang lebih menghijau sudah berlipat-kali ganda. Pelajar Malaysia yang sudah berada di luar negara lebih selesa menjadi pekerja di negara asing dari pulang ke tanah air untuk menghadapi zaman kegelapan. Kita sedang melihat penghijrahan cerdik pandai -‘brain drains’- mengikut skala yang belum pernah kita alami. Ini bukanlah lagi kisah ‘hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendir…eloklah lagi negeri sendiri. Kesedaran sekarang lebih menjurus rumput di taman orang lain yang lebih menghijau.

Sememangnya, maharajah sedang bergambus ketika Roma semakin hangus. Para pelahap sedang masuk untuk melahap segala-galanya. Merke sudah melihat Malaysia semakin sendat dan mahu mengutip segala yang berkecai. Salah seorang pelahap itu ialah Soros yang semacam ikan jerung sedang datang menghurung mangsa ketika terbau darahnya. Kenapakah Soros tiba di Malaysia pada minggu lalu? Sudah tentu bukan untuk bersantai dipanah mentari sambil mata melirik mengikuti pertandingan kapal layar dalam pesta Monsoon Cup di Terengganu. Soros mahu melihat dengan mata sendiri apakah keadaan pertahanan Malaysia seandainya dia serang Malaysia sekali lagi seperti yang dilakukannya satu dekad yang lalu. Dia mahu mencongak apakah dia akan berjaya lagi kali ini?


Soros mahu berjumpa Abdullah Ahmad Badawi tetapi anak menantunya Khairy Jamaluddin telah menasihatkan Abdulah tidak menunaikan permintaan itu. Jadi, Soros berjumpa musuh lamanya Tun Dr. Mahathir pula. Yang memeranjatkan, Mahthir bukan sahaja perkenan pertemuan itu malahan melepaskan Soros daripda tuduhan menyebabkan bencana 1997 dulu. Apakah Mahthir telah tersilap besar? Semua orang dan anjingnya tahu apa yang dilakukan oleh Soros dulu. Soros sendiri pun tidak pernah menafikannya. Dia hanya mewajarkannya tetapi tidak pula menafikannya. Dia mewajarkanya mengikut cara Edmund Hillary mewajarkan pendakiannya ke puncak Gunung Everest – kerana memang wujud puncak itu. Matawang Asia ketika itu memang sudah ranum untuk, dipetik dan setiap sesuatu yang ranum tentulah ada sahaja tukang petik yang sedia memetiknya.

Memang Mahathir tidak kalut. Dia tahu siapa Soros sebenarnnya. Lagipun bukankah Soros yang menjejaskan legasi Mahathir dan hampir menjahanamkan kerajaan pimpinannya? Sejak itu Malaysia tidak pulih seperti biasa. Kalaulah bukan kerana Soros Malaysia hari ini tentu berbeza daripada yang sepatutnya. Jadi, apakah yang dirancang oleh Mahathir?

.Mahathri hanya menunjukkan yang beliau adalah seorang pakar strategis yang unggulan. Beliau menunjukkan bahawa dialah seorang pangliam perang yang baik. Dia tahu Malaysia sudah mendekati masa untuk dihempuk dan sedar siapakah yang amat cekap melakukannya. Bukankah seorang pakar strategi yang baik dan panglima tentara yang bijaksana dapat mengetahui bahawa Soros adalah laksana Kuda Trojan yang mesti dihormati? Memanglah Soros bercakap mengenai keamanan dunia dan beliau mengongsi aspirasi Mahathir terhadap kedamaian dunia ini. Tetapi Soros mahu melihat kedamaian dunia mengiku acuan Amerika.
Malaysia adalah laksana sampan golek di antara ‘kapal supertanker' di samudera. Gelombang kecil yang berombak daripada laluan bahtera besar-besar itu sudah cukup untuk menenggelamkan smpan bernama Malaysia. Buat masa ini China dan Amerika sedang bertelagah antara satu sama lain. Apakah Menteri Kewangan kita merangkap Perdana Metneri sedar akan fenomena ini? Bacalah pelbagai lapuran yang ada kaitannnya dengan artikel ini.

Dalam satu tindakan yang amat pelik, pentadbiran Bush telah menghantar satu rombongan yang dianggotai oleh pasukan unggulan (A Team) melawat China untuk mengadakan ‘dialog strategi ekonomi’ di Beijing pada hari Khamis dan Jumaat. (ini kisah dua minggu yang lalu. (Sila baca terjemaahn marhaintua akan kisah ini yang siap satu minggu dulu).

China adalah sebuah negara yang banyak menyimpan dollar Amerika. Adalah dianggarkan China ada menyimpan kira-kira USD 1 trilikon dan kalau dana ini dilepaskan di pasaran, ekonomi AS akan jatuh menyembah bumi—dan ini sudah tentu akan diikuti oleh ekonomi dunia sejagat, khususnya negara seperti Malaysia yang aamt bergantung kepada pengeksportan ke Amerika. Perkara ini amat disedari oleh Amerika dan kerana itu ia menghantar satu pasukan untuk berdialog dengan orang China. Tetapi pegawai Chian suruh pegawai Amerika pergi main jauh-jauh. Amerika sedar apa yang perlu dilakukan seandainya China bertindak. Amerika perlu menggugurkan matawang dollar dan cipta satu lagi jenis matawang bernama AMERO. Ini akan menjadikana China serbasalah dan mengkucarkacirkan ekonominya pula. Seandainya dua gergasi ekonomi ini benar-benar berantakan, dan dijangkakan tidak akana lama perkara itu akan pasti berlaku juga,. Malaysia akan terhenyak kepada satu era yang menyerupai awalan abad yang lampau..

Abdullah Badawi sedang bergambus. Bukan dia bergambus sebenar-benarnya tseperti Nero ketika Roma hampir hangus. Dia sedang bergambus dengan wang ringgit kita. Ekonomi kita sudah semakin bocor sedangkan mereka masih merasakan keseronokan pesta Monsoon Cup di Terengganu dan membelanjakan berbilion ringgit wang rakyat yang tidak pun kita milikki. Janganlah ada sesiapa yang berkata saya tidak pernah memberi ingatan kepada anda. Ingatlah anda telah mula mendegar perkara itu dari sini dahulu. Pesta sakan itu akan berkahir juga tidak lama lagi. Seperti Roma yang hangus terbakar, begitulah juga Malaysia…… kecuali Abdullah hentikan segala sikap berfoya-foya dan mula mentadbir negara ini. Tidak lama lagi kita akan terhempas dan tersungkur dan juruterbang mash lagi lelap dn berdengkur dan pesawat masih terbang dengan alat –‘auto-pilot. Masanya akan tiba untuk mendaratkan pesawat dan anda tidak boleh gunakan –auto-pilot’. Pesawat itu terpaksa dipandu untuk mendarat dengan selamat. Masalahnya sekarang kita tidak tahu di mana kedudukan kita dan mana lapangan terbangnnya. Yang kelihatan hanyalah lautan di bawah sana dan kita mungkin tidak mempunyai minyak yang cukup untuk berpusing –pusing mencari tempat mendarat.

Apa jadi kalau AS menyerang Iran? AS telah menghantar satu rombongan delegasi kepada negara Timur Tengah yang pro-Amerika untuk membincang perkara ini dan mendapatkan sokongan mereka. Presiden Bush telah menelefon Abdullah secara peribadi dan kerana Abdullah adalah Pengerusi OIC, untuk mendapatkan sokongannya. Apa jadi nanti kalau China melepasakan USD 1 trillion ataupun sebahagian darinya? Apakah akan jadi kalau Amerika menggugurkan matawang dollar dan mewujduakn satu matawang baru ? Apa jadi kalau para pelabur mula menjual pegangan saham mereka di Bursa Kuala Lumpur menyebabkan Bursa terus lumpuh? Sebelum itu apakah dia sedar bahawa tsunami ekonomi semakin dekat akan melanda kita?Apakah anda sedar setakat mana Malaysia menghadapi masalah untuk melunaskan hutang yang tertangguh? Hartanah yang tidak terjual. Kereta yang tidak terjual, instalmen kereta yang tertangguh, kereta yang diambil balik, bayaran kad kredit yang tertangguh, dan banyak lagi kisah pembayaran tertunggak sehinggakan Bank Negara bertindak diam membisu takutkan akan berlaku pengambilan wang simpanan di bank kita yang menjadi awalan kepada jatuhnya ekonomi negara. Kalaulah dikuatkuasakan segala kelewatan melebehi 60 hari adalah diangap sebagai pinjaman yang tidak berbayar dan mentakfrifkannya sebagai hutang lapuk, bererti tamatlah pasaran kewangan Malaysia.

Kedaan semakin kritikal dan mereka yang sedang menyibuk di anjung kuasa sedang nyenyak tidur, tanpa menyedari apa yang sedang berlaku. Terlalu banyak soalan yang tidak terjawab seperti yang terdapat dalam perbicaraan Razak Baginda.


Kenapakah UMNO yang cuba menguasai perbicaraan itu dan kenapakah peguambela Razak telah dipecat? Bukankah pelik perkar a ini? Kenapakah Ketuga Peguam Negara membuat satu kenyataan mengatakan hanya tiga orang yang terlibat tanpa ada orna lain terbabit dalam pembunuhan itu? Bukankah ganjil perkara ini keana memag ada cakap-cakap bahawa lebih dari tiga orang yang terlibat? Semua kelentongan ini hanya meniggikan suhu faktor keyakinan dan meyakinkan pelabur asing bahwasanya memang ada yang tidak kena secara fundamentalnya dengan negara ini.

Semasa berucap di pembukaan Mesyuarat Agong UMO, Abdullah Badawi berkata bahawa para pelabur memang menantikan ucapatamanya. Kemudian dia menarik perhatian kita kepada pasaran saham yang naik melonjak disebabkan ucapan itu. Sebenarnya Dolah, pasaran saham memang naik pada setiap akhir tahun kerana mereka mahu menjual pegangan mereka. Ini sahaja caranya untuk buat duit dan mengyediakan dividen pada akhir tahun. Ia tidak ada kena mengena dengan ucapan Abdullah. Sekarang ini Paklah, setelah naik 15% selama dua bulan, pasaran akan jatuh merudum kerana pengambilan untung. Apakah anda mahu tahu yang difikirkan oleh para pelabur? Mereka kini sedang bercakap mengenai kapal layar bernilai RM30 juta yang sedang disiapkan di Turki. Mereka bincangkan kisah satu mahligai di Perth bernilai lima juta dollar, satu barisan kereta mewah di UK , satu jet peribadi di Australia dan banyak lagi. Mereka semua bertanya bagaimanakah seorang Perdana Menteri yang diberikan jolokan Mr. Clean boleh mampu mempunyai semua itu?

Demikianlah kisahnya kalau maharaja bergambus ketika Roma hangus. Bukankah orang ada berkata bahawa sejarah kerap berulang sendiri? Mereka beritahu saya 2009 adalah waktu ekonomi akan menjunam hingga ke tahap keraknya. Ada pihak lain yang sanggup bersumpah perkara itu akan terjadi pada 2008. Selepas globalisasi dan setelah kita tandtangani FTA dengan AS. Saya sanggup bertaruh perkara ini akan berlaku tahun depan. Ya, 2007 adalah tahunnya bila kita akan tahu bagaimana orang Indonesi menghadapinya beberap tahun yang lalu. Saya selau suka berkata; “Kan say sudah beritahu” Tetapi saya harap kali ini bila muncul Krismas 2007, anda akan beritahu saya:
“Hai, kamu sudah tersilap!!!!!!!!.”
.

Tuesday, December 19, 2006

Penjelasan Terkini "Isu Artikel Ciplak"

PENJELASAN TERKINI "ISU ARTIKEL CIPLAK"..

ALHAMDULILLAH - Dikutip dari:Laman M@RHAEN
(Sial lihat komen marhaintua di bahagian bawah sekali)
As-Sarawaki, 18 Disember 2006:

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, akhirnya maklumbalas dan duduk sebenar berkenaan isu artikel ciplak ini telah diperjelaskan. Dato’ Dr. Nordin Kardi memaklumkan bahawa beliau tidak ada kena mengena dengan isu artikel atau kertas kerja ciplak tersebut. Alhamdulillah, terima kasih juga kepada IslamHadhari.net di atas "Penjelasan Isu Muhtar B. Hj. Suhaili" yang boleh didapati di http://www.islamhadhari.net/v4/seminar/detail.php?nkid=21. Mudah-mudahan ianya akan memberi penjelasan yang sebaiknya dan sekaligus membersihkan nama Dato’ Dr. Nordin Kardi.
Berikut adalah suntingan dari Chatter Box laman http://muhtarsuhaili.tripod.com untuk makluman lanjut:

: saya baru dapat tahu isu ini. Tak ada kena mengena dengan saya. Muhtar kenal saya, adakah munasabah saya sedemikian teruk tak boleh menulis lalu menciplak karya Mukhtar? Nordin Kardi.

: Salam Datuk Dr. Nordin Kardi.. Apa khabar Datuk yg saya hormati? Didoakan sihat sejahtera dan berada dlm hidayah dan iman yang baik serta terus diberi kekuatan ber'amal liridhalLah..
: Alhamdulillah, sy syukur stlh Datuk sendiri mngatakn Datuk tidak ada kena mengena dgn isu ini dan itulah yg saya harapkn. Saya pernah cuba menghubungi Datuk utk mdptkn maklumbalas ttp gagal.. Alhamdulillah, terima kasih sudi memaklumkn melalui laman ini..
: Sepertimana yang telah saya maklumkan di dalam laman KampusNegara, saya telah memohon penjelasan dari laman IslamHadhari.net lebih dari lima kali tetapi sehingga ke saat ini tiada sebarang penjelasan diberikan..
: Once again, thank you very much Datuk and appology is offered for any inconvenience caused. Saya boleh dihubungi di al_akhyar81 @ yahoo.com. Semoga segalanya khair dunia dan Akhirat. Jazakallahu khairan kathira. Shukran 'alaik. Wallahu a'la wa a'lam bissawab.

Berikut merupakan "Penjelasan Isu Muhtar B. Hj. Suhaili" oleh laman web IslamHadhari.net yang boleh didapati di link berikut http://www.islamhadhari.net/v4/seminar/detail.php?nkid=21:
Pihak islamhadhari.net ingin memaklumkan kepada Saudara Muhtar B. Hj. Suhaili, Bekas Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa UIAM sesi 2003/2004, bahawa sebaik sahaja kami menerima email daripada pihak beliau, pihak islamhadhari.net telah memohon maaf kepada beliau akibat dari kesilapan teknikal yang tidak disengajakan dilakukan oleh pihak islamhadhari.net berkaitan kertas kerja seminar yang dipaparkan bertajuk “Mengurus Kejayaan: Isu dan Cabaran.”. Malahan, pihak islamhadhari.net telah mengeluarkan kertas kerja seminar tersebut daripada laman web islamhadhari.net.

Perkara ini seharusnya, tidak perlu diperbesarkan atau dipermainkan lagi di peringkat yang lebih tinggi untuk mendapatkan publisiti dengan menjatuhkan maruah tokoh akademik yang disegani, dikagumi serta telah banyak berjasa kepada masyarakat dan negara, seperti Y Bahagia Dato’ Dr. Nordin Kardi. Memandangkan isu ini telah menjadi isu yang sensasi dan kontrovesi maka pihak islamhadhari.net memohon maaf secara terbuka kepada Dato’ Dr. Nordin Kardi dan Saudara Muhtar B. Hj. Suhaili.

Sehubungan dengan isu ini, dan bermula pada hari ini, kami menyeru semua pembentang-pembentang kertas kerja dalam mana-mana pembentangan seminar samaada dalam negara mahupun luar negara di harus untuk menghantar surat persetujuan untuk memaparkan bahan bercetak untuk mengelakkan sebarang kontrovesi berlaku pada masa mendatang. Malahan kami juga memohon semua rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk menghantar artikel ke laman web kami dan menegur sekirannya didapati ada unsur – unsur tidak sesuai untuk tatapan umum. Sekiranya, semua rakyat Malaysia yang beragama Islam memainkan peranan ini insya-Allah maklumat akan dapat dikongsi bersama agar mendatangkan kebaikkan sama ada di dunia mahupun di akhirat. Niat kami adalah untuk memastikan semua umat Islam mendapat manfaat daripada semua artikel di dalam laman web ini. Tetapi, pihak kami amat kecewa sekiranya niat murni kami ini dijadikan agenda untuk menjatuhkan sesama insan yang beragama Islam. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berikut merupakan Surat Permohonan Maaf yang telah dihantar kepada Dato' Dr. Nordin Kardi melalui email dan pos laju bertarikh 18 Disember 2006:
Muhtar Suhaili Lot 741, Jalan Pujut 9 98000 Miri, Sarawak
Dato’ Dr. Nordin Kardi
Naib Canselor Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman
Tarikh: 18 Disember 2006
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
dan Salam Kemuliaan
Yang Berbahagia Dato’ Dr.;
PERMOHONAN MAAF ATAS ISU “ARTIKEL CIPLAK”
Perkara di atas adalah dengan segala hormatnya dirujuk.
Artikel saya di http://muhtarsuhaili.tripod.com/ciplak/ adalah dirujuk.
Setelah mendapat maklumbalas dari Dato' melalui laman web saya, saya dengan ini merasa wajar untuk memohon maaf kepada Dato' di dalam isu "Artikel Ciplak" yang disiarkan secara tidak berhemah di laman http://www.islamhadhari.net/v4/seminar/detail.php?nkid=21.
Alhamdulillah, saya amat bersyukur setelah Dato' sendiri memaklumkan bahawa Dato' tidak ada kena mengena langsung dengan isu ini dan itulah yang saya harapkan.
Maknanya kini, jelas bahawa pihak laman IslamHadhari.net bertanggungjawab sepenuhnya di atas penerbitan dan penyiaran kertas kerja yang tidak professional serta melanggar hak cipta dan hak harta intelek ini.
Sekali lagi saya memohon maaf kepada Dato' di atas kekhilafan dalam perkara ini. Insya Allah semoga segalanya akan memberi kebaikan dan pengajaran.
Selamat maju jaya. Semoga Dato' sentiasa dirahmati Allah SWT atas urusan dunia dan Akhirat. Amiin.
Yang Benar;
___________________________
MUHTAR BIN SUHAILI
19.12.2006.
Komen marhaintua
Saya ada mencadangkan agar Dr. Nordin Kardi meletakkan jawatan kalau betul dia menciplak.
Semoga Dr. Nordin Kardi tidak menyimpan dendam dengan permintaan itu. Saya minta maaf kalau tersentuh perasaan beliau.
Ternyata dia tidak menciplak. Ini akan menjadi satu piawaian dalam persuratan Melayu. Sesiapa yang menciplak dan didapati sah menciplak, harus bertanggungjawab.
Saya berpendirian sedemikian kerana terlalu ramai orang yang menciplak artikel saya dan mengaku itu adalah tulisan mereka. Sehingga ada yang membuat majallah dan buku dan menjualnya.!!!!!

ISA: Dua modus operandi SB yang keji

ISA: Dua modus operandi SB yang keji


Saari Sungib abuurwah@gmail. com
Thu Dec 14, 06 02:47:18 AM

Jelas Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah instrumen bagi menjaga kepentingan politik Umno. Saya telah nyatakan bahawa kepentingan politik Umno terdiri daripada dua bidang utama. Pertama, melindungi atau mengukuhkan kuasa politik elit dalam Umno-BN. Kedua, menutup jenayah politik elit Umno-BN.

Saya telah menghuraikan perkara kedua dengan beberapa contoh yang terang. Sekarang biarlah saya huraikan perkara yang pertama pula.

Dalam menjalankan kerja bagi melindungi atau mengukuhkan kuasa politik elit dalam Umno-BN, elit atasan Pegawai Cawangan Khas (SB) beroperasi berdasarkan dua modus operandi tunjang.

Pertama, mengesahkan, mengiyakan dan menjustifikasikan pemikiran, sikap, kecenderungan dan akhirnya keputusan bos mereka, iaitu Perdana Menteri (PM). Biasanya PM juga akan menjadi Menteri Keselamatan Dalam Negeri, iaitu orang yang berkuasa penuh di atas urusan ISA.

Kedua; menggunakan kuasa yang luas untuk berusaha mencari jalan, helah dan mereka-reka cerita bagi membolehkan PM bertindak menggunakan ISA ketika mana kepentingan PM dan elit Umno mula atau sudah terancam.

Bagi menjayakan kedua modus operandi ini, segelintir elit atasan SB dipilih secara eksklusif oleh PM. Mereka adalah lantikan politik. Dalam struktur Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dikatakan bahawa hanya dua orang sahaja yang mempunyai akses terus kepada PM.

Dua orang tersebut adalah IGP dan Boss No. 1 SB
Walaupun Boss No. 1 SB secara rasminya adalah di bawah Ketua Polis Negara (IGP), tetapi dalam dua modus operandi tadi, Boss No. 1 SB tidak perlu melapor dan merujuk kepada IGP. Beliau melapor direct kepada PM!.

Ramai di kalangan Pegawai Penyiasat (IO) yang melonjak-lonjak penuh gembira menceritakan bahawa Boss No. 1 mereka dalam urusan menahan tahanan ISA tidak perlu merujuk kepada IGP. Tugasnya adalah direct di bawah PM. Dengan itu IO-IO tersebut mendabik dada mengatakan kerja-kerja mereka adalah kerja-kerja arahan langsung daripada PM!.

Oleh kerana arahan Boss No. 1 SB datangnya daripada PM atau demi menjaga hasrat PM, maka Boss No. 1 SB perlu memprofailkan secara rapi IO-IO ini di kalangan SB-SB dalam menjayakan sesuatu operasi penahanan ISA.

Pemprofailan IO-IO ini tidak mungkin membolehkan IO-IO itu memahami dan membaca tujuan sebenar arahan yang diberikan kepada mereka. Mereka tidak dapat gambaran menyeluruh atau the big picture tentang tugas-tugas yang diarahkan untuk mereka lakukan.

Untuk itu setiap operasi ISA, IO-IO akan dipilih di kalangan SB-SB yang tidak kenal antara satu sama lain dan juga tidak mengetahui apa tugas yang dijalankan oleh satu IO dengan IO-IO yang lain.

Semua IO itu hanya melaksanakan apa yang ditetapkan dalam skrip dari pihak atasan. Mereka tidak boleh menyoal dan tidak boleh buat selain daripada apa yang diarahkan. Itu sebabnya dalam sesuatu operasi ISA, seorang IO hanya ditugaskan dengan sesuatu tugas khas.

IO yang diperintahkan mencarut dan merapu akan mencarut dan merapu
Contohnya, seorang IO tidak habis-habis menceritakan kisah-kisah seks, liwat, tiger-show, tarian bogel, hubungan seks dengan isterinya dan kisah-kisah intipan adegan seks dato', datin, tan sri dan puan sri!.

Ada pula IO yang berbangga menceritakan adegan-adegan seksnya dengan pelajar-pelajar IPT tempatan yang kononnya melakukan perbuatan itu demi membiayai yuran pembelajaran mereka.

Dengan bangganya ia berkata: "Aku kerjakan dia enam kali malam tu.. sampai tak ada apa lagi.. yang ada angin saja yang keluar dari %^&#nya..."!.

IO yang tugasnya memaki dan menyumpah, akan memaki dan menyumpah secara marathon

Contohnya, seorang IO yang diarahkan menyebut Anwar Ibrahim sebagai "Dajjal" akan mengulang-ngulang menyebut sumpahan tersebut dari mula hingga penghujung soal-siasat 60 hari. Tiada IO lain yang perlu menyokong atau menegur sumpah seranahnya terhadap Anwar Ibrahim.

IO yang ditugaskan memfitnah akan melakukan kerja-kerja fitnah tersebut dengan penuh ghairah sekali. Fitnah itu ditumpukan khas kepada orang-orang yang dianggap sebagai ikutan tahanan ISA tadi.

Contohnya, bagi tahanan Al-Maunah mereka berdepan dengan berbagai-bagai cerita fitnah tentang Amin Razali (Al-Marhum). Amin dikatakan tidak tahu membaca Al-Quran dan oleh itu sentiasa menjadi orang yang terakhir sekali ke bilik air demi mengelakkan dirinya diminta menjadi imam solat berjamaah di kalangan ahli-ahli kumpulannya! .

Amin juga dikatakan kuat hisap rokok dan bersembunyi dalam tandas demi mengelakkan ahli-ahli Al-Maunah mengetahui bahawa dia sedang menghisap rokok.

Bahkan mereka katakan bahawa Amin Razali mengsonglap berpuluh-puluh ribu ringgit duit ahli-ahli Al-Maunah dengan memperdayakan mereka membeli pedang dan baju sakti!.

Jika orang tahanan tadi cenderung kepada PAS, maka habis PAS dimaki seranah oleh IO yang ditugaskan untuk memaki seranah PAS. Macam-macam fitnah kreatif yang dicipta oleh mereka sampaikan dikatakan ada seorang pemimpin kanan PAS yang mengadakan hubungan seks berkali-kali dengan anak perempuannya sendiri!!.

Maklumat itu didapati daripada isteri pemimpin kanan PAS itu sendiri yang datang mengadu kepada IO!!. Apa punya logik ke cerita itu?. Namun kerana bernafsu sangat memfitnah PAS, apa saja boleh keluar daripada mulut yang busuk lagi celupar itu.

Ada seorang IO memfitnah seorang pemimpin kanan PAS yang kononnya mengadakan hubungan seks secara sulit dengan isteri sahabatnya sendiri!. IO itu pergi jauh sehingga berkata: "Dia buat kerja tu...sampai tersekat bulu %^&# perempuan tu dalam kerongkong dia"!!!!.

IO yang dikerahkan memfitnah pemimpin-pemimpin yang menentang Umno itu juga boleh pergi begitu jauh dengan melakunkan adegan-adegan menonggeng, mengangkang, mengongk*k dan seumpamanya.

Jika tahanan tersebut merupakan penyokong Parti Keadilan, maka hancur nak ghak lah cercaan dan fitnah terhadap Anwar, Wan Azizah, Nurul Izzah, Mak Yan, Dato' Ibrahim dan mereka yang sewaktu dengannya.

Sampaikan Idrus Ibrahim, abang Anwar sendiri tidak lepas daripada fitnah, mencarut dan kata nista.

Apabila disanggah, IO seperti itu cepat-cepat mengatakan bahawa mereka ada bukti, mereka siasat dan sudah lama mereka pantau kegiatan pemimpin-pemimpin pembangkang.

IO seperti ini apabila diingatkan dengan ayat-ayat daripada Surah An-Nur tentang hukum qazaf dalam Al-Quran, cepat-cepat mengatakan: "Itu Quran.. yang kami tahu ni kami nampak sendiri dengan menggunakan alat-alat canggih..Kami pasang dalam tempat depa buat kerja tu..."!!.

Alangkah kejinya perbuatan mereka itu semata-mata kerana mengikut arahan Boss No. 1 mereka
IO yang diarahkan untuk menakut-nakutkan dan mengancam akan mengikut skrip arahan berbuat demikian dengan tidak lebih dan tidak kurang.

IO seperti ini bermula dengan menceritakan berjam-jam pengalamannya membogelkan tahanan, menjentik zakar lelaki, memaksa tahanan wanita membuka pakaian dan mengarahkan mereka berdiri berjam-jam dengan sebelah kaki dalam keadaan bogel.

IO yang ditugaskan menakut-nakut dan mengancam tahanan seperti ini juga akan menceritakan kejayaannya mendapatkan rahsia daripada tahanan dengan memicit buah zakar para tahanan.

IO ini berkata: "Hei.. aku dah berjaya dapatkan semula pistol yang dia sembunyikan. . senang saja.. Aku buka seluar dia.. lepas aku genggam telur dia macam ni!". Sambil menunjuk-nunjuk gaya perbuatannya dengan tangannya kepada tahanan.

Tahanan ISA yang sentiasa berseluar longgar dalam bilik soal-siasat sudah pasti menjadi seram sejuk apabila mendengar cerita-cerita yang mengancam seperti itu.

Apatah lagi apabila IO otak senget seperti itu menambah: "Macam engkau nilah sekarang.. apa susah.. aku londehkan seluar engkau.. aku ramas-ramas peler engkau.. Selesai..."! .

IO seperti ini juga menggunakan teknik cerita seperti: "Aku bogelkan dia.. Lepas tu aku masukkan dalam bilik tu seorang benggali... badan besar. Benggali tu keluarkan k*nek dia.. kejar tahanan nak jolok j*bur dia dengan k*nek benggali.. Dengan cara tu...cepat saja aku dapat maklumat'!.

Dalam soal-siasat ISA apabila berdepan dengan IO-IO sewel tersebut macam-macam cerita boleh timbul.

IO juga boleh guna ancaman dengan jin sundal!. Katanya terdapat bilik lokap yang berhantu. Hantu tersebut adalah hantu betina!. Kata IO itu: "Hantu betina tu suka menghisap k*nek orang lelaki!. Ada tahanan yang degil tu, aku hantar dia ke lokap tu.. Esok terus lembik.. malam tu jin sundal tu hisap k*nek dia"!!.

IO itu menambah:"Kalau engkau tak bagi kerjasama.. nanti aku hantar ke lokap tersebut.. Nak k*nek engkau kena hisap jin betina tu?".

Bagi tahanan yang beriman, ancaman seperti itu tidak memberi sebarang kesan sama sekali. Namun, apa yang penting pengalaman berdepan dengan IO seperti itu membuktikan betapa rendahnya akal budi mereka yang dijadikan perkakas untuk mempertahankan kepentingan politik Umno-BN itu.

Sunday, December 17, 2006

Iktibar Untuk Malaysia

Iktibar Untuk Malaysia
(The Lesson For Malaysia)
M. Bakri Musa
Terjemahan -marhaintua-
17 Disember 2006.


Pejabat Presiden Amerika Syarikat adalah yang paling perkasa. Kuasa, martabat dan pengaruh yang ditunjukkan oleh penghuni pejabat itu memang tidak ada tolok bandingnya. Namun ada satu peristiwa menarik bulan ini di mana satu jawatankuasa yang tidak berat sebelah yang dianggotai oleh sepuluh orang warga Amerika menyuarakan pendapat secara terusterang kepada Presiden bahawa dasar beliau di Iraq memang amat pincang .
Memang ada satu dua pengajaran untuk Malaysia daripada episod ini. Satu, pemimpin yang paling perkasa di dunia pun boleh dikenakan penelitian oleh rakyat jelata. Dua, kritikan semacam itu walaupun ketika musim perang tidak pula melunturkan kuasa ataupun martabat jawatannya.
Tidak ada seorang pun warga Amerika walaupun dia seorang Presiden yang menjadi sasaran kritik, yang menyalahkan jawatankuasa itu menghenyak usaha perang di Iraq dengan kritikan itu semua.
Seperti ramai orang lain, saya dapat merasakan dengan yakin sekali bahawa Malaysia sedang mengharung laluan yang songsang. Masyarakat kita semakin berpecahbelah menjurus perkauman, keagamaan, dan kedaerahan sedangkan segala institusi kita semakin kehilangan martabat dan keberkesanan disebabkan korupsi dan ketidakcekapan.
Rakyat Malaysia semakin melihat diri mereka dengan pandangan “kita” berbanding “mereka” . Istilah “kita” itu boleh merujuk kepada orang Melayu dan “mereka” merujuk kepada golongan bukan-Melayu. Istilah “kita” kepada orang Melayu mungkin dikaitkan kepada mereka yang taat kepda ajaran Islam yang “tulen” kononnya, dan “mereka” adalah golongan yang sudah terpesong.
Kepada orang China istilah “kita” boleh jadi mereka yang telah menyesuaikan diri kepada hakikat hidup di Malaysia dan dengan bangganya menayang gelaran Tan Sri dan Datuk; sedangkan “mereka” adalah golongan yang merasakan bahawa kesinambungan budaya besar China dan bahasanya adalah tanggungjawab di bahu mereka.
Bagi masyarakat India pula, istilah “kita” boleh jadi mereka yang telah menggugurkan “anak lelaki” ataupun “anak perempuan” dalam sijil kelahiran mereka untuk digantikan dengan “bin” ataupun “binte”, sambil pandai bercakap dengan loghat Kedah, dan justru sekilas aksi menjadi penyokong kuat segala hak keistimewaan Melayu.
Sekolah kebangsaan kita tidak lagi menarik sebahagian besar rakyat negara ini sendiri, dan universiti kita telah gagal menyediakan tenaga kerja mahir yang diperlukan. Beribu lulusan universiti kita masih menganggur ataupun lebih tepat lagi memang tidak layak untuk kita ambil sebagai pekerja.
Dari sudut ekonomi, Malaysia tidak lagi menjadi tarikan kepada pelaburan asing. Pelabur - baik dari negara sendiri mahupun dari luar, menganggap negara ini sebagai terlalu kuat korupsinya. Tuntutan terbaru pegawai kerajaan agar diberikan kenaikan gaji sebanyak 40% menggambarkan kos yang meninggi dan penurunan gaya hidup. Demikianlah hakikatnya, tetapi kita tidak akan tahu berdasarkan kenyataan rasmi sahaja. Memang boleh dijangka pihak yang mencengkam kuasa tidak akan mudah mendedahkan segala kesilapan dan kekurangan mereka.
Apa yang mengejutkan ialah sikap membisu pihak lain. Semasa saya melihat senarai nama-nama cerdik pandai Malaysia yang sudah bersara dari bidang akademi, professional dan perkhidmatan awam, saya memang kagum dengan martabat mereka, kebijaksanaan dan sumbangan. Saya kehairanan bagaimanakah perasaan mereka melihatkan segala legasi yang mereka tinggalkan kini terungkai sedikit demi sedikiat dan dalam banyak kes sengaja dicabul dan ternoda.
Kebisuan mereka itu yang menjadi tekateki. Kalaulah mereka rasakan negara ini sedang menuju kearah yang betul dan legasi mereka berada di tangan yang layak menanganinya, mereka harus menyuarakan sokongan mereka. Mereka seharusya menggalakkan pemimpin yang ada lebih berusaha lagi. Seandainya mereka tidak bersetuju, maka mereka harus maju ke depan dan menyuarakan kepada rakyat jelata kenapa mereka merasa tidak selesa.
Hanya Tun Mahthir yang sanggup maju ke depan untuk bersuara. Cara pihak kerajaan memberikan layanan kepada beliau mendedahkan kehaprakan pemikiran mereka dan tanggapan yang kerdil wawasannya. Kisah Mahathir yang telah ditumpaskan dalam usaha mahu menganggotai perwakilan bahagian UMNO kawasan lamanya ternyata satu pengaiban bukan pada dirinya sahaja tetapi kepada keseluruhan anggota parti.
Kalaulah ditabur intan permata kepada mereka sudah tentu mereka susun di laluan masuk rumah sendiri kerana memikirkan semua itu adalah serpihan batu, gara-gara mereka tidak dapat membezakan antara kaca dan permata.
Tidak kiralah apa nanti kesan segala kritikannya, Mahathir sudahpun memberikan sumbangan besar dengan menghancurkan satu petua lama yang mangaggap satu dosa besar untuk mengkritik para pemimpin. Ini sudah pasti membawa kebaikan kepada negara. Saya merupkan salah seorang pengkritik pedas Mahathir walaupun ketika beliau berada di puncak kemasyhurannya. Namun saya tabik hormat kepadanya kerana sumbangan yang sungguh hebat ini. Ia menjadi lebih bermakna kerana ia dilakukan semasa dia sudah bersara. Kerana ramai yang menganggap, persaraan adalah penamat kepada sebarang sumbangan.
Kesetiaan bererti akur kepada hukum undang-undang dan institusi kita, bukan kepada individu, tidak kira apa kedudukan dan jawatan yang mereka pegang. Sepuluh orang warga Amerika yang ternama dalam ‘Iran Study Group” mengamalkan tradisi yang baik ini. Saya mengharapkan akan ada sumbangan yang serupa daripada kumpulan cerdik pandai kita warga Malaysia yang sudah pun bersara.
Terjemahan -marhaintua-

Pembunuhan Kalangan Orang Atasan Ala Malaysia




16/12:

Percaya Atau Tidak: Pembunuhan Kalangan Orang Atasan Ala Malaysia
(‘Believe it or not’: high profile murders Malaysian-style)
Oleh: Ibnu Hakeem - Malaysia-Today
Terjemahan -marhaintua-


Kita kerap tertekan dengan wayang gambar Hollywood yang menonjolkan orang-orang Dunia Ketiga sebagai si tolol, pasukan polisnya begitu korup, dan para pemimpinnya sebagai perancang yang pandai berkomplot. Rakyatnya pun tidak dibiarkan . Kerana mereka juga kerap dimomokkan sebagai kebudak-budakan tanpa kelakuan yang bertamaddun. Fiksen Hollwood sememangnya kerap memaparkan realiti tetapi bukankah ada peribahasa yang berkata bahawa kebenaran adalah lebih pelik dari fiksyen?


Ada satu jurusan di mana Malaysia mengatasi imaginasi Hollywood, malahan boleh memalukan panulis skrip Hollywood ialah kes pembunuah berfrofial tinggi yang telah menggegarkan negara ini sepanjang zaman. Tentu ramai yang tidak tahu, mungkin kerana belum dilahirkan lagi ketika itu, akan kisah pembunuhan Samad ‘Gol’ di Kelantan. Pada satu ketika beliau sedang bersyarah di hadapn khalayak ramai. Tiba-tiba muncul seorang pembunuh upahan yang menghayunkan kapak kecil untuk membelah kepala Samad ‘Gol’ dan membunuhnya serta merta.
.
Kemudian ada kisah seorang Timbalan Menteri Beliau, Mokhtar Hashim yang telah dihukum kerana membunuh saingan politiknya dengan cara yang amat ngeri tetapi tidak pernah didedahkan semasa perbicaraan kerana ada kaitan dengan kisah kebal si mangsa. (Untuk menentukan si mangsa yang dikatakan kebal itu betul-betul mati dia terpaksa ditembak melalui lubang duburnya - penterjemah).

Mungkin, kes yang paling hebat ialah kisah Mona Fendy di mana seorang ahli politik yang ghairah mahu kuasa besar telah kecundang kerana tangkal yang dicarinya tidak menjadi. Tangkal itu tidak dapat membantunya melalui ujian menentukan kekebalannya (Mona Fandy telah mengerat badan Dato’ Mazlan dan menanamnya di Gong Raub Pahang – penterjemah).

Apapun, kisah itu semunya terlalu jauh dalam lembaran sejarah bangsa dan kalaupun ia mengimbau nostalgia ia mugnkin tidak melekat kepada ingatan mereka yang masih hidup ketika itu. Namun, tidak kiralah yang dulu-dulu ataupun yang baru-baru, semuanya mempunyai satu persamaannya -- semuanya mempunyai unsur misteri. Sepanjang siasatan ataupun perbicaraan, banyak persoalan yang hanya tinggal menjadi teka-teki, tidak terjawab hingga ka hari ini, tidak jauh bezanya dengan kisah pembunuhan John Kennedy

Pada November 1988, ada satu pembunuhan kelas atasan yang melibatkan seorang wanita bernama Mustakizah Jaafar. Mengikut lapuran akhbar, Mustakizah telah ditetak hingga mati oleh pembunuh yang tidak dikenali. Mustakizah adalah serong wanita yang cantik dan memilikki satu perniagaan sewa video di Melaka. Kononya, dia ketika itu sedang mengandungkan hasil perselingkuhannya dengan seorang ternama yang amt rapat dengan pucuk kepimpinan yang mencengkam kuasa.

Sebelas tahun kemudian, semasa berucap melancarkan Manifesto Bersama Pilihanraya untuk Barisan Alternatif, menjelang Pilihanraya Umum ke-10 pada November 1999, Lim Kit Siang telah membangkitkan kisah testimoni Anwar Ibrahim semasa perbicaraan beliau.

“Martabat Kerajaan Barisan Nsional telah terancam apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang bersidang pada Jumaat lalu mendengar testimoni mantan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Sri Anwar Ibrahim. Dengan lantang beliau menuduh bekas rakan sekabinetnya dulu berkonspirasi untuk menyingkirkan beliau.....Tersebut kisah pembabitan Megat Junid berkonspirsi untuk menjatuhkan beliau yang bermula sejak Anwar bertanya perihal pembabitan Megat dengan pembunuhan seorang wanita bernama Mustakizah dan tabiat Megat suka berjudi selalu di pejabatnya,” kata Kit siang.

Kemudian muncul kes pembunuhan isteri kedua kepada Raja di Hilir Perak, Hasleza Ishak pada 2002. Empat orang lelaki telah ditangkap, dibicarakan dan dihukm penjara kerana membunuh. Seorang adalah pembantu istana, seorang ialah bomoh, sedangkan yang lain adalah seorang nelayan dan tukang kayu. Perbicaraan itu tidak pun menyerlahkan apakah motif pembunuhan, khususnya penglibatan si tukang kayu dan si nelayn. Untuk membunuh isteri muda Raja di Hilir Perak. Memang jelas ada konspirasi untuk membunuh Hasleza dan mereka telah bertindak kerana mengikut arahan. Tetapi, tidak ada seroang pun yang ditangkap dan didakwa kerana menjadi tukang rancang keseluruhan konspirasi itu. Kenapa?

Si pembantu istana dan si bomoh telah pun dibebaskan setelah merengkuk dalam penjara selama tiga tahun setengah. Dua orang lagi yang dulunya dikenakan hukuman 20 tahun penjara dapat izin mahkamah untuk dikurangkan hukuman kepada 14 tahun sahaja. Selalunya banduan perlu menjalani dua pertiga tempoh hukumannya selepas satu pertiga itu dipotong kerana baik-laku. Jadi merka mungkin merengkuk di penjara untuk sembilan tahun. Oleh kerana pembunuhan terjadi pada 2002, dua orang pembunuh yang didapati bersalah tadi akan dibebaskan pada 2011, yakni lima tahun dari sekarang.

Selepas itu muncul lagi satu kes pembunuhan membabitkan masyarakat kelas atasan degnan terbunuhnya Norita Shamsudin pada 2003. Seorang yang tidak besalah, Hanif Basree telah ditangkap dan didakwa kerana membunuh kekasihnya, konon. Sejak dari mula lagi Haniff kelihatan lebih sebagai orang ngok yang mudah dikelentong. Memang jelas dari awal perbicaraan lgi Haniff akan dibebaskan dari segala tuduhan.

Memang terdapat banyak perkara yang amat ganjil dalam kes itu – antaranya ialah lapuran berita TV pada 14 Disember 2003, mengatakan bahawa KPN ketika itu, Datuk Seri Mohd Bakri Omar, telah mentakrifkan kes itu di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA)

Gambar Otopsi


Norita telah didapati terbunuh di satu apatmen yang disewanya di Sri Hartamas di mana mayatnya telah dijumpai oleh rakan sebiliknya. Mengikut testimoni mahkamahdua orang matagelap polis adalah yang mula-mula sekali tiba di tempat kejadian dan dengan serta- merta telah menutup pintu bilik untuk bersendirian dengan mayat Norita lebih dari dua jam. Pasukan penyaisat polis tiba di tempat kejadian hanya selepas itu. Rakan sebilik Norita telah menyatakan di mahkamah bahawa kali pertama dia (bersama seorang rakannya) terjumpa Norita si mati berada dalam keadaan terbaring dengan kaki terkangkang, tetapi sejurus dua orang matagelap itu pergi, dia mendapati mayat Norita sudah diikat tangannya di bahagian belakang.

Mereka telah menjumpai telfon bimbit Norita dan adalah dipercayai beliau memang ada membaut dan menerima panggilan yang melibatkan seorang ternama (VIP) pada malam dia dibunuh. Panggilan telefon itu tentu sekali dapat membuka kunci rahsia mengenai keadaan kematian. Akan tetapi kenapakan Pendakwaraya tidak pernah mengemukakan rekod telefon Norita di mahkamah? Apabila bahan bukti yang amat penting semacam ini sengaja diketepikan, Pendakwaraya sengaja melemahkan kes itu. Itu sebabnya Hanif Basree berjaya keluar bergaya tanpa perlu mempertahankan dirinya.


Sebagai rumusan; seorang insan yang tidak bersalah telah ditangkap, kemudian dibicarakan sebelum dibebaskan. Keadilan telah dilaksanakan, konon. Yang pentingnya kes itu sudah ditutup. Selepas dua minggu, semua orang akan melupakannya untuk terus hidup semacam biasa. Sehinggalah muncul satu lagi pembunuhan melibatkan orang ternama.

Kini pada 2006, sekali lagi kita ada kes pembunuhan melibatkan golongan atasan. Inilah kes Altantuya Shaaribuu, seorang wantia berusia 28 tahun yang telah ditembak mati, kemudiannya dihancurkan jasadnya dengan menggunakan peledak C4. Orang yang araif dengan penggunaan C4 berkata, peledak yang digunakan untuk menghancurkan Altantuya adalah mencukupi untuk merobohkan sabuah bangunan empat tingkat. Di mana dan bagaiman mereka memperolehi peledak C4? Siapakah yang mempunyai kuasa mengeluarkan C4 dalam bungkusan yang besar seperti itu?

Pada mulanya Altantuya telah ditembak untuk membunuhnya. Jelas, dia telah diletupkan untuk melupuskan apa juga kesan mayatnya. Ini bererti bahawa untuk mengebumikan mayatnya dianggap tidak mencukupi untuk menyembunyikan apa yang mahu mereka sorokkan. Itu sebabnya terlalu banyak spekulasi, semacam dalam kes kematian Mustakizah dulu juga. Altantuya dipercayai telah mengandung ketika dia mati. Menghancurkan jasadnya sudah tentu menyulitkan pencarian DNA janin kandungannya. (Sekaligus menafikan kemungkian mengesan siapa bapa kandungan itu).

Dua orang anggota UTK , Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, dan seorang analis poltiik Abdul Razak Baginda yang ternyata rapat dengan Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak telah didakwa kerana kematian Altantuya. Ada seorang polis wanita, yang terlibat dalam kes itu gara-gara keretanya digunakan untuk menculik Altantuya, tidak pula dikenakan tuduhan. Kenapa? Polis wanita yang khusus ini dipercayai menjadi eskot ataupun pengawal peribadi kepada seorang ternama di peringkat atasan..

Apabila kes itu dibicarakan pada 14 Disember di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Timbalan Pendakwaraya, Salehudin Saidin, telah mencetuskan keraguan lagi apabila beliau mengumumkan bahawa selain tiga orang tertuduh yang membunuh tidak ada orang lain yang terlibat. Bukankah ini satu perkara yang mesti ditentukan oleh Mahkamah? Seandainya Mahkamah mendapati ketiga-tiga yang tertuduh tidak bersalah, tentulah ada orang lain yang menjadi pembunuh. Kalau Mahkamah mendapati ketiga-tiga tertuduh itu bersalah, ia tidak bermakna tidak ada orang lain yang terlibat. Kenapa pula polis wanita itu tidak didakwa setidak-tidaknya kerana bersubahat dengan penculikan Altantuya?

Pengunduran seorang peguambela ternama, Dato Shafee Abdullah sebagai peguambela adalah dianggap pelik. Shafiee telah mengumumkan kepada media bahwa Razk Bagidn tidak bersalah. Perkara pelik lain dalam kes ini ialah si tertuduh pada mulanya direman di Mahkamah Session Kuala Lumpur sedangkan kesalahan telah dilakukan di Shah Alam. Kemudian, Razak Baginda telah dibebaskan tanpa ikat jamin. Yakni memang ada ikat jamin yang ditetapkan tetapi tidak ada sebarang pembayaran wang telah dibuat. Sekali lagi ini telah ditentukan oleh mahkamah Kuala Lumpur dan bukannya di Shah Alam.

Akan tetapi seperti yang terjadi kepada Hanif Basri dalam kes pembunuhan Norita Shamsuddin, media arus perdana yang mudah dipulas telinga, telah menonjolkan Razak Baginda sebagai seorang lelaki yang baik-baik sedangkan Altantuya ditonjolkan sebagai seorang wanita peleseran yang mempunyai sejarah yang diragukan. Sekarang kita tunggulah bagaimana perbicaraan akan dikendalikan. Apakah segala bahan bukti yang penting-penting akan dikemukaan semasa perbicaran? Apakah saksi yang penting-penting akan dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah? Apakah wujud janin dan apakah identiti ayah si janin itu dapat dikenali? Dan akhir sekali nanti, bolehkah kes itu terhumban ketepi seperti banyak kes pembunuhan melibatkan orang ternama sebelum ini?


Mungkin juga semacam kes Hanif Basree, Razak Baginda akan didapati tidak bersalah dan bebas keluar daripada kes itu nanti. Apabila menyebut pembantu penjenayah dalam kes pembunuhan semacam itu, setakat ini tidak ada seorang pun yang pernah dijatuhkan hukuman mati Sebelum ktia sedari, para pembunuh Hasleza Ishak akan dibebaskan daripada penjara. Yang amat penting lagi antara semua ini, kes itu akan ‘ditutup’ dan rakyat Malaysia akan beralih pandang kepada perkara lain lagi seperti kes kenaikan harga tol ataupun kemungkinan kenaikan harga minyak pada awal tahun hadapan.


Terjemahan -marhaintua-

.